Kamsahamida... =)

Friday, December 17, 2010

Harus pandai, jaga hati

0 Kata Mereka
Usia meningkat
Tubuh membesar
Namun ingatan bukan pendrive mahu pun laptop
Jika sudah lama
Formatkan saja dan semua akan hilang
Jika bisa begitu
Ya
Aku mahu...kamu juga pasti mahu

Kerna
Bukan kita jenis berdendam
Cuma adakala kita manusia
Sering teringat
Segala kisah
Pahit manis panas sejuk
Mungkin hilang
Cuma sementara

"Jangan simpan dalam hati"
Kata mereka
Heh,
mana mungkin
Kerna telah diberi, seorang sekeping hati
Cuma kamu dan aku
Perlu pandai jaga hati
Agar hati jangan mati
Dengan janji termungkiri
Dengan hitungan tidak pernah selari
Jangan sampai senget sendiri
Pandai-pandai bahagi hati
bahagi kasih

Pasti tiada yang makan hati!

Tuesday, November 9, 2010

Lawatan ke SK Hijrah, Badong

2 Kata Mereka
Dah hampir setahun aku kat SMK Normah ni rupanya
Dan makin hari makin muak dengan perangai budak-budak
Nasib baik lagi 3 hari je sekolah..yeahhh

Al kisah nak cerita tentang lawatan ke Kelas Pendidikan Khas SK Hijrah, Badong
Sekolah ni berjiran je dengan sekolah aku
Tahun depan insya Allah SMK Normah akan ada 2 kelas
pendidikan khas
SO, pagi tadi aku pergi tengok 9 orang pelajar yang dikatakan akan menjadi warga Normah tahun depan.

Sampai je aku, kak Ila n Pija ke bahagian pendidikan khas tadi
aku tengok ada budak-budak yang tengah cat mural
Aku difahamkan itulah pelajar-pelajar aku tahun hadapan
1st impression ok
Cikgu di, Kak Kam pun cakap mereka ni adalah antara yang terbaik dan rajin
"untung cikgu dapat mereka" kata Kak Kam

Lebih sejam jugak aku bersembang perihal pendidikan khas dengan Kak Kam dan penyelaras mereka (tak ingat nama). Dah lama sangat tinggalkan bidang ni, lagipun aku bukan major dalam bidang pendidikan khas ni.

Apa pun tahun depan aku cuba lakukan yang terbaik. Yang paling penting, kena:

1. Banyak bersabar
2. Pandai nak tackle balik anak2 istimewa ni lepas dah marah (aku memang x pandai
memujuk..hadoiiii)
3. Kreatif ....huhuhuhuhu



Suasana kelas....

Hasil kemahiran hidup pertanian

Rekod

Kak Ila n Pija

Sunday, November 7, 2010

Ku Mahu

0 Kata Mereka
Semenjak bekerjaya ni, kena belajar 1 benda baru iaitu pengurusan kewangan.
Aku mengaku aku memang sorang yang boros..hehe.
Setakat ni duit banyak habis ke benda-benda
yang dah lama diidamkan.
Simpanan ada la sikit, tapi kadang-kadang ada je kes2 kecemasan
yang menyebabkan duit simpanan tu terpaksa digunakan.
Dalam situasi aku, emergency kes biasanya berkaitan tiket penerbangan. Hal lain macam baru-baru ni, handset rosak. Tapi masih belum beli yang baru.

Dalam masa terdekat, asyik dok fikir nak beli per
kara-perkara berikut je:

1. Sony VAIO E Series

Perjalanan yang memerlukan aku menaiki kenderaan air, darat dan udara memaksa aku untuk menukar laptop yang memang dah banyak berjasa pada aku. Usia laptop Acer Travelmate 290 aku sekarang ni dah berusia 7 tahun..ye, darjah satu... hehe... Aceli aku sayang sangat laptop ni. Lepas tambah RAM ngan upgrade die punya hardisk hari tu, makin laju. Skrin die yang besar memang best kalau bawak nonton muvie. Tapi al maklum la, umur pun dah 7 tahun. Bateri memang dah out, x boleh guna langsung
. Kamera pon takde, so kalau member2 nak Skype or YM ngan aku, aku boleh tengok muke diorang je la, muke aku dorang x leh tengok..hehe.. LAgi satu, internal mic xde, so terpaksa la pakai external mic yang setiap kali nak gune kena setting. Bila dah duduk kat SArawak ni, yang paling mem
bebankan aku ialah berat die. Memang berat giler la laptop neh. So, aku rasa aku memerlukan laptop yang lebih ringan untuk memudahkan aku menaiki bot ekspress dan flight.

Aku tetap sayang kamu ACER.
Ni la Mr. Travelmate kesayangan. =D



2. Sony Ericsson SATIO.

Haa... ni barang kedua yang aku idamkan. Aku suka sebab kamera die memang power dan ada member bagitaw kualiti gambar sama macam DSLR, kecuali bila kita zoom. Aceli, aku nak hp ni bagi menggantikan Nokia Express music hadiah konvo dari ayah yang dah 'kong' baru-baru ni.Cukup usia dia 2 tahum.
Tapi, aku still berharap handset nokia tu boleh diperbaiki lagi. Mungkin masalah bateri je kot. Harap2 la...


