Kamsahamida... =)

Tuesday, November 9, 2010

Lawatan ke SK Hijrah, Badong

Dah hampir setahun aku kat SMK Normah ni rupanya
Dan makin hari makin muak dengan perangai budak-budak
Nasib baik lagi 3 hari je sekolah..yeahhh

Al kisah nak cerita tentang lawatan ke Kelas Pendidikan Khas SK Hijrah, Badong
Sekolah ni berjiran je dengan sekolah aku
Tahun depan insya Allah SMK Normah akan ada 2 kelas
pendidikan khas
SO, pagi tadi aku pergi tengok 9 orang pelajar yang dikatakan akan menjadi warga Normah tahun depan.

Sampai je aku, kak Ila n Pija ke bahagian pendidikan khas tadi
aku tengok ada budak-budak yang tengah cat mural
Aku difahamkan itulah pelajar-pelajar aku tahun hadapan
1st impression ok
Cikgu di, Kak Kam pun cakap mereka ni adalah antara yang terbaik dan rajin
"untung cikgu dapat mereka" kata Kak Kam

Lebih sejam jugak aku bersembang perihal pendidikan khas dengan Kak Kam dan penyelaras mereka (tak ingat nama). Dah lama sangat tinggalkan bidang ni, lagipun aku bukan major dalam bidang pendidikan khas ni.

Apa pun tahun depan aku cuba lakukan yang terbaik. Yang paling penting, kena:

1. Banyak bersabar
2. Pandai nak tackle balik anak2 istimewa ni lepas dah marah (aku memang x pandai
memujuk..hadoiiii)
3. Kreatif ....huhuhuhuhu



Suasana kelas....

Hasil kemahiran hidup pertanian

Rekod

Kak Ila n Pija

2 Kata Mereka:

Benrauf 2.0 said...

bagus kerja jadi cikgu ni.

.::F.A.I.Z.A.H::. said...

benrauf 2.0: bagus...tp yg paling penting kesabaran

.::Solat::.