Kamsahamida... =)

Monday, December 29, 2008

Tagged by Aishah...

0 Kata Mereka
Nama timang-timangan anda oleh orang yang tersayang?

Family~ Angah, Kak Ngah

Kawan-kawan~ Pae, Faizah, Joh

Anda seorang yang....

Clumsy : Bese terjadi kalo berada di hadapan owang y ak admire..ahaha

Sempoi : X suke pening2 kpale otak..lg2 bab pakaian, simple gile (smpai kna marh ngan mak coz x feminin..ade ak kesah..ahaha)..as long as ak selesa, ak on jew....(pakaian aku ke kuliah dl;tshirt + jean + sliper asadi)..ok what?? hehe

Negative thinking : Ni bukan suke pk buruk2 psal org, just x de keyakinan diri bile nak wat or mule sesuatu..rimas gak...but i hope 1 hari nanti perasaan ni akan ilang n keberanian menjelma.bley??

Sensitif : Yup, sometimes...pompuan kan..ehehe

Pelawak : Ak x tahu y nie..orang cakap..kwan2 ckap...kdg2 aku x wat lawak pown dorang gelak...lawak ea aku neh?

Kuat cakap : Ye, aku ngaku..Nama aku pown sempena nama DJ zaman dl2...so mmg ak bnyak ckap..ehehe...tp mule2 knal diam gak..bile dh lame orang y kna suruh ak diam..hehe


Describe ape membuatkan dia terlalu istimewa di mata anda...

Sape die? Kalo sum1 special atau lbey tepat boyfriend ak x dek lagi..ehehe..Tp bg aku seorang lelaki tu istimewa bukan hanya dr segi penampilan (coz ak bkan jenis jtuh cinta pndg pertama), tp hati budi..lg2 kalo y pndai layan dak2 tuh..haa..y tu ok kot..hehe

Makanan dan minimun favourite anda...

Makanan~ donut Big Apple, Tauhu Sumbat, Rojak (Pasar Malam Kuale Kangsor), limau bali..

Minuman~ Orange Jus, Watermelon jus, green tea...

Favourite Colour...

Purple + Cream + Light Brown + Turqoise

Favourite song

Skang tgah suke Kate Perry, Hot n Cold
Laen2 Takdir Cinta (Rossa), banyak lagi...hehe

Siapa yang selalu membuatkan anda tergelak

Nabil Raja Lawak..ahaha

Siapa yang membuatkan anda stress...

Hurm...lu pk la sendiri

3 benda yang mesti ada dalam beg anda...

handphone (nokia) + handphone (celcom) + purse

Kali terakhir anda beriya2 menangis. Kenape..

Bile ek? X igt..Bese kalo dh tensen tahap cipan or geram ngan sum1..aku bkan jenis sound org...menangis adalah salah1 cr ak ak lpas tensen..

Perkara yang paling lucu atau memalukan dalam hidup anda...

Muahaha..ak share la ek..ms drjah 2 ke 3..camtu la..kat sekolah KAFA..aku jenjalan tyme rehat..mse tuh aku pkai serkup kepala n tdung labuh mak ak y smpai ltut (skola rendah ak free hair, pnjam tdung mak je, cincai)...tetibe ada akak jerit "serkup kepala sape ni?"sambil mengoyang2 serkup kepala warna biru...aku amat-amati..ya aku punya..dengan selambe di hadapan ramai orang (tyme tu rehat), ak mengangkat tgn n berkata "saya"..biol kan?muahahaha...malu jerk..sampai skang kalo igt, sure ak gelak sorang2 n guling2..ahaha

Tag 6 rakan anda...

Dila
Haziqah
Adeq
Anim
Husna
1 lg nnt ak pk..hehe

Hijrah

0 Kata Mereka
29 Disember 2008 bersamaan 1 Muharam 1430H

Apa maknanya nombor2 di atas pada kalian?
Tiada apa2..hanya nombor..
Itu tarikh lahir saya..mungkin
Apa sahaja yang berkaitan dengan diri kalian

Namun bagi aku nombor2 di atas membawa makna dan mengimbau erti penghijrahan dan pengorbanan...

Setiap kali menjelang tahun baru, tidak kira Tahun Baru Hijrah atau Masihi, setiap dari kita pasti akan memasang azam...Ada yang terlaksana dan ada yang hanya terperuk di dalam hati dan minda..sudahnya, apabila menjelang tahun baru yang satu lagi, apabila ditanya tentang azam, jawapannya mudah, "Azam saya adalah untuk melaksanakan azam tahun lepas"..dan jawapan itu mungkin kekal untuk tahun2 berikutnya..

