Kamsahamida... =)

Sunday, March 29, 2009

.::Dari Kerana Mata::.

2 Kata Mereka
Credit to:http://1001rahsiadiri.blogspot.com

Saiz mata kecil
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

Saiz mata sedang
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

Saiz mata lebar
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

Mata selalu berkedip
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik

Mata jarang berkedip
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjaw ab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

Mata cengkung
Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

Mata redup
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

Matanya seolah tersembul keluar
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.


~Dari Mata Turun ke Hati~

Jika kamu sayang lelaki-lelaki ini...

0 Kata Mereka
Jika kamu sayang lelaki-lelaki ini maka berubahlah...

Lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita:

* Ayah

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

* Suami

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diribukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

* Abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM...Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

* Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabka n di akhirat kelak...nantikan tarikan ibunya.

Saturday, March 28, 2009

.::EARTH HOUR::.

0 Kata Mereka








INI BUKAN KERJA GILA
UNTUK MEMADAMKAN LAMPU HANYA UNTUK SATU JAM
JIKA ANDA SAYANGKAN BUMI
LAKUKAN INI HANYA UNTUK SATU JAM

UNTUK MAKLUMAT LANJUT
SILA KE:
http://cintaagungku.blogspot.com/2009/03/kempen-earth-hour.html
http://earthhour.org.my/

~SUPPORT EARTH HOUR~


Sunday, March 22, 2009

.::Volleyball DPLI Final::.

5 Kata Mereka
SEMI FINAL

3A vs 5B

Aku tak tumpu sangat...coz mase ni jage line di tengah panas yang terik bertemankan payung biru..ehehehe...paneh2...

6B vs 1A

Uhuhuhu...perlawanan bermule pada masa matahari betul2 atas kepale...dh la dapat court y menghadap matahari..tetibe tak pandai beza matahari ngan bola...kekadang jadi gerhana bola..ehehehe...so, mase 1st set mmg truk gak la kena balun coz faktor panahan mentari (bukan alasan yer).cewah..tapi nit bad..x de le kalah truk...

Masuk 2nd set dpt court membelakangi mentari..msg2 pasang azam nak balas dendam..macam set 1st tadi gak..adegan kejar mengejar mata berlaku...ketinggalan 8 mata pada mulenye..serve je sesuke ati...then akhirnye, alhamdulillah menang..fuh..double set

Set 3 dh lembik dh..kurang stamina betol..cane nk jd versatil n holistik ni..ehem..hehe...tp dengan keazaman y membara nak g final gak kitorang 6B berjuang abes2an (kunun)...padahal mase ni mmg dh down dh..uhuhuhu...tp syukran Ya Rabbi...menang gak n melangkah ke final dengan perasaan berdebor2...dup dap dup dap

FINAL

3A vs 6B

pertemuan yang agak diduga..grup 3A mmg otai2 gak tangan2 dowang neh..semuanye berbedung nye tangan..serve memang nak pecah bola..ehehehe...sementara grup 6B atau grup aku (ehehehehe) tidak berapa nak berbedung tangan mase kecik2 (kui2)...lagi2 aku..ahahaha

Set 1st, kaloh..uhuhuhu... Dh cakap dh, dowang ni hebat.. (royalti lebey ar 3A..kui3)....kitorang tetap maen gak..meneruskan perjuangan...

Set 2, kitorang dh pancit..capek bangat..lawan 1A pown dh mcm lwn final je rase...huhu...tp x pe..msg2 dh penat..down pun ye jugek...huhu...saki baki n sisa semangat tu maseh ade...chaiyok....adegan kejar mengejar terus berlaku.... n yeeaaa..menang... (yea2 kami menang -upin n ipin style)..hee

Terus ke set ke 3 (no rest)...double set lagi..capekkkkkkkkk....kak ain dh gelisah nak balik, sian gak die nk drive balik Soromban..jam dh kol 7.. tp merayu gak spy die x balik n stay kejap..mekaseh kak ain coz stay sampai abes..hehe... (nasib baik selamat sampai umah..walaupown dlm area kol 10 br smpai..huhu)... Hurm...Kitorang kalah, but its ok..dh mencube y terbaik... Baek punyeee (Zifi style..ehehehe)

Tahniah 3A..chukanda... ;-)

Hurm..pape pown aku rse aku tak membantu sgt pown..hee..anto bola pown cam hape jew..huhu..sowi yek kengkawan...hee... ;P

Pinjam ayat Kak Feqah - Kalo tak de yang kalah, takkan ade y menang kan???

