Kamsahamida... =)

Tuesday, March 10, 2009

Tadi Kamu...

Tadi kamu memberitahuku sesuatu
Sesuatu yang telah lama aku fikirkan
Apakah itu sebenarnya aku
Pada pandangan kamu, dia dan semua

Tadi kamu benar-benar jujur teman
Namun aku tetap senyum
Walau dalam terguris pedih
Hanya ku pujuk hati jangan menangis
Kerana hati kamu ingin ku jaga
Kerana kamu teman

Aku bukan buluh perindu
Untuk menyanyikan sebuah lagu
Menghiburkan hatimu selalu
Aku tidak secantik bidadari
Untuk kau berbangga punya teman sepertiku
Namun aku insan
Punya hati nurani
Punya jiwa, mata dan hati
Akan ku selongkar kelebihan lainku
Andai itu bisa buat kamu selesa berteman denganku

Pinta aku padamu teman
Jangan pernah malu berteman denganku
Jika aku tidak seindah dirimu
Jangan pernah malu berteman denganku
Jika aku dilihat jauh beda denganmu

Cuma aku ingin kamu tahu
Aku sedih dengan kata-kata kamu tadi
Namun
Terima kasih kerana jujur denganku
Membuat aku lebih mengenali diriku
Akanku cuba menyayangi diri serba kekurangan ini
Kerana aku pasti
ALLAH itu Maha Pengasih

5 Kata Mereka:

syuhada' said...

sALAM..jangan ler cedih.. tumpang sedih..huhu.

aiXat.MR said...

ermm..
makan. dalam.
huhhu~

Faizah said...

syuhada':Ermm...sile le..hehe

aiXat.MR: Emm..memang makan dalam...sangat dalam..sampai tak terkesan pada zahir..huhu

cik syazni said...

huhu Pae.. itulah perisa kehidupan..
nak bg cukup rase je tu~

Faizah said...

cik syazni : tapi perisa ni x sodap..huhu

.::Solat::.