Hijrah Rasulullah dan umat Islam pada 1 Muharam membawa perubahan yang amat besar kepada agama Allah, Islam...Jadi, aku benar setuju hijrah ke arah yang positif akan membawa impak yang positif...Namun, hijrah memerlukan keberanian..Ya, aku akui itu..

Apa pun, aku akan terus berdoa semoga keberanian akan muncul dalam diri, untuk melakukan suatu perubahan yang besar untuk diri aku dan keluarga...

~Tahniah buat sahabat yang bertunang pada hari ini, semoga dengan keberkatan Maal Hijrah, ikatan yang terjalin akan kekal ke jinjang pelamin dan sampai hujung nyawa~

Wednesday, December 17, 2008

Kenapa Awak???

0 Kata Mereka



Andai suatu hari
Aku berkata
Aku suka kamu
Jangan pernah bertanya kenapa

Andai suatu hari
Aku berkata
Aku menyenangi kamu
Jangan pernah bertanya kenapa

Andai suatu hari
Aku berkata
Aku sayang kamu
Jangan pernah bertanya kenapa

Andai suatu hari
Aku berkata
Aku cinta kamu
Jangan pernah bertanya kenapa

Kerana
Aku tidak punya sebab
Kerana
Aku tidak punya alasan
Kerana
Aku tidak punya kata-kata untuk menyambung
“Aku suka kamu kerana….”
Ayatku pasti masti di situ

Kerana tiada sebab
Kerana tiada alasan
Untuk aku suka, senangi, sayang dan cinta
Pada kamu…

Kerana
Apabila sebab itu pergi
Apabila alasan itu hilang
Aku khuatir
Perasaan aku pada kamu juga hilang

Dan pada ketika itu
Aku tidak sanggup
Melihat kamu pergi
Berpaling dari aku
Yang pada masa itu sudah tiada lagi sebab dan alasan
Untuk aku mencintai diriku sendiri…


Asli atau palsu??

0 Kata Mereka

“Cantik tu subjektif, bagi saya, kecantikkan tu bukan hanya terletak pada wajah tapi bla….bla…bla….”

Huh, aku sudah masak dengan kata-kata klise ini. Media elektronik, media cetak atau apa sahaja bentuk media, apabila menemuramah tentang kecantikkan dan bertanya apa itu cantik, pasti jawapan di atas adalah yang paling popular. Mengapa tidak hanya berterus terang;

“Ya, kecantikaan haruslah bermula dari luar, mata yang besar, hidung yang mancung, kulit yang cerah, leher yang jinjang..bla..bla..bla”

Bukankah lebih mudah. Tidak perlu menyusun kata-kata kerana itu pasti lahir dari hati dan lumrah semua kejadian Allah yang bergelar MANUSIA.

Namun, sedar atau tidak, apa yang biasa kita lihat ketika melintasi papan gergasi atau di sesetangah tempat diletakkan layar/skrin gergasi persis bioskop di tempat terbuka yang dihiasi gadis-gadis cantik atau jejaka-jejaka tampan di tepi-tepi lebuhraya, mahu atau tidak pasti akan terdetik, “cantik jugak awek ni…”(mungkin tidak jika model itu adalah kawan kamu..heh)

Jika kamu lihat video di bawah ini, mungkin selepas ini, apabila kamu melintasi sebuah papan atau skrin gergasi di mana-mana, pasti hati kamu akan bertanya;

“Macam mana agaknya wajah sebenar gadis ini?”

Kenapa? Kerana kadang-kadang aku, kamu, dia atau sesiapa sahaja mudah tertarik pada sesuatu yang cantik walau sebenarnya ia adalah palsu. Tak percaya???? Hurm…sebagai seorang manusia..kita tak dapat lari untuk mencari dan memiliki sesuatu yang sempurna, indah, cantik, lawa dan segala-galanya yang terbaik. Terpulang..pada aku yang sememangnya kategori ‘biasa-biasa sahaja’, yang jelek itu tak bererti hodoh dan yang indah itu tak bererti cantik…

* Jika kamu tidak percaya, kamu tanyakan pada seekor badak..kenapa badak? Kerana badak adalah haiwan yang paling jujur..trust me, because hips don’t lie..heh

Sunday, December 14, 2008

Laskar Pelangi...