Xpressmusic 5610 (aku punye kaler biru..hehe)


3. Viva Elite (nak kaler putih)

Yang ni, insya Allah terlaksana tahun depan. Dalam entry sebelum ni aku ada tulis yang kete idaman aku HONDA City. Tapi, duit tak cukup lagi bhai...hehe.. yang kecik2 dulu ler. Beli kete ni salah satu keputusan terbesar dalam hidup selain kahwin ngan beli rumah. Lagi pun nanti nak pindah jugak. Takkan nak stay kat Daro ni je kan. Aku nak beli viva dulu. Jimat minyak. Harga minyak kan dah naik lagi skarang ni...huhu

Aku nak beli kereta sebab insya Allah aku akan menjadi perintis kepada Pendidikan Khas di SMK Normah ni. So, aku tak nak jadi macam hari tu, kena pergi kursus sorang2 and susah sangat nak dapat transport. Lagipun lesen dah ada, kalau lama tinggal nanti lupa pulak nak bawak kete macam mana kan?




So, setakat ni memang perkara2 ni asyik bermain-main dalam fikiran aku. Yang mana mampu aku beli dulu.


Friday, November 5, 2010

Al Kisah Anum (air)

1 Kata Mereka
Dalam bahasa Melanau, air is anum...hehehe

Sekarang ni aku selalu update status kat fb pasal air, tapi aku bukan nak buat karangan tentang kepentingan air dalam kehidupan okeh..sebab BM aku pun dah agal berkarat...ngee

sebelum tu, perhatikan jadual di bawah:

9 pagi - awal pagi: tiada air di bilik air

6 petang - 8 malam: tiada air di sinki dapur (kadang2 tengah hari pun tiada)

Jadual kat atas ni adalah jadual rutin harian air kat kuarters guru SMKN Normah, tempat aku mengajar. Awal2 dulu memang stress, tapi lama-lama dah mula biasa. Bila nak membasuh tengah-tengah malam, aku sambung paip getah dari dapur ke bilik air.

Tapi sejak seminggu lepas, hari ini hari ke tujun (7), air kat rumah aku, tingkat 3 kuarters still tak ada... Ada teman bagi cadangan tadah air...ye, mmg hari2 pun mandi air yang ditadah...shower kat bilik air tu sekadar hiasan je..huhuhu

Aku tanya2 jugak punca air takde ni..jawapan yang aku terima memang aku xboleh terima, kalau betol cerita tu, perbalahan puak2 bodoh di antara 2 daerah menyebabkan puak2 di sebelah sana tidak mahu mengepam air ke kawasan kami,DARO... aku ketawa, alasan mereka, orang di kawasan aku sering habiskan air..okeh... but d most important thing korang kena tahu is KITORANG PON BAYAR BIL LA WEH!!!!!!!!

Monday, October 18, 2010

~namaste..mera naam....~

1 Kata Mereka
"Chut, jom!" aku dah stat angkat2 kening. Aku pandang belakang, Dayah n Nik dh angkat punggung.... Tak nyempat2 minah due ekor neh.. hahaha Cekgu Add Math baru je kuar jap tadi.. aku n d gang yg memang tertinggal genetik math dalam perut mak mase lahir dulu dah panas bontot blajo add math (mujur naek form 5 dpt cekgu garang, spm pass with gred B4 taw..hehehehe)..

Kitorang check in jamban sebelah kelas... jamban ni aceli hak milik pelajar muslimah (SMKAP kan.. ngeh3x) sepenuhnya, tetapi telah ditukar menjadi jamban unisex dengan sesuke ati oleh mamat2 batch kitorang... ish3x...

Aktiviti menghilangkan ngantok bermula... Masa ni tengah hit cite industan Mujse Dhosti Karoge?.. Haa...memang syiok la cite neh...zaman kegemilangan industan..sampai ari sabtu pon siap wat tayangan cite industan n kutip duit rm0.50 sorang.. hahaha..giler! Dak laki pon x mau kalah, simpan lirik dalam purse tak pun letak atas meja... nyanyi seketul2.. pelik benor bunyiknyer.. hak3x

"Kehdo keh tum mujse dhosti karoge...kehdo keh tum...lalalalalala" kitorang berempat jamming dalam jamban... Agak2 ustaz syariah dh masuk, dengan muke selamber x bersalah kuar dr jamban, masuk kelas.... senyum.. ngeee.. =D


Friday, September 24, 2010

~bila aku....~

0 Kata Mereka
Bila aku mendengar lagu
Aku hayati liriknya
Kerana indahnya lagu bukan hanya pada irama
Tapi pada bait liriknya

Bila aku berteman
Aku berteman dengan kejujuran dan keikhlasannya
Kerana manisnya persahabatan
Bukan hanya ketika senang
Tapi ketika dia bersama kamu dalam kesusahan

Bila aku jatuh cinta
Aku melihat pada hatinya
Kerana indahnya cinta
Bukan pada paras rupa
Tapi kerana hati yang ikhlas menyayangi
Kerana Allah..

Thursday, September 23, 2010

~Hilang... Gone~

0 Kata Mereka
Makin lama rasa tu makin hilang
Tak paksa
Dengan sendiri ia menghilang
Mungkin dengan manusia di sekeliling

Nak bertemu dengan yang ikhlas tu
bukan mudah
Payah...sangat payah
Ade pun yang cuma mahu memperkotak katikkan
1 rasa yang suci dalam diri kamu

Sudah serik
Betol....Aku serik!