Friday, March 20, 2009

.::Heartbreak Library::.

8 Kata Mereka
Tahun lepas aku ada post pasal muvie ni... klik2...

Selepas sekian lama mencari akhirnya aku jumpe gak muvie neh kat Mysoju.com...yiehaaa...sonoknye...

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku nak sangat tengok cite ni coz hero die Lee Dong Wook..ehehehe... Heroin die Eugene...due2 besh...

Sedikit tentang cite nie, Dong Wook selalu ke Public Library tempat Eugene bekerja untuk mencari muka surat 198 pada setiap buku... Sebab bekas kekasih Dong Wook ada tinggalkan mesej untuk dia pada page 198.. Abes sume page 198 kat buku-buku yang die jumpe die koyak sampai la kena tangkap dek Eugene..hehe..klako..

Then, lepas die cite pada Eugene kenapa die wat camtu, Eugene rase die boleh tolong... Macam2 Eugene buat sampai teman Dong Wook ke kampung ex-girlfriend die... Tapi konon2nya ex die tu dah pindah...

Sampai suatu hari, Eugene dapat hubungi nombor ex Dong Wook coz ex die ni pelanggan setia Public Library and kebetulan ade 1 buku die tak pulangkan lagi... Eugene terkejut sangat coz ex Dong Wook ni sebenarnye dah meninggal.. Y paling die terkejut, Dong Wook tau...tapi.. Still mencari.. then Eugene faham kenapa Dong Wook nak sangat cari mesej y awek die tinggalkan dalam page 198 tu..huu...

............

----------------------------------------------------------------------------------------------

Cite die mmg touching abes la...huu..sedey2... Korang tengok la sendiri ending die k... Layan....


~Past Love Never Changes Because It Remains In Your Heart Forever~

Tuesday, March 17, 2009

.::Jika Ia Sebuah Cinta::.

0 Kata Mereka

.::Klik Pada Gambar::.

Sunday, March 15, 2009

.::Taman Sinar Harapan::.

3 Kata Mereka
Senyumku tak seghairah
Gerak gayaku tidak selincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu

Namun ku punya hati
....

Malam Selasa lepas (10 Mac 2009), kumpulan kedua DPLI UKM bertolak ke Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu. Tiba di KKB jam 245 pagi then tidur kat masjid kejap. Jam 5 pagi bertolak ke Taman Sinar Harapan.

Macam-macam perasaan bermain dalam kotak fikiran aku ni. Nebes, takut, cuak...semua ada. Dah dengar sikit2 cerita dari budak2 kumpulan pertama yang dah pergi. Usai solat Subuh berjemaah, aktiviti bermula. Kumpulan dibahagi kepada 4. Cerita rakan2 beda dengan situasi di depan mata.

Berjalan punya jalan, semua group dah ditempatkan di asrama-asrama tertentu, group aku ditempatkan di asrama wanita yang terakhir. Kecoh juga suasana di setiap dorm pagi tu. Dorm aku adalah dorm orang dewasa.

Melangkah masuk satu yang terdetik "Subhanallah"... Tiada satu pun yang mampu bangun. Kesemuanya terlantar. sebaik tiba di sebuah katil, aku dihulurkan pampers, "Tolong pakaikan ye,"cakap penjaga di situ. aku gumam sebentar. Jika untuk bayi perkara ini aku sudah biasa, tetapi kali ini untuk seorang dewasa yang kurang upaya. "Boleh tolong saya?"ucapku pada seorang gadis di hadapanku. Kelihatan normal namun dia juga kurang upaya dari segi mental. Tapi masih mampu berdiri, bergerak, berjalan seperti orang biasa, cuma kurang dari segi akal. Dia tersenyum lalu membantuku. Terima kasih.

Semasa memakaikan pampers, hanya satu dalam fikiranku, bagaimana jika yang di hadapanku kini ialah ibuku sendiri??? Bukan aku pinta, tetapi rencana Ilahi tiada siapa yang tahu. Mungkin kita sendiri akan mengalami nasib serupa di kemudian hari... Siapa tahu?? Nauzubillah...