2 Kata Mereka






Kredit gambar: www.flixster.com


Kelmarin tepat jam 12 malam, aku melangkah ke kamar tidur, merebahkan diri, memejamkan mata rapat-rapat, persis tidak membenarkan walau sedikit pun cahaya menerobos kelopak mata ini. Sudah 3 malam, ya, 3 malam waktu tidurku seolah-olah terevolusi, minda ini hanya akan berehat pada waktu ayam jantan berkokok menyambut sinar mentari pagi..Aku lelah, aku butuhkan waktu tidurku yang dahulu…

Lelah berpusing dan memejamkan mata dengan tidur yang palsu, aku bingkas, mengambil ‘teman baikku’..sebuah alat yang ciptaan manusia yang digelar komputer riba…yang punya seribu satu cerita tentang diriku, tentang kenanganku, tentang sahabat-sahabatku dan tentang semua..aku memilih satu cerita..sebuah karya Andrea Hirata..Laskar Pelangi..aku tidak pasti jika novel ini sudah berada di pasaran Malaysia, kerna sudah lama aku tidak menjejakkan kaki ke toko-toko buku. Novel ini aku peroleh ketika melayari internet, mencari bahan baca yang diklasifikasikan di bawah tajuk novel, menaip daftar kata ‘novel islami’.

Aku membaca satu persatu bait-bait yang tertulis..walau kadang-kadang bacaanku terganggu, kerana istilah-istilah Indonesia yang tidak aku mengerti, namun masih bisa kutafsir maknanya setelah sepotong ayat lengkap kubaca.

Dari satu bab ke satu bab aku terus membaca, kisahnya semakin menarik, setiap karakter dibayangkan dengan jelas, mudah untuk aku membayangkan karakter-karakter di dalam novel islami ini.

Berlatar belakangkan kehidupan di sebuah pulau yang dinamakan Pulau Belitong, sebuah pulau di mana buta huruf bukanlah suatu perkara yang janggal, pulau di mana kanak-kanak adalah kuli, pulau di mana beza kaya dan miskin ibarat bumi dan petala langit ketujuh, pulau di mana korupsi berleluasa, pulau di mana pelajaran adalah yang kedua atas beberapa sebab; pertama, nyokap atau ibu bapa yang tiada biaya untuk menitip anak-anak ke sekolah; kedua, menjadikan anak-anak mereka sebagai kuli di pasar atau di mana tenaga muda mereka diperlukan adalah lebih baik untuk menampung sebuah keluarga.

Kisah tentang dua orang guru, yang gigih mahu mempertahankan sebuah sekolah dasar atau di sini gelaran yang lebih koman adalah sekolah rendah atau sekolah kebangsaan yang hampir dibubar jika gagal meraih 10 orang murid untuk sesi kali ini. Kisah dua orang guru yang mahu menabur bakti Lillahi Ta’ala membantu anak-anak yang tidak mampu membiayai pendidikan mengenal ilmu walau hanya menerima gaji 15 kilo beras setiap bulan.

Kisah 10 orang pelajar yang amat cekal walau beemastautin di sebuah pulau yang miskin dan menuntut ilmu di dalam sebuah bangunan yang akan roboh walau hanya ditabrak seekor kambing. Menuntut ilmu dalam sebuah 'kotak' beratap lompong dengan cahaya matahari menerobos membakar kulit, air hujan membasahi tubuh (sehingga terkadang berpayung atau memakai baju hujan di dalam kelas). Namun, tersihir dengan kata-kata salah seorang guru mereka 'Pantang menyerah kalah' yang ditiupkan oleh guru mereka ke dalam hati masing-masing, mereka terus berada di situ. Demi I.L.M.U yang bisa merubah hidup mereka, keluarga dan pulau itu.

Fuh, hanya setakat itu yang bisa aku coretkan kali ini. Masih bersisa helaian yang belum aku baca. Namun aku yakin ini sebuah ceritera yang menarik.

*Novel ini telahpun diangkat menjadi sebuah filem, Laskar Pelangi. Baru ditayangkan di bioskop-bioskop di Indonesia pada 2 September 2008. Tidak sabar menantikan tayangannya di Malaysia. Lagunya temanya, Laskar Pelangi (Nidji) mempunyai maksud yang amat mendalam, tentang cita-cita, tentang mimpi, tentang hidup, tentang cinta dan tentang keyakinan dan kesyukuran walau hidup tak seindah surga.

