Bila aku mendengar lagu
Aku hayati liriknya
Kerana indahnya lagu bukan hanya pada irama
Tapi pada bait liriknya
Bila aku berteman
Aku berteman dengan kejujuran dan keikhlasannya
Kerana manisnya persahabatan
Bukan hanya ketika senang
Tapi ketika dia bersama kamu dalam kesusahan
Bila aku jatuh cinta
Aku melihat pada hatinya
Kerana indahnya cinta
Bukan pada paras rupa
Tapi kerana hati yang ikhlas menyayangi
Kerana Allah..
0 Kata Mereka:
Post a Comment