Kamsahamida... =)

Saturday, March 13, 2010

~Datuk saya~

Satu petang yang damai, seorang guru masuk ke kelas paling hujung Tingkatan 1. Pelajar-pelajar ini akan menduduki peperiksaan Bahasa Inggeris Paper 2 pada petang itu. Guru itu melangkah masuk dengan tenang. Selepas mengedarkan kertas, guru memberikan arahan untuk para pelajar mula menjawab. Beberapa orang pelajar datang bertemu guru tersebut bertanyakan maksud dan kehendak soalan. Ah, tahu2 sajalah kalau pelajar2 kelas hujung, majoritinya tidak tahu membaca. Jadi, guru ini pun dengan rasa ringan mulut membantu mana-mana yang patut.

Soalan pertama mengkehendaki para pelajar menceritakan kisah keluarga mereka bertajuk "My Family" berdasarkan poin2 penting yang telah diberikan.

Tiba-tiba, seorang pelajar perempuan yang boleh dikategorikan sebagai pelajar paling cemerlang dalam kelas itu menghampiri gurunya:

Pelajar : Cikgu, macam mana eja Marsidi?

Guru: (Mengerutkan kening sambil berkata dalam hati, merchandise? tinggi betul bahasa budak neh, kalau kelas A logik jugak)

Merchandise?

Pelajar: Bukan, Marsidi.

Guru: Apa tu?

Pelajar: Nama datuk saya.

Guru: (Menahan gelak)

Mana la saya tahu macam mana nak eja nama datuk awak. Datuk awak pun saya tak kenal. Awak tulis je la apa pun nama datuk awak, teacher awak pun bukan tahu apa nama datuk awak.

Pelajar: Tersengih2 lalu berlalu.



Korang kenal tak datuk dia?

*Nama di atas bukan nama sebenar.

3 Kata Mereka:

TMUkmkd said...

kesian dak tu :D
patutnya bg je nama atuk dia tu :p

gimni ejaannye~ m.a.r.s.i.d.i

oho

.:s:e:n:y:u:m:m:m:m:. said...

hahaha...awak ke cikgu tu?hehehe..nsb baik die x tny cmne huruf m..

.::F.A.I.Z.A.H::. said...

TMUkmkd: x de la.. kot ejaan die bukan m.a.r.s.i.d.i macam mana?

kot2 marshidi ker... haa, banyak kemungkinan tu...hehe

senyummmm: hahahaha... saya kot.. =p

.::Solat::.