Kamsahamida... =)

Monday, March 9, 2009

Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Ya Rasulullah
Kini tibalah detik yang bersejarah
Hari kelahiran mu yang ditunggu
Detik gemilang

Hurm..betul ke lirik tu? Ape2 je la.. Tapi ni la salah satu nasyid selain yang 'Malam Isnin subuh yang indah, 12 rabiulawal yang cerah...' yang selalu dinyanyikan kalau ada pertandingan nasyid sempena sambutan maulidur rasul kat sekolah dulu.. selain daripada tu pertandingan berarak dengan banner yang dibuat sesame ahli dorm dengan pakaian seragam dan sedondon.. Melaram habis... Tapi, setakat itu sahajakah penghayatan kita pada tarikh 12 rabiul awal ni???

Sepanjang pemerhatian sejak dari zaman sekolah lagi, ini sahaja yang biasa dilakukan, mungkin seminggu sebelum menjelang 12 rabiul awal dialog2 di bawah ni selalu kita dengar kot:

1. "Banner dah siap ke? Tahun ni kita mesti menang banner terbaik tau. Tahun lepas bilik Zinnirah yang menang. Pastu baju kita tahun ni warna ungu la ek. Biar sume seragam, baru le menang."

(Ehem..mungkin sesiapa yang biasa duduk asrama biasa dengan perkara-perkara ni, nak2 5 tahun dok asrama..huhu)

2. "Ko dah beli tiket??? Cuti sampai Senin ni. Lame tu bhai. Jom balik."

(Ehem..yang ni aku pun tak terkecuali, cuma kali ni tak yah beli tiket, naek je komuter smpai seremban then bas lompat sampai Bahau..hehe.. Tapi betulkan??? Sape tak seronok, cuti umum pulak tu... tapi kita patut tahu kenapa cuti ini diberi)

3. "Ape ar cite besh kat tb. Mesti ade konsert Maulisur Rasul kan?"

(Ehem..ni lagi satu. Menjelang je Maulidur rasul bersepah cerita-cerita dengan rancangan nyanyian kat tv... Memang la nyanyian tu berunsur keislaman, tapi apa salahnya kalau diadakan slot bercerita kisah Nabi Muhammad dan para sahabat. Kisah2 mereka ni kalau diceritakan tak cukup sehari tau, banyak iktibar yang dapat diambil.)

Aku bukannyer muslimah yang banyak ilmu pun nak cerita pasal perjuangan dan kehidupan Rasulullah Khotimul Anbiya' kita ni. Tapi aku setuju dengan pensyarah Falsafah aku, berarak sambil berselawat dua tigabaris, lepas tu tengok punggung orang, sampai kat masjid makannnnn...sampai waktu Zuhur yang berarak punyer ramai tadi tinggal 2 saf je.. hehe.. betul jugak cakap die. Apa pun, selagi kita hidup, berusahalah untuk menjadi Umat Muhammad yang terbaik, semoga beroleh syafaat darinya di hari kebangkitan kelak.. wallahu'alam

~kalau entry ini menyinggung sape2, aku tak berniat, sorry yek~

0 Kata Mereka:

.::Solat::.