Kemudian aku dan rakan-rakan lain menyuapkan sarapan kepada penghuni2... Nasi goreng... Saat menyuap luluh hati melihat mereka. Bersusah payah mengunyah dan menelan. Jika mahu lagi, mereka tidak mampu menjerit "nak lagi...",Mereka hanya kaku pinta disuap, paling paling pun mengerang pinta disuap lagi atau bicara dengan mata merenung kamu penuh makna, "aku lapar"... Kadang2 teringat sikap sendiri dan rakan2 yang kadang2 memilih dalam soal makan.. Tapi mereka??? Apa yang diberi, itu yang mereka makan.. itu pun entah cukup entah tidak...

Waktu bersarapan bertemu Fikri, penyanyi yang menghiburkan kami setiap masa... Sebut je lagu apa, no problem... Hanya itu yang mampu dia lakukan untuk gembirakan diri sendiri dan orang lain, terkadang keluar dari mulutnya kisah keluarga, ibu, ayah, adik beradik.. Sayu hati bertambah bila Fikri dendangkan lagu anak Soleh nyanyian Rabbani ' Bahagiakan mereka hingga ke hujung dunia hingga sampai waktu ajalnya, anak soleh sebagai harta.Hai ibu bapa, kami permata anda, tidak jemu berdoa... ....'hurm.. Biar tak sefasih sebutan kita insan normal, tapi dari raut wajah nampak nyanyian itu terbit dari hati..

Mr. Haha..hehe.. Nampak macam garang, tapi baik hati... Ke mana2 sering meneman rakan berkerusi roda.. Tersenyum rakan ada teman yang sudi membawa ke mana saja... Faizal, pemalu je.. Tapi makan, Alhamdulillah..hehe.. Amir n sorang lagi (tak ingat nama..huhu) walau punya kekurangan fizikal, namun Allah kurniakan bakat seni lukis... Dengan pendapatan RM2800 sebulan.. Fuyoo...Lumayan.. Shima, Akid (cute sgt baby ni), Adam, Angah and ramai lagi yang menceriakan hari kami di TSH, KKB..Terima kasih

Aku fikir2 semula, kenapa Allah jadikan manusia pelbagai rupa dan bentuk..

1) untuk manusia normal dan waras seperti kita berfikir akan kebesaran Allah..
2) untuk kita bersyukur dan jangan pernah mengeluh kerana setiap ujian ada hikmahnya dan mengajar kita erti sabar, syukur, redha dan tabah

~la tahzan..sesungguhnya kita sangat bernasib baik.. Jika kurang hanya pada rupa, hiasi hati dengan ketakwaan, kerana Allah tidak menilai hambanya dari rupa paras tetapi amalan dan takwa....Allah itu maha adil... Ditarik hanya satu nikmat, diberi seribu nikmat dari sudut lain..Hanya terserah pada kita untuk berfikir dan mencari nikmat2 itu, supaya kita tidak terus mengeluh menyalahkan takdir sehingga nikmat iman hilang dari dalam diri...wallahualam~

Saturday, March 14, 2009

Pindah Lagi.....

10 Kata Mereka
Tadi pas kelas trus kuar jumpe membe2 lame SMKAP dulu...rinduuuuuu sangat.. (berite pasal gathering ni akan diceritakan kemudian)

Tengah2 lepak n borak2..tetibe masuk sms.. Mak mesej..

"Mak ada nak bagitahu sumthing nie..hehe"

Sebe je ayat mak aku..ade owang masok meminang kew??? Wakakaka...

"Ape? Nak dpat anak sedare ke?"

"Tak la...Ayah dapat tuka FELDA Selendang 4, Rompin. 6 jam dari KL, 3 jam dr Tembangau"

DUP!!!

Jantung aku cam berenti berdetak jap. Aku ingat last place aku duduk before ayah aku pencen Tembangau la. Dah la senang nak balik. Tup2 kena pindah Selendang... Dah la jauh nak mampos.. Pedalaman lak tuh.. Rela kena pindah Sabah balik..ehehehe...

"Tak leh tolak ke?"

