Alhamdulillah
Dipanjangkan umur untuk bertemu sekali lagi dengan bulan yang penuh barakah ni
Bulan Ramadhan
Bulan yang di mana pintu-pintu neraka ditutup dan pintu-pintu syurga terbuka luas
Malam ni selesai malam pertama menunaikan solat tarawih
bersama pelajar-pelajar asrama SMK TPDPH Normah
di surau Darul Taqwa
Berjemaah bersama para pelajar dan guru-guru lain mengingatkan aku
zaman sekolah dulu
SMKA Pahang, Muadzam Shah
Detik paling menarik adalah pada waktu iftar bersama teman2 di dewan makan
Kemudian solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah
Selepas tamat Matrikulasi
Ramadhan ku rasa kosong
Jarang sekali ke surau untuk bertarawih
Faktor tidak punya kenderaan dan surau yang jauh dari tempat tinggal
Alhamdulillah
Ramadhan yang pertama di Bumi Kenyalang ini
ku rasakan kembali terisi
Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya
Buat kamu, kamu dan kamu juga
Salam Ramadhan
1 Kata Mereka:
ramadhan ini sy terasa mcm thn lps..
tp masih boleh gembira..
(^_^)
Post a Comment