Kamsahamida... =)

Sunday, November 7, 2010

Ku Mahu

Semenjak bekerjaya ni, kena belajar 1 benda baru iaitu pengurusan kewangan.
Aku mengaku aku memang sorang yang boros..hehe.
Setakat ni duit banyak habis ke benda-benda
yang dah lama diidamkan.
Simpanan ada la sikit, tapi kadang-kadang ada je kes2 kecemasan
yang menyebabkan duit simpanan tu terpaksa digunakan.
Dalam situasi aku, emergency kes biasanya berkaitan tiket penerbangan. Hal lain macam baru-baru ni, handset rosak. Tapi masih belum beli yang baru.

Dalam masa terdekat, asyik dok fikir nak beli per
kara-perkara berikut je:

1. Sony VAIO E Series

Perjalanan yang memerlukan aku menaiki kenderaan air, darat dan udara memaksa aku untuk menukar laptop yang memang dah banyak berjasa pada aku. Usia laptop Acer Travelmate 290 aku sekarang ni dah berusia 7 tahun..ye, darjah satu... hehe... Aceli aku sayang sangat laptop ni. Lepas tambah RAM ngan upgrade die punya hardisk hari tu, makin laju. Skrin die yang besar memang best kalau bawak nonton muvie. Tapi al maklum la, umur pun dah 7 tahun. Bateri memang dah out, x boleh guna langsung
. Kamera pon takde, so kalau member2 nak Skype or YM ngan aku, aku boleh tengok muke diorang je la, muke aku dorang x leh tengok..hehe.. LAgi satu, internal mic xde, so terpaksa la pakai external mic yang setiap kali nak gune kena setting. Bila dah duduk kat SArawak ni, yang paling mem
bebankan aku ialah berat die. Memang berat giler la laptop neh. So, aku rasa aku memerlukan laptop yang lebih ringan untuk memudahkan aku menaiki bot ekspress dan flight.

Aku tetap sayang kamu ACER.
Ni la Mr. Travelmate kesayangan. =D



2. Sony Ericsson SATIO.

Haa... ni barang kedua yang aku idamkan. Aku suka sebab kamera die memang power dan ada member bagitaw kualiti gambar sama macam DSLR, kecuali bila kita zoom. Aceli, aku nak hp ni bagi menggantikan Nokia Express music hadiah konvo dari ayah yang dah 'kong' baru-baru ni.Cukup usia dia 2 tahum.
Tapi, aku still berharap handset nokia tu boleh diperbaiki lagi. Mungkin masalah bateri je kot. Harap2 la...


Xpressmusic 5610 (aku punye kaler biru..hehe)


3. Viva Elite (nak kaler putih)

Yang ni, insya Allah terlaksana tahun depan. Dalam entry sebelum ni aku ada tulis yang kete idaman aku HONDA City. Tapi, duit tak cukup lagi bhai...hehe.. yang kecik2 dulu ler. Beli kete ni salah satu keputusan terbesar dalam hidup selain kahwin ngan beli rumah. Lagi pun nanti nak pindah jugak. Takkan nak stay kat Daro ni je kan. Aku nak beli viva dulu. Jimat minyak. Harga minyak kan dah naik lagi skarang ni...huhu

Aku nak beli kereta sebab insya Allah aku akan menjadi perintis kepada Pendidikan Khas di SMK Normah ni. So, aku tak nak jadi macam hari tu, kena pergi kursus sorang2 and susah sangat nak dapat transport. Lagipun lesen dah ada, kalau lama tinggal nanti lupa pulak nak bawak kete macam mana kan?




So, setakat ni memang perkara2 ni asyik bermain-main dalam fikiran aku. Yang mana mampu aku beli dulu.


0 Kata Mereka:

.::Solat::.