"Tak leh. Tak de alasan. Kalau tolak kena pindah Aring (Kelantan), lagi jauh"

Hurm.. Ape2 pun bak kata mak, dalam Semenanjung lagi... Ayah lapor diri 1 April ni.. Maknenyer may be aku tak sempat balik Tembangau dah... Coz pasni x de cuti dah.. Kalau ade pun mase tu dh pas bulan 4, dh pindah... Hurm..br je 2 tahun lebey dok sana... Kena pindah lagi... Macam tu la idop aku..Setiap kali ayah naik pangkat je, mesti pindah..Huhu

Memule duduk Grik, pastu Muadzam Shah, pastu Tawau, pastu Lahad Datu, pastu Kuantan, pastu Lahad datu balik, pastu Tembangau (Pahang), and latest Selendang 4, rompin...huhu...

Ape pun pindah randah ni la yang mematangkan aku dan menemukan aku dengan macam2 orang, sahabat, musuh, teman dan macam2 lagi... Sesuatu yang berlaku pasti ade hikmahnye.. Selendang 4, here I come... huhu..

Friday, March 13, 2009

D.I.A.M

4 Kata Mereka
Kelmarin
Semalam
Hari ini
Aku diam
Kamu tanya kenapa
Tapi aku senyum

Aku diam
Bukan kerana aku 'bad mood'
Aku diam
Bukan kerana aku marah
Aku diam
Bukan kerana aku benci
Aku diam
Bukan kerana aku sudah muak
Aku diam...
Aku diam...

Aku diam
Kerana ada hati yang perlu dijaga
Aku diam
Kerana bimbang kamu jauh
Aku diam
Kerana aku sudah terlalu banyak bicara
Aku diam
Kerana mungkin ada yang suka aku begini
Aku diam
Kerana aku sudah penat
Aku diam
Kerana kamu masih begitu
Aku diam
Kerana aku perlu waktu untuk diriku sendiri
Aku diam kerana....
Hanya Allah yang tahu

Tapi kawan
Jangan jauh dariku hanya kerana
Aku diam
Jangan tinggalkan diriku hanya kerana
Aku diam
Jangan pernah takut bertanya hanya kerana
Aku diam
Kerana
Aku diam untuk aku
Aku diam untuk kamu
Aku diam untuk semua
Paling ringkas
Diam itu ibadah

Dan pada ketika
Aku sudah tidak diam lagi
Sehingga tuturku menganggumu
Teguri aku
Aku akan diam kembali
Jika itu bisa buat kamu senang
Kerana jika kamu senang
Aku akan turut senang
Walau bibir ini terkunci
Hati ini berbunga riang melihat kamu senang

~Jangan risau...Aku akan bicara dan tersenyum kembali..Apabila pelangi yang mewarnai hati kembali selepas hujan yang membanjiri hati berlalu pergi~

Tuesday, March 10, 2009

Tadi Kamu...

5 Kata Mereka
Tadi kamu memberitahuku sesuatu
Sesuatu yang telah lama aku fikirkan
Apakah itu sebenarnya aku
Pada pandangan kamu, dia dan semua

Tadi kamu benar-benar jujur teman
Namun aku tetap senyum
Walau dalam terguris pedih
Hanya ku pujuk hati jangan menangis
Kerana hati kamu ingin ku jaga
Kerana kamu teman

Aku bukan buluh perindu
Untuk menyanyikan sebuah lagu
Menghiburkan hatimu selalu
Aku tidak secantik bidadari
Untuk kau berbangga punya teman sepertiku
Namun aku insan
Punya hati nurani
Punya jiwa, mata dan hati
Akan ku selongkar kelebihan lainku
Andai itu bisa buat kamu selesa berteman denganku

Pinta aku padamu teman
Jangan pernah malu berteman denganku
Jika aku tidak seindah dirimu
Jangan pernah malu berteman denganku
Jika aku dilihat jauh beda denganmu

Cuma aku ingin kamu tahu
Aku sedih dengan kata-kata kamu tadi
Namun
Terima kasih kerana jujur denganku
Membuat aku lebih mengenali diriku
Akanku cuba menyayangi diri serba kekurangan ini
Kerana aku pasti
ALLAH itu Maha Pengasih

Monday, March 9, 2009

Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W...