Sunday, August 29, 2010

~Kereta Idaman~

5 Kata Mereka

Hai...salam 19 Ramadhan
Sedang menghitung hari untuk pulang ke Semenanjung
6 days to go... hoyeahhhh

Baru2 ni aku ada story pasal aku dah dapat lesen kan?
So, macam biasa
Bila dah ada lesen, mula la pasang angan-angan nak berkereta
Hehehehe..

Kereta idaman aku dari dulu
HONDA CITY

Kete Idaman Saye... =D

Semalam dah google harga pasaran Malaysia
kat page HONDA

Kalo tengok harga Semenanjung dengan Miri/Sibu
Bezanya dalam RM 500
Harga sebenar RM 85 +++

Sekali aku usha untuk harga Labuan
Masa aku belajar kat Labuan
Aku memang teruja tengok pensyarah-pensyarah muda yang baru kerja
Pakai kereta import
Then aku tau harga kat Labuan dan Langkawi lebih murah berbanding di negeri-negeri lain

So,
Semalam aku google
Perghhhhh
Aku ingat beza sikit-sikit je
almost 30 +++ gak la beza harga
Harga HONDA CITY kalau kat Labuan
Rm58 +++
Haa
Murah kan?????

Dan pada masa itu jugak aku teruja
Nak mintak tukar posting ke Labuan...

Hahahahahaha~

So,
Kata orang kalau kita mahukan sesuatu
Kita kena berusaha dan berkorban
Mulai sekarang nak mula menyimpan
Untuk kereta idaman

Hehehehehe..

Thursday, August 26, 2010

~Kad Raya~

3 Kata Mereka


Phewww.... Penat
Baru sampai dari Mukah pukul 230 petang tadi
Van pulak tak dapat masuk sampai depan kuarters
Terpaksa la menapak dari pintu pagar sekolah sampai la ke kuarters
Huhu~

Sampai-sampai je bilik
Tengok ade dua sampul atas katil
1 sampul pos laju
I'm expecting it..hehe
Diploma Pendidikan dah sampai
Satu lagi, memang tak expect
KAD RAYA

ni la kad raye tu, maap scan senget, malas nk edit.. hahaha


Hoorayyy
Dapat kad raya
Dari teman BIOD, Syazni

Kenapa aku hepi sangat dapat kad raya ni?
Pada aku kad raya mmg sesuatu yang semakin dilupakan
Dulu zaman sms pantun2 n ucapan best2 wish hari raya
Sampai jammed la line2 telepon..hahaha

Bila dah ada fb ni,
Lagi mudah
Orang maen tulis kat wall jer
Kalo yang rajin sikit tu, tag member2 pd gambar ucapan
"Selamat Hari Raya"

Dulu masa kecik2 n sekolah menengah
Aku memang suke kumpul kad raya
Berlumba-lumba jugak la sapa dapat paling banyak
Pemenangnya mesti la aku
Sampai sekarang semua kad2 tu aku simpan..hehehe

Haaa....
Yang menarik dalam kad raya Cik Syazni ni
Siap ada kupon diskaun domino pizza lagi
WOW!!!!!

taraaaaa...siap ade kupon domino lagi weh... =D


Tapi....
Yang sedeynye..... Kat sini mana ada Domino.....T_T
Tarikh luput kupon tu 31 Ogos..
Hurm... tak sempat pun nak guna coz balik semenanjung 4 september

Tapi tak kesah la
Yang penting bestttttt sangat dapat kad raya dari Cik Syazni ni..

Tenkiu Syaz!!!!!

=D


~JPJ Test~

2 Kata Mereka
Alhamdulillah
Hepi sangat lepas berbulan-bulan
Akhirnya aku dah berjaya untuk test JPJ

Baru nak ambik lesen?

Ya
Baru nak ambik
Tak salahkan?
Walaupun kawan-kawan aku yang lain ramai yang dah memiliki
'lesen besar' kata orang
Hehe...
Tak kisah la
Janji dah ada lesen

Sebelum ambik lesen dulu
Orang asyik tanya
"Bila nak ambik lesen, susah kalau tak ada lesen"
Bila dah ada lesen
Orang masih bertanya
"Bila nak beli kereta, senang nak ke sana ke mari"
Biarkan mereka bertanya
Agak-agak dah malas jawab
Aku senyum je
Heee~

Apa pun, aku hepi sebab dah dapat lesen
Tak payah nak ke Mukah bila wiken
Penat
Siyes

*Raya ni boleh try2 drive kete kat rumah..hehehe.. best3x

Thursday, August 12, 2010

~SARDIN AYAM BRAND TIDAK HALAL???~

1 Kata Mereka
Baru-baru ni aku ada terbaca artikel tentang sardin yang memang feveret aku dari kecik lagi. Dalam artikel tu menyatakan sardin ayam brand mengandungi daging katak dan tidak halal.

APA????

Siyes aku memang kembang tekak pas baca artikel tu.
Antara binatang yang aku paling geli ialah katak.
Bayangkan badan die yang berlendir-lendir tu. Eeeeee!!!
Tapi aku tak puas hati
So aku semak kat Halal Jakim.
Alhamdulillah, sardin tu halal.
Lega hati aku.

