Kamsahamida... =)

Friday, March 13, 2009

D.I.A.M

Kelmarin
Semalam
Hari ini
Aku diam
Kamu tanya kenapa
Tapi aku senyum

Aku diam
Bukan kerana aku 'bad mood'
Aku diam
Bukan kerana aku marah
Aku diam
Bukan kerana aku benci
Aku diam
Bukan kerana aku sudah muak
Aku diam...
Aku diam...

Aku diam
Kerana ada hati yang perlu dijaga
Aku diam
Kerana bimbang kamu jauh
Aku diam
Kerana aku sudah terlalu banyak bicara
Aku diam
Kerana mungkin ada yang suka aku begini
Aku diam
Kerana aku sudah penat
Aku diam
Kerana kamu masih begitu
Aku diam
Kerana aku perlu waktu untuk diriku sendiri
Aku diam kerana....
Hanya Allah yang tahu

Tapi kawan
Jangan jauh dariku hanya kerana
Aku diam
Jangan tinggalkan diriku hanya kerana
Aku diam
Jangan pernah takut bertanya hanya kerana
Aku diam
Kerana
Aku diam untuk aku
Aku diam untuk kamu
Aku diam untuk semua
Paling ringkas
Diam itu ibadah

Dan pada ketika
Aku sudah tidak diam lagi
Sehingga tuturku menganggumu
Teguri aku
Aku akan diam kembali
Jika itu bisa buat kamu senang
Kerana jika kamu senang
Aku akan turut senang
Walau bibir ini terkunci
Hati ini berbunga riang melihat kamu senang

~Jangan risau...Aku akan bicara dan tersenyum kembali..Apabila pelangi yang mewarnai hati kembali selepas hujan yang membanjiri hati berlalu pergi~

4 Kata Mereka:

a.t.u.l.a.s.c.a. said...

pae....mg diam2 ubi kayu...diam2 berisi...hehe(.^_^.)

Faizah said...

a.t.u.l.a.s.c.a: Hehe...Jgn badan yg makin berisi dh..huhu..tembam..x mo.. lol

srsfeqah said...

Pae..
bak kato nik..
diam2 ubi tu xpo, ado pekdah eh..
jgn diam2 penggali ko cangkul ko..be-kaghat kang nk kono boli baghu..elaun lom masok ni..haha..
slmt DIAM..

Faizah said...

srsfeqah : Yo la Kak Feqah..ehehehe...dapek elaun pown den x nak boli cangkul..ngabehkan boreh yo..baek den boli makanan, ado pekdah eh..ehehehe

.::Solat::.