0 Kata Mereka

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Ya Rasulullah
Kini tibalah detik yang bersejarah
Hari kelahiran mu yang ditunggu
Detik gemilang

Hurm..betul ke lirik tu? Ape2 je la.. Tapi ni la salah satu nasyid selain yang 'Malam Isnin subuh yang indah, 12 rabiulawal yang cerah...' yang selalu dinyanyikan kalau ada pertandingan nasyid sempena sambutan maulidur rasul kat sekolah dulu.. selain daripada tu pertandingan berarak dengan banner yang dibuat sesame ahli dorm dengan pakaian seragam dan sedondon.. Melaram habis... Tapi, setakat itu sahajakah penghayatan kita pada tarikh 12 rabiul awal ni???

Sepanjang pemerhatian sejak dari zaman sekolah lagi, ini sahaja yang biasa dilakukan, mungkin seminggu sebelum menjelang 12 rabiul awal dialog2 di bawah ni selalu kita dengar kot:

1. "Banner dah siap ke? Tahun ni kita mesti menang banner terbaik tau. Tahun lepas bilik Zinnirah yang menang. Pastu baju kita tahun ni warna ungu la ek. Biar sume seragam, baru le menang."

(Ehem..mungkin sesiapa yang biasa duduk asrama biasa dengan perkara-perkara ni, nak2 5 tahun dok asrama..huhu)

2. "Ko dah beli tiket??? Cuti sampai Senin ni. Lame tu bhai. Jom balik."

(Ehem..yang ni aku pun tak terkecuali, cuma kali ni tak yah beli tiket, naek je komuter smpai seremban then bas lompat sampai Bahau..hehe.. Tapi betulkan??? Sape tak seronok, cuti umum pulak tu... tapi kita patut tahu kenapa cuti ini diberi)

3. "Ape ar cite besh kat tb. Mesti ade konsert Maulisur Rasul kan?"

(Ehem..ni lagi satu. Menjelang je Maulidur rasul bersepah cerita-cerita dengan rancangan nyanyian kat tv... Memang la nyanyian tu berunsur keislaman, tapi apa salahnya kalau diadakan slot bercerita kisah Nabi Muhammad dan para sahabat. Kisah2 mereka ni kalau diceritakan tak cukup sehari tau, banyak iktibar yang dapat diambil.)

Aku bukannyer muslimah yang banyak ilmu pun nak cerita pasal perjuangan dan kehidupan Rasulullah Khotimul Anbiya' kita ni. Tapi aku setuju dengan pensyarah Falsafah aku, berarak sambil berselawat dua tigabaris, lepas tu tengok punggung orang, sampai kat masjid makannnnn...sampai waktu Zuhur yang berarak punyer ramai tadi tinggal 2 saf je.. hehe.. betul jugak cakap die. Apa pun, selagi kita hidup, berusahalah untuk menjadi Umat Muhammad yang terbaik, semoga beroleh syafaat darinya di hari kebangkitan kelak.. wallahu'alam

~kalau entry ini menyinggung sape2, aku tak berniat, sorry yek~

Thursday, March 5, 2009

A.K.U???

5 Kata Mereka
Ditagged oleh Cik Syazni..Besh tag kali..Know urself..hehe.. (sowi Syaz x wat tag y pasal beg tu coz aku bukan wanita y sentiasa membawa beg ayu ke mana2..so nothing interesting wif my beg..huhu..sowi taw.. ;-)).. So, this is the result of my test..hehe

U're tagged!Go this website and do the quiz.Next, post the result without changing anything.Tag another 5 people once u're done!

Your view on yourself:

You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.

Your readiness to commit to a relationship:

You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.

The seriousness of your love:

You like to flirt and behave seductively. The opposite sex finds this very attractive, and that's why you'll always have admirers hanging off your arms. But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with?

Your views on education

Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.

The right job for you:

You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

How do you view success:

You are afraid of failure and scared to have a go at the career you would like to have in case you don't succeed. Don't give up when you haven't yet even started! Be courageous.

What are you most afraid of:

You are concerned about your image and the way others see you. This means that you try very hard to be accepted by other people. It's time for you to believe in who you are, not what you wear.

Who is your true self:

You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.