Kalau nak tahu lebeih lanjut tentang nombor dan kod halal jakim untuk sardin ni
sila klik link INI

*Berbuka petang ni makan nasi lauk sardin. Hehe

Tuesday, August 10, 2010

~Kedatanganmu dinanti, pemergianmu ditangisi, sesungguhnya aku rindu~

1 Kata Mereka
Alhamdulillah
Dipanjangkan umur untuk bertemu sekali lagi dengan bulan yang penuh barakah ni
Bulan Ramadhan
Bulan yang di mana pintu-pintu neraka ditutup dan pintu-pintu syurga terbuka luas

Malam ni selesai malam pertama menunaikan solat tarawih
bersama pelajar-pelajar asrama SMK TPDPH Normah
di surau Darul Taqwa
Berjemaah bersama para pelajar dan guru-guru lain mengingatkan aku
zaman sekolah dulu
SMKA Pahang, Muadzam Shah
Detik paling menarik adalah pada waktu iftar bersama teman2 di dewan makan
Kemudian solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah


Selepas tamat Matrikulasi
Ramadhan ku rasa kosong
Jarang sekali ke surau untuk bertarawih
Faktor tidak punya kenderaan dan surau yang jauh dari tempat tinggal

Alhamdulillah
Ramadhan yang pertama di Bumi Kenyalang ini
ku rasakan kembali terisi
Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya
Buat kamu, kamu dan kamu juga

Salam Ramadhan


Friday, August 6, 2010

~Cadbury Dark Chocolate~

2 Kata Mereka

YUMMY....




Itu je yang mampu aku cakap. Aku ni bukan la seorang penggemar coklat. Masa belajar kat matrik Labuan dulu pun aku tak gila-gila membeli coklat walau pon coklat di Labuan sana murah-murah.

Tapi...
Aku seorang penggemar dark chocolate. Sumenyer bermula bila seorang pensyarah aku masa kat UMT dulu, Dr. Jamilah (Cik Jam.. =D) bawak balik dark coklat dari oversea. So, aku try and aku suke sangat sebab dark chocolate ni tak terlalu manis.

Sekarang aku tengah gila dengan cadbury dark chocolate.. hehehe
Nanti nak try yg vochelle pulak..
Yummy...

Sunday, July 4, 2010

~Bersawang~

0 Kata Mereka
Uhuk3x..... ish3x... berhabuk abes blog aku neh... x de mud nk update.. x de cite menarik pun yg berlaku.. semuanya biasa2 saja... lagi pun sekarang musim bola.. jadi aku lebey terua tengok bola other than berblog.. ngeh3x... apa2 pun GO HOLLAND GO!!!!!!

daa...

Friday, June 18, 2010

~Holiday (Part 1)~

0 Kata Mereka
JOHOR

29 Mei 2010
Dari Sibu ke KLIA then Senai International Airport. Kat sana Wa dah tunggu. Bebanyak terima kasih pada Wa yang menempuh macam2 halangan and tak pasal2 kenal macam2 orang semata2 nak cari orang tolong bawak keta ke airport selepas plan A x menjadi... huhuhu... jasamu dikenang.. =D

On the way balik umah wa @ Batu Pahat singgah Ayer Itam jap, beli goodie bags for our bestfren's wedding, Wawa. Then after lunch trus meronggeng... hehehe.. Tempat pertama is karaoke.. hahaha.. Memang abes melepas perasaan masa karok.. =D

Wa belanja Cool Blog... sejenis air yang juga dikenali sebagai pearl tea... sedap.. =D


30 Mei 2010

Pagi2 bangun dalam otak tak ingat lain dah.. SHOPPING.. Hahaha.. Sarapan pagi tu ABC yang bak kata Wa resepi 60 tahun. Tempat dia depan stesen bas Batu Pahat. Abes je makan ABC, terus shopping.. Hehe... Memula macam aku jer yang nak shopping lebey tengok2 Wa lak lebey, sambar 2 kasut.. hahaha.. eh, aku pon 2 gak.. Kui3x.. then usha2 baju.. terbeli pulop.. hahaha

Pas shopping tengok wayang.. Nightmare of Elm Street (yeke tajuk die ni? malas nk google).. Sori Wa, aku ingat ko takut bese2 jer.. x sangka lak sampai semua orang tengok kita.. hahaha.. aku memang suka layan cite hantu kat panggung.. br feel.. hahaha

Pas nonton trus balik... malam gi lepak mamak.. Borak panjang ngan Wa coz sok dh nak balik Rompin...

