Kamsahamida... =)

Sunday, March 15, 2009

.::Taman Sinar Harapan::.

Senyumku tak seghairah
Gerak gayaku tidak selincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu

Namun ku punya hati
....

Malam Selasa lepas (10 Mac 2009), kumpulan kedua DPLI UKM bertolak ke Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu. Tiba di KKB jam 245 pagi then tidur kat masjid kejap. Jam 5 pagi bertolak ke Taman Sinar Harapan.

Macam-macam perasaan bermain dalam kotak fikiran aku ni. Nebes, takut, cuak...semua ada. Dah dengar sikit2 cerita dari budak2 kumpulan pertama yang dah pergi. Usai solat Subuh berjemaah, aktiviti bermula. Kumpulan dibahagi kepada 4. Cerita rakan2 beda dengan situasi di depan mata.

Berjalan punya jalan, semua group dah ditempatkan di asrama-asrama tertentu, group aku ditempatkan di asrama wanita yang terakhir. Kecoh juga suasana di setiap dorm pagi tu. Dorm aku adalah dorm orang dewasa.

Melangkah masuk satu yang terdetik "Subhanallah"... Tiada satu pun yang mampu bangun. Kesemuanya terlantar. sebaik tiba di sebuah katil, aku dihulurkan pampers, "Tolong pakaikan ye,"cakap penjaga di situ. aku gumam sebentar. Jika untuk bayi perkara ini aku sudah biasa, tetapi kali ini untuk seorang dewasa yang kurang upaya. "Boleh tolong saya?"ucapku pada seorang gadis di hadapanku. Kelihatan normal namun dia juga kurang upaya dari segi mental. Tapi masih mampu berdiri, bergerak, berjalan seperti orang biasa, cuma kurang dari segi akal. Dia tersenyum lalu membantuku. Terima kasih.

Semasa memakaikan pampers, hanya satu dalam fikiranku, bagaimana jika yang di hadapanku kini ialah ibuku sendiri??? Bukan aku pinta, tetapi rencana Ilahi tiada siapa yang tahu. Mungkin kita sendiri akan mengalami nasib serupa di kemudian hari... Siapa tahu?? Nauzubillah...

Kemudian aku dan rakan-rakan lain menyuapkan sarapan kepada penghuni2... Nasi goreng... Saat menyuap luluh hati melihat mereka. Bersusah payah mengunyah dan menelan. Jika mahu lagi, mereka tidak mampu menjerit "nak lagi...",Mereka hanya kaku pinta disuap, paling paling pun mengerang pinta disuap lagi atau bicara dengan mata merenung kamu penuh makna, "aku lapar"... Kadang2 teringat sikap sendiri dan rakan2 yang kadang2 memilih dalam soal makan.. Tapi mereka??? Apa yang diberi, itu yang mereka makan.. itu pun entah cukup entah tidak...

Waktu bersarapan bertemu Fikri, penyanyi yang menghiburkan kami setiap masa... Sebut je lagu apa, no problem... Hanya itu yang mampu dia lakukan untuk gembirakan diri sendiri dan orang lain, terkadang keluar dari mulutnya kisah keluarga, ibu, ayah, adik beradik.. Sayu hati bertambah bila Fikri dendangkan lagu anak Soleh nyanyian Rabbani ' Bahagiakan mereka hingga ke hujung dunia hingga sampai waktu ajalnya, anak soleh sebagai harta.Hai ibu bapa, kami permata anda, tidak jemu berdoa... ....'hurm.. Biar tak sefasih sebutan kita insan normal, tapi dari raut wajah nampak nyanyian itu terbit dari hati..

Mr. Haha..hehe.. Nampak macam garang, tapi baik hati... Ke mana2 sering meneman rakan berkerusi roda.. Tersenyum rakan ada teman yang sudi membawa ke mana saja... Faizal, pemalu je.. Tapi makan, Alhamdulillah..hehe.. Amir n sorang lagi (tak ingat nama..huhu) walau punya kekurangan fizikal, namun Allah kurniakan bakat seni lukis... Dengan pendapatan RM2800 sebulan.. Fuyoo...Lumayan.. Shima, Akid (cute sgt baby ni), Adam, Angah and ramai lagi yang menceriakan hari kami di TSH, KKB..Terima kasih

Aku fikir2 semula, kenapa Allah jadikan manusia pelbagai rupa dan bentuk..

1) untuk manusia normal dan waras seperti kita berfikir akan kebesaran Allah..
2) untuk kita bersyukur dan jangan pernah mengeluh kerana setiap ujian ada hikmahnya dan mengajar kita erti sabar, syukur, redha dan tabah

~la tahzan..sesungguhnya kita sangat bernasib baik.. Jika kurang hanya pada rupa, hiasi hati dengan ketakwaan, kerana Allah tidak menilai hambanya dari rupa paras tetapi amalan dan takwa....Allah itu maha adil... Ditarik hanya satu nikmat, diberi seribu nikmat dari sudut lain..Hanya terserah pada kita untuk berfikir dan mencari nikmat2 itu, supaya kita tidak terus mengeluh menyalahkan takdir sehingga nikmat iman hilang dari dalam diri...wallahualam~

3 Kata Mereka:

cik syazni said...

eeh cam sedih je pae kan~

a.t.u.l.a.s.c.a. said...

Syukur pada nikmat kesempurnaan fizikal n kesihatan ini ya Robbi...

Faizah said...

cik syazni: yup..sangat sedih.. :(

a.t.u.l.a.s.c.a. : Alhamdulillah.. :)

.::Solat::.