5 owang y saiye nak tag: Faezah Hanim, Ummi, Hude, Najwa, Atulasca

Tuesday, March 3, 2009

Hai obat hai obat...

7 Kata Mereka

Masok hari ni dh 4 ari aku bercakap sambil mengetap gigi..suara pown dh macam dog dalam katon catdog tu..huhu..nape??? Kerana geraham bongsu ni ngade2 nak kuar tapi disebabkan gigi susu aku tak abes lagi (yes, I'm 23, so what?huhu), so si geraham bongsu ni no space la..pastu nyusahkan aku..sakittttttttttttttttttttttttttt...

Gi klinik semalam, ni antara perbualan aku ngan doktor:

Doktor : Gusi awak bengkak sangat tu. Makan ubat bagi surut dulu, lepas tu datang lagi, may be kena cabut.

Peri Biru : (Dalam ati, cabotttttttttttt?????????huhu...dah lame tak cabot gigi...x mo2) Biler apoment doktor?

Doktor : 19 Mac datang ye.

Peri Biru : Saya ada kelas (saje je carik alasan kan?)

Doktor : Tak pe. Datang pas kelas.(Padan muke aku)

Peri Biru : Kelas saya abes lambat (lagi alasan)

Doktor : Tak pe. (Adoyai, cool je doktor neh, mampos den)

Peri Biru : Baeklah, mekasih doktor.

.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.::.:

Pas jumpe doktor mesti amek ubat kan? Haa...sedebuk ubat aku dapat... Satu daripada obat tu tengok je aku dah taw pahit..berkapur2 pil tu..gerenti pahit la...

Teringat zaman kanak-kanak Ribena dulu, antara kitorang 3 beradik aku le paling penakot makan obat. Bagi je obat ape pown, pil ke, cecair ke, jawapan aku 1, "X MO"... Kefobiaan aku terhadap ubat sampai tahap air kelapa muda yang tok aku jampi pown aku tak mo.. Sebab apa? Sebab nama dia 'OBAT'..Kalo air kelapa mude bese aku tonggang semacam je..ehehehe

Ada satu inisiden, masa kat Sabah dulu (masa tu umo aku 10 taun), ada la satu poliklinik ni. Suke ngat suruh orang test obat b4 bagi obat. Aku tak suke, aku pown bagi le alasan "Saya tak sarapan pagi tadi"..hak3... Tapi satu hari tu nasib aku tak baik, dalam bilik doktor lagi dh kena test obat..huhu..Kebetulan masa tu aku ngan adek aku skali demam berjemaah...

Memule doktor tu test obat kat adek aku. Selambe je adek aku telan, aku dah tak keruan dah.
Sampai je turn aku..hehe

Doktor : Ok, kakak die pulak try.

(Aku pown ambek la obat dari tangan doktor tu [name die Dr. Wan]. Aku masok mulut ok lagi, pas masok je air dengan tak semena-mena "burfffff"..ye..aku sembur doktor tu ngan obat2 skali..ahahaha)

Doktor : Ehem (dengan muke penoh kesabaran)... Pernah telan nasi? (Aku angguk)...
Pernah telan pisang? (Aku angguk lagi)... Same je macam telan obat...
(Fuh, nasib tak kena tempeleng ngan doktor tuh..ahaha)

Tu la salah satu kisah lucu aku n obat. Dulu ayah aku siap beli picagari taw, tak menjadi gak...haha..Siap picit2 mulut pakse telan obat..aku buang jugak..ehehe...

Tapi skarang Alhamdulillah... Selalu dok jaoh dr famili banyak berdikari so kena la pandai jage diri. Sakit pening x de sape nak layan pown.. Masing2 ade sakit sendiri.. aku ngan obat dah kamceng dh..ehehe... Konklusinya di sini, aku dah tak takot makan obat dah... ;-)

Sunday, March 1, 2009

Selamat Tinggal 22...

4 Kata Mereka

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Hari ini
Hari yang kau tunggu
Bertambah satu tahun
Usiamu
Bahagialah kamu

Ingat lagi tak lagu ni? Lagu ni lagu kumpulan indonesia, Jamrud. Pernah digunakan untuk iklan raya kat Malaysia beberapa tahun dulu... Bukan nak cite pasal lagu, tapi tajuk lagu tu, selamat ulang tahun..