30 Mei 2010

Naek bas gi Kluang coz parent tunggu kat situ... Sampai2 je ayah anta kete gi servis. Then lunch nasi beriyani kambing.. perghhh.. memang rindu la.. =D

Pas makan gi shopping ngan mak, sambar kasut 1 lagi.. adehhh.. hahaha

Then balik Rompin. Home Sweet Home

Tuesday, June 15, 2010

~Lagenda Budak setan vs Killers~

0 Kata Mereka
Hai sume....
Terasa rajin pulak nak update blog sekarang
Walaupun tengah bercuti ngan family
Lokasi sekarang @ Kuantan
Cerita ceriti pasal holiday nanti ler aku tulis
Sekarang nak cerita tentang muvie yang jadi tajuk kat atas ni

aku tulis tajuk Lagenda Budak Setan vs Killers tu bukan la bermaksud nak membanding-bandingkan filem tempatan ngan luar negara
Aku sendiri pun peminat filem tempatan
Ada sesetengah orang nak pergi beli tiket wayang tengok cerita Melayu pun malu
Tapi pada aku, biasa jer

LAGENDA BUDAK SETAN

Aku tak pernah baca novel Ahadiat Akasyah ni
sebab aku punya mud bace novel tak konsisten macam sesetengah peminat-peminat novel
Kalau rasa nak baca aku baca
Hehehehe

Masa mula-mula tengok trailer muvie neh memang teruja nak tengok. Dengan lagu yang memang layan... so, aku pun set date nak tengok cite nie ngan Annie

Pada permulaan cerita aku dan Annie sependapat betapa klise nya cerita ni... tapi menurut Annie yang penah baca novel ni... Kalau baca novel die x de la klise pun
Novel die mmg best

Kitorang still menggagahkan diri menonton
Tunggu part2 yang diperkatakan ramai boleh meleleh air mata
Tapi pada part2 yang sepatutnya sedih aku ngan Annie (boleh dikatakan 1 panggung) ketawa
Hurm... so aku tak rasa aku yang bermasalah..huhuhu

Pada aku, scene yang btol2 leh wat aku tergamam ialah pada masa Que Haidar (Azmi) mengamuk pada Lisa Surihani (Ayu)
Masa tu memang betul2 menjadi lakonan Que n Lisa
Tak nampak kaku

Pada aku skrip cerita ni mungkin perlu diperbaiki supaya pelakon tak nampak kaku
Contohnya pada akhir cerita masa Farid Kamil 1st time tengok anak die.. skrip die macam ni
"Awak anak perempuan saya"
aduh... masa tu aku betol2 rasa aku tengah tengok cerita alih bahasa
perlu ke skrip macam tu???
aku rasa cukup dengan perlakuan untuk menunjukkan yang Farid Kamil tu terharu dengan kehadiran baby pompuan tu...

*sorry yer pada peminat2 muvie ni, ini cuma pendapat aku

KILLERS

Aku ngan Annie sependapat filem ni menyelamatkan keadaan n emosi kitorang
walaupun kitorang tengok muvie ni dulu sebelum tengok LBS
Sekurang-kurangnya rasa juga berbaloi pergi tengok muvie

Muvie ni muvie aksi, romantik ngan comedy
walaupun ada aksi tapi muvie ni tak berat pun
memang sesuai kalo nak ringan2kan otak
hehehehe

Hero die Ashton Kutcher (aku memang suke la mamat neh.. hehehehe)
Heroin die Katherine Heigl

aku tak pandai sangat nak bercerita pasal cite neh
so korang gi la tengok sendiri ek
hehehehehe
tapi aku suka sebab dari awal cite sampai abes aku enjoy tengok cite ni
(^_^)

*Ni hari pertama holiday aku bermula.. Lepas je balik tengok wayang, malam tu gerak balik Perak... Journey to Utara begin.. hehehe

Thursday, June 3, 2010

~Senyum Sokmolah~

2 Kata Mereka
Pagi tadi aku ngan adek aku ke Mersing.. Nak buat International Passport... Before nie dah pernah pegi wat Dokumen Perjalanan Terhad masa nak posting Sarawak dulu... Bila dah posting sana kawan2 ajak jalan2 Brunei, so pikir baik wat passport trus.. Lagi pun dah murah skarang.. RM100 untuk 2 tahun, RM300 untuk 5 tahun... Lagi pun ada gak plan2 nk jalan Australia neh.. hehe

Yang aku paling suka sekali kat Pejabat Imigresen Mersing ni, pekerja2 dia ramah dan senyum sokmo bak kata orang Terengganu... Masuk2 je aku terus pergi kaunter pertanyaan.. Dia tanya gamba dan salinan IC.. Aku plak bley lupe salinan IC.. So, keluar balik gi fotostat IC... Then balik semula...

Lagi satu, pekerja2 die cekap n cepat... Imigresen beri jaminan siap 1 jam selepas buat bayaran.. Tepat2 1 jam siap.. aku bayar kol 11.06... aku dapat kol 12.06 minit... (^_^)v

Settle je sume aku balik umah dengan muke yang senang ati.. Bukan selalu kuar dr pejabat kerajaan ngan muke puas ati macam tu...

