Kamsahamida... =)

Friday, December 17, 2010

Harus pandai, jaga hati

0 Kata Mereka
Usia meningkat
Tubuh membesar
Namun ingatan bukan pendrive mahu pun laptop
Jika sudah lama
Formatkan saja dan semua akan hilang
Jika bisa begitu
Ya
Aku mahu...kamu juga pasti mahu

Kerna
Bukan kita jenis berdendam
Cuma adakala kita manusia
Sering teringat
Segala kisah
Pahit manis panas sejuk
Mungkin hilang
Cuma sementara

"Jangan simpan dalam hati"
Kata mereka
Heh,
mana mungkin
Kerna telah diberi, seorang sekeping hati
Cuma kamu dan aku
Perlu pandai jaga hati
Agar hati jangan mati
Dengan janji termungkiri
Dengan hitungan tidak pernah selari
Jangan sampai senget sendiri
Pandai-pandai bahagi hati
bahagi kasih

Pasti tiada yang makan hati!

.::Solat::.