Hari genap usia aku 23 tahun. Alhamdulillah dipanjangkan umur, diberi kesempatan membaiki kekhilafan diri yang sangat banyak ni...

No special celebration.. No special 'sumone'..but its ok..Coz I have family and lots of friend.. Thanx for stand behind me alwayz... Rindu mase kat Terengganu dulu, tepat 12 malam je, Hanim, Dila, Wawa, Tirah and Azi dah standby ke hulur ke hilir.. Amek kek kat umah sebelah (sorok konon)..hehe.. Pastu celebrate sesame.. Last year besh sket coz celebrate kat KFC Mydin Mall ngan kengkawan, kebetulan family pown datang Ganu.. Sweetest memory... ;)

Masuk je usia 23 ni, hati kena lebih tabah, fikiran kena lebih matang.. Insya Allah..


ADVANCE BUFDAY WISH

1. Along (thanx 4 being a caring n gud brother..ehehe..ko dh gemok sket ek..jage pewot..jgn jad PJK (perot jaoh ke depan)..ahahaha..mekasey)
2. Korie (sengalnyer wish ko..pape pown mekaseh la yek)
3. Aleen (kamsahamida)
4. Cik Syazni (kosmate n jiran bilik kat UMT..mekaseh Syaz... ;-))

ON D DAY WISH

Ramai yang wish (sori, malam tadi tido awal, tak berapa sihat)...
1. Orang 1st yang wish - Ayah (thanx membesarkan Angah sampai berjaya macam ni, doakan Angah untuk terus berjaya k)
2. Adek - Thanx coz jadi adek yang baek (hehe) selama ni..gud luck in everything u do.(thanx 4 d wish and ENTRY)
3. Mak - (Doa mak banyak tolong Angah. Terima kasih banyak2...Doakan Angah terus berjaya dunia dan akhirat)
4. Kak Chah (membe sekelas n sebilik kat SMKAP dl)
5. Annie kawaii (aku nak oppa Dong Wook..hehe)
6. Huda (member UMT, same2 DPLI skang..aku dah join 23rd club dh..hehe)
7. Taufiq (thanx 4 ur wish... hope u r happy with ur life now)
8. Kak Chut (membe sekelas mase SMKAP, mekasey chuete)
9. Adila (mekasih Inspektor..hehe..membe serumah -Umah Mok Nek nombo 3)
10. Najwa (debor rase..hehe..membe sekos UMT n same2 wat DPLI skang)
11. Diyana (cekgu...aku suke sgt..hehe..thanx Nya, aku dh join ko nie..huhu)
12. Komey (member SMKAP..arigato komey)
13. Athirah (Mekasey Tirah...cepat2 wat master kat UKM ni..leh merendek sokmo ngan ko..hehe)
14. Nik (atulasca...syukran jazilan..)
15. Hanim (housemate, umah mok nek nombo 3..mekaseh cekgu Anim..hehe)
16. Kak Feqah (knal kat UKM, DPLI..addicted to volleyball..hehe..mekasih kak Feqah)
17. Wawa (rumate umah mok nek nombo 3..thanx wawa..jgn sedey2..insya Allah ade rezki nnt k)
18. Anim @Faezah Hanim (membe y same2 kantoi add math..hehe..thanx..x dapat karok kite tgok wyg sudey...hehe)
19. Huda Wan Fatul (Same2 kat SMKAP..rumate n klas mate..ude, bile nk jumper ni...huhu)
20. Lina Chan (member matrik Labuan)

BELATED BUFDAY WISH

1. Wey Jue (Wey Jue, aku tggu mu kenduri dl...ehehehe)
2. Aleen (bakal cik leen..my best frenz 4-eva.. smoga persahabatn ni diberkati Allah..2 kali wish ni..ehehe)
3. Dayah Halim (nanti kite jumpe ek..mish u)
4. Chan (same2 praktikal kat Enggor [bile nak blanje sy nasi kandar nie...hehe])
5. Membe2 DPLI (Yuni, Micah, Ummi n sape2 je y wish...kamsahamida.. ) ;-)

Terima kasih semua yang mendoakan.. Semoga doa kalian dimakbulkan..Amin.. =)

~Selamat Hari Lahir Peri Biru~

.::Solat::.