So, kawan2 nk gi wat paspot, gi ler imigresen Mersing yer... hehehe

Tuesday, June 1, 2010

~Hilangnya Cintaku~

0 Kata Mereka
Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang kurasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan kusambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih cinta yang fana

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan



Sunday, May 30, 2010

~Dan Apabila....~

0 Kata Mereka
Dan apabila
Kebenaran mulai tersingkap
Sedikit demi sedikit
Kenapa hati perlu bersedih?

Dan apabila
Yang samar beransur jelas
Kenapa perlu mata ditutup rapat
Hanya kerana yang di hadapan itu
Bukan yang diharapkan

Dan apabila
Yang kabur beransur terang
Kenapa perlu masih memegang kanta
Pecahkan saja
Kerana kenyataan itu
Bakal mengaburkan hati

Dan apabila
Yang terpendam tak mampu terluahkan
Jangan disalahkan hati kerana menyinta
Jangan disalahkan hati kerana mengagumi
Kerana hati dan perasaan adalah anugerah yang paling berharga
Dari Yang Maha Esa

Dan apabila
Rasa putus asa menyapa
Pastikan tangismu hanya untuk satu malam
Esoknya bangun dengan kekuatan
Bangun dengan senyuman
Bangun dengan satu keyakinan
Bahawa pasti ada yang tercipta buat kamu
Cuma masanya belum tiba
Untuk kamu mengenali, mencintai dan menyayangi
Dan yang pasti
DIA Maha Mengetahui
Berdoa yang tak pernah putus
Pasti akan dimakbulkan
Insya Allah
Amin


~Peri Biru~

Friday, May 28, 2010

~Dan cuti pun bermula~

1 Kata Mereka
Januari... Februari... Mac... April... Mei...

Akhirnya cuti yang ditunggu2 dah tiba.. hehe.. cuti seminggu feb n mac x balik n tak dapat ke mana2 coz duit tarak... so cuti kali ni wajib balik.. 3 minggu.. itu ler kelebihan cigu cikgi sarawak.. cuti gawai n kaamatan.. hehehe..

Pape pun, pada semua teman2, selamat bercuti...

Pada teman2 yang naik pelamin, selamat pengantin baru...

Saturday, May 15, 2010

~16 Mei~

5 Kata Mereka


SK Sahabat 16, Hari Guru 1997

16 Mei, itu hari guru
Hari yang dinanti setiap tahun
Guru selalu memberi ilmu
Kami ucapkan selamat hari guru

Bila cikgu mengajar
Jangan bermain
Bila cikgu terangkan
Jangan ingat lain

Nanti peperiksaan
Tak jadi pening
Bila cikgu tanda
Dapat hundred percent

SMKAP, Hari Guru 2002

Di sinilah
Tempat ku bermula
menimba ilmu buat bekalan jiwa
Tidakkan ku lupa segala jasanya
pengorbananmu
Oh guru tercinta
Mendidikku
Sehingga berjaya....

Ni la antara lagu2 yang pernah dinyanyikan masa sambutan hari guru sekola aku dulu.. Tiap2 tahun sambutan hari guru memang sangat ditunggu2.. Nak tengok persembahan and jualan.. Masa sekola menengah boleh wat dedikasi dengan bagi buah, coklat atau macam2 lagi la.. tapi kat cikgu bagi skit je.. kat kengkawan lak yang lebey.. hahaha

Tahun ni, aku sambut hari guru sebagai seorang guru.. Buat kali pertamanya... Isnin akan ada sambutan kat sekolah... Tengok ada jugak pelajar-pelajar yang gigih berlatih untuk persembahan koir, coral speaking ngan pancaragam.. Dah berlatih bagai nak rak tu, masa persembahan nanti mesti wat elok2 k.. =D

Acara lain yang wat aku kecut perut gak ialah sukan n sukaneka.. adesss... Hari guru jugak adalah hari pelajar mendera guru.. hahahaha.. Masa ni la nak tengok cekgu berlari, tiup tepung, maen belon, bawak bola ping pong dalam sudu ngan macam2 lagi la.. Lagi satu, kekayuan aku dalam bola jaring ngan bola tampar akan terserlah.. kompom.. adess.. redah je la labuuu... yang penting release tension n hepi2... (^_^)v

Akhir sekali, selamat hari guru buat guru-guru yang pernah mengajar aku dulu. Guru-guru Tadika Umas-Umas (Tawau, Sabah), SK Umas-Umas (Tawau, Sabah), SK Sahabat 16 (Lahad Datu, Sabah), SK LKTP Lepar Hilir 1 (Kuantan, Pahang), SMKA Pahang (Muadzam Shah,Pahang), Pensyarah2 Kolej Matrikulasi Labuan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT a.k.a KUSTEM) dan UKM (DPLI JAN 09)... Jasa-jasa kalian takkan mungkin terbalas.. ilmu yang kalian curahkan insya Allah akan terus menjadi pedoman menyusuri liku2 kehidupan...

Selamat hari guru juga buat teman-teman seperjuangan DPLI UKM Jan 2009 dan guru-guru SMK TPDPH Normah Daro.. Semoga segala usaha dan ilmu yang dicurahkan untuk mendidik anak bangsa diredhai dan diberkati Allah.. =D

Daripada Abu Hurairah r.a berkata:

Nabi S.a.w Bersabda:”Apabila mati seorang anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali yang datang dari tiga sumber.Pertama sedekah jariah.Kedua ilmu yang memberi manafaat.Ketiga anak yang soleh yang mendoakan baginya”.
Hadis Riwayat Muslim

SELAMAT HARI GURU!

Tuesday, May 11, 2010

~Teman Ke?~

2 Kata Mereka
Teman ke?
Kalau pada masa kamu cuba berkongsi sesuatu
Dia pulak buat acuh tak acuh

Sahabat ke?
Kalau di kala die bersedih die mencari kamu
Di saat die gembira die pergi bersame orang laen

Teman ke?
Kalau die sedikit pun tak dapat baca apa yang ada dalam fikiran kamu?

Sahabat ke?
Kalau setiap kata-kata dia sentiasa menyakitkan kamu?

Teman ke?
Sahabat ke?
Kalau makin lama kamu terase die makin jauh dari kamu...???

Sunday, May 2, 2010

~Lesen oh lesen~

3 Kata Mereka
Ari ni ari keempat blaja kete... ari kedua blaja parking ang bukit... tp seronok coz dh bole wat dengan cemerlang... walaupon br blajar 4 jam, cekgu skola memandu dh sruh amek test... hehehe.. x yah tunggu lame2.. yg bestnyer amek lesen kat Mukah neh, x de traffic lite n jalan lurus2 jer.. hehehehe

ape2 pon.. wish me luck ye kawan2.. =D

Monday, March 29, 2010

~Musykil~

2 Kata Mereka
Sebenarnya
Ade 1 benda yang aku musykil
Start aku sekolah menengah
Sampai ler skang
Benda2 neh terjadi bile aku ke tempat baru
Hurm...
N benda2 macam neh
Wat aku jd low self-esteem kalo pikir2 selalu
Huhu~~~~

Pendek kata...
Cuba untuk tidak memikirkannya..
Adios!!!

Monday, March 22, 2010

~1 dan 24~

5 Kata Mereka





Entry neh patot nyer dipost pade 1 Mac 2010 ari tuh coz ari tu genap usia aku 24 tahun.. hehehe

Tapi, disebabkan menanti titipan2 special dr Semenanjung, so, hari ni br leh wat entry ni... hehehe

Thanx pada semua member2 yang wish.. Rasenyer tahun ni paling ramai wish.. coz ade bantuan besday reminder dr fesbuk kowt.. hehehe.. Thanx untuk doa dan ucapan kalian k.. May Allah bless all of us.. =D

Hurm, tahun ni besday bese2 jer.. x celeb pon coz dok sorang2 kat Daro neh.. hehe.. Tp, walau pown dok jauh, ade jugak titipan istimewa dr jauh... Thanx 2 Shabanun Salwa, Mak, Ayah n member baru kat Daro neh, Pja...

Dr ustajah Pija.. hehe.. kamsahamida.. =)

Dr cik waa.. mekasey... kalo i pakai bju 2 nnt i amek gambo tnjuk kat U k.. hehehe

From mak n ayah

Isi dalam.. ade lagi satu.. dh gtaw dlm entry lepas.. hehehehe

Sekali lagi terima kasih buat semua wish n gift yerk... sayang korang sume.. Muah3x..

Harap2 dengan pertambahan usia ni akan bertambah juga amalan untuk dijadikan bekalan ke hari pengadilan kelak.. amin!!!

~Suprise Dari Seberang Laut~

2 Kata Mereka
Hari ni aku namakan die hari bercampur baur.. huhu.. Apa yang bercampur baur? Opkos ler feeling..

Alhamdulillah aku semakin happy bergelar guru @SMK TPDPH Normah neh.. Walau kadang2 ada rase x best, aku cube buang jauh2.. semua tu dugaan.. Allah takkan menguji hamba-Nya lebih daripada kemampuan diri mereka kan? So, I know that I can handle all the problems... Insya Allah!

Then dapat slip gaji, maksudnyer 25 Mac neh gaji masyukk.. Yippie.. Hepi kowt coz nak beli tiket balik semenanjung cuti bulan 6 nie.. Yeah!!!!

Walaupun hari ni tak sehat (demam + sakit kepala), and masuk kelas rasa nak tumbang jer, but aku tetap nak happykan hati jugak.. hehehe

Pegi klinik doktor check suhu badan dh 39 Deg Celcius, siap tanya lagi " Awak boleh jalan lagi ke? X rase terhuyung hayang ke? Panas badan awak neh"

Aku sengih jer " Bole jer.. ade lar rase melayang-layang tu.. tapi so far ok".

See, aku ingat pesan mak, be strong!!!

Last, aku hepi sangat coz bungkusan yang aku tunggu2 dr mak n ayah dah sampai.. hehehe

Mak ada cakap, dalam bungkusan tu ada suprise dari ayah.. Hadia besday katanyer.. Tu yang wat aku teruja sgt tunggu bungkusan tu.. hehe

Balik je dr sekolah, terus bukak bungkusan.. Sume barang yang aku mintak ade.. hehe..

Langsir untuk bilik yang dh 2 bulan tak berlangsir ni, cadar (nak beli kat sini mahal.. kui3x), my favourite book, la tahzan =D, and wallet (present dr mak n ayah 4 my birthday.. hehe) , and the suprise is..... huhu.. tengok ler sendiri kt bawah neh.. siyes terkejut... huhuhu..















bagi tengok sipi2 sudaaa.. hahaha

aceli, it was a story when I was a little gurl.. a present that my father promise me when I was 9... Sebab dapat nombor 1 dalam kelas.. =D

Tapi pas umur 24 br dapat.. Terharu jugak.. And I know that Ayah tak pernah lupa janji dia.. huhu.. Tipu kalau cakap mase kecik2 dulu tak pernah teringat janji2 ayah, tapi benda dah lama and dah lepas, and aku pon dah besar kowt.. hehe

Ayat mak wat aku rasa terharu plak...

" Baru nie jalan2 kat Megamall nampak Barbie tu. Ayah teringat janji nak bagi kat Angah dulu. Tu yang ayah bagi tu. Kire hadiah besday ler tuh... "

Aku tanye macam mana leh teringat plak?

Mak jawab

"Biasa la, bile dah jauh selalu teringat. Mase depan mata wat x kesah je... heee.. "

Terharu okeh!!! Huhu...

Ape pon, buat mak n ayah, I'll try 2 be a great daughter 4 both of u.. Miz and luv mak n ayah soooooooo much...

Wednesday, March 17, 2010

~Maulidur Rasul SMK TPDPH Normah 2010/1431H~

2 Kata Mereka
Sambutan Maulidur Rasul
SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah
2010/1431H
Memantap Ukhwah Memperkasa Ummah
26 Februari 2010
more pics click here


@ Dewan Belatong

Ustazah Nurul Izzah (Pengarah Program)

Tuan Pengetua

Persembahan Guru Deklamasi Sajak by Hajah Dalimah

Kuiz

Pentomin

Sajak

Marhaban

Nasyid

Cikgu2



Saturday, March 13, 2010

.::For The Rest Of My Life::.

0 Kata Mereka


Maher Zain - For the rest of my life


I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever II`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Janna
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

~Datuk saya~

3 Kata Mereka
Satu petang yang damai, seorang guru masuk ke kelas paling hujung Tingkatan 1. Pelajar-pelajar ini akan menduduki peperiksaan Bahasa Inggeris Paper 2 pada petang itu. Guru itu melangkah masuk dengan tenang. Selepas mengedarkan kertas, guru memberikan arahan untuk para pelajar mula menjawab. Beberapa orang pelajar datang bertemu guru tersebut bertanyakan maksud dan kehendak soalan. Ah, tahu2 sajalah kalau pelajar2 kelas hujung, majoritinya tidak tahu membaca. Jadi, guru ini pun dengan rasa ringan mulut membantu mana-mana yang patut.

Soalan pertama mengkehendaki para pelajar menceritakan kisah keluarga mereka bertajuk "My Family" berdasarkan poin2 penting yang telah diberikan.

Tiba-tiba, seorang pelajar perempuan yang boleh dikategorikan sebagai pelajar paling cemerlang dalam kelas itu menghampiri gurunya:

Pelajar : Cikgu, macam mana eja Marsidi?

Guru: (Mengerutkan kening sambil berkata dalam hati, merchandise? tinggi betul bahasa budak neh, kalau kelas A logik jugak)

Merchandise?

Pelajar: Bukan, Marsidi.

Guru: Apa tu?

Pelajar: Nama datuk saya.

Guru: (Menahan gelak)

Mana la saya tahu macam mana nak eja nama datuk awak. Datuk awak pun saya tak kenal. Awak tulis je la apa pun nama datuk awak, teacher awak pun bukan tahu apa nama datuk awak.

Pelajar: Tersengih2 lalu berlalu.



Korang kenal tak datuk dia?

*Nama di atas bukan nama sebenar.

Friday, March 12, 2010

~Jiwa Kacau~

4 Kata Mereka
Cuti pertengahan penggal - 13 Mac 2010 to 21 Mac 2010
Aktiviti: Tido, makan, marking paper, olahraga, melangut, bosan, jiwa kacau, duit x de...
Adoyai!!!!

Cuti sekola macam bese ler, kenduri kawen..

So, selamat pengantin baru buat Kak Ain (SMKTPDPHN), Kak Wahid (DPLI UKM JAN 09) n Ustaz Badrol a.ka Abg. Bad (DPLI UKM JAN 09).

Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan diberkati Allah selalu...


Tuesday, March 9, 2010

~Ibu suka pakai baju berfesyen kan?~

8 Kata Mereka
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Bahagian C (Esei)

Soalan 2

Mei Lin mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pereka fesyen yang terkenal. Dia gemar membaca buku-buku yang berkaitan dengan fesyen. Namun, ibu bapanya tidak bersetuju akan cita-cita Mei Lin kerana mahu Mei Lin menjadi akauntan.

Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Mei Ling bagi menyelesaikan masalahnya?

Jawapan pelajar X:

Mei Lin haruslah berkata pada ibu bapa kamu yang kamu tidak mahu menjadi akauntan. Jika kamu mahu jadi pereka fesyen kamu harus berkata " Kalau saya tak jadi pereka fesyen baju cantik tidak akan terjual di pasaran, lagipun ibu suka pakai baju berfesyen kan." Kamu haruslah meminta maaf selepas cakap.


Korang agak-agak budak ni lelaki ke perempuan?

Saturday, February 13, 2010

~Sukan SMK TPDPH Normah~

2 Kata Mereka
Date: 11th and 12th February 2010
Venue: Padang SMK TPDPH Normah
More pics click here


4 x 400 L18 Akhir

Cekgu2 @ Khemah Penyelia Peserta

PBSM

Ke garisan... Sedia..

"Ko pulak, lelah dh aku towk..huhu"

Cekgu2 penjaga masa

Helang

Atlit2 Singa

Kuarantin

Ikrar

Serigala

Kancil

Helang

Helang

Rajawali

Seladang

Singa



.::Solat::.