~jika kalian mahu, aku akan titipkan novel ini ke mel elektronik kalian~

Tuesday, December 9, 2008

Stesen KTMB Sungkai?

0 Kata Mereka
Bulan lepas aku pulang ke kampung, Perak sebelum bergerak ke Penang untuk menghadiri dua kenduri kawen (penatnyer)...Disebabkan kereta hanya satu (Mak Jang tak balik coz anak die SPM) (Pak Lang pulak gi Pahang), so beberapa orang terpaksa menaiki kereta api untuk ke Butterworth..Mereka yang bertuah ialah Mak Ngah dan Fikrie..hehe

Mak Ngah: Jom, kamu teman le Mak Ngah malam ni? Anto kat stesen ketapi

Aku: Malas la..Br sampai petang tadi, penat...Lagipun bukan ader ape pown stesen ketapi tu

Mak Ngah: Ish, sekarang dah canggih dah, Ngah. Udah rel elektrik sampai ke Ipoh. Bukan stesen kayu macam dulu.

Aku: (Berjeda seketika) Ye ke? Macam stesen komuter ke? (dengan wajah yang x percaya)

Mak Ngah: Iye. Moh le.

Malam tu aku, ayah, mak dan mak tok menemani Mak Ngah ke KTMB Sungkai.



~Gambo diamek gune henpon jew~

Aku: Pergh..(Dalam hati)
(Kalo kome orang KL mmg kome x heran, tapi Sungkai ni bukan bandar, taraf pekan lame jew)

Kol 11.28 malam ketapi sampai, lambat 45 minit..Besa la tuh..heh

Tapi aku still tak percaya... Lengkap dengan taxi stand n sume2 la..Hurm..Kemajuan y memberansangkan..

~Sungkai adalah salah satu pekan lama yang terdapat di Perak..lebih kurang Bidor dan Tapah la..Tapi Bidor dan Tapah maju sikit..semenjak pembinaan Sg. Klah Hotspring (ala2 taman tema dah aku tengok dalam utan sawit tu)..Banyak jugak la pembangunan kat tanah kelahiran aku neh...Neway, pasni nak gi merendek Ipoh, x yah dah naek bas, naek ketapi lagi syok..hehe~

Monday, December 8, 2008

Bila tangan yang keras ni mencuba...

2 Kata Mereka
Aku bukan seorang yang kreatif...Melukis? Ya, hanya makhluk yang dipanggil orang lidi (disebabkan itu aku sering tension ketika makmal biologi organisma semasa aku bergelar pelajar dahulu)..Mencipta? Tunggu sampai kucing bertanduk lapan mungkin belum siap..atau ideanya sahaja mungkin tidak muncul..Membaiki sesuatu? Umpama tikus membaiki labu..But...Beberapa minggu yang lepas, aku nekad..jadi atau tidak, aku tetap nak teruskan usaha murni buat cenderamata sendiri..Hasilnya:


~Bole la kan?..hehehe~

Aidiladha (2)

0 Kata Mereka
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1429H

Tik!Tik!Tik!
Rintik hujan di luar rumah masuk belum reda..sedikit pun tidak menunjukkan tanda2 akan berhenti..Pagi yang gelap..Ya..amat gelap...Namun Aidiladha tetap disambut sederhana..Ketupat palas (bungkus sendiri maa), rendang pedas, mee goreng dan kek coklat..Yummy..

Untuk hari lahir mak yang ke-50..Selamat Hari Lahir mak..Semoga panjang umur dan dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan..Terima kasih kerana sabar melayan karenah Along, Angah dan Adik...Budimu tidak terbalas..Jasamu ku kenang hingga hembusan nafas terakhir...Luv U Mom!!!



~Gambo2 diamek menggunakan henpon Nokia 5610..x cantek ngat..huhu~

Friday, December 5, 2008

Keajaiban Otak Manusia...Subhanallah

9 Kata Mereka
1. The phenomenal power of the human mind.

I cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg The phaonmneal pweor of the hmuan mnid! Aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it deosn't mttaer inwaht oredr the ltteers in a wrod are, the olny iprmoatnt tihng is taht the frist and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it wouthit a porbelm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Amzanig huh? Yaeh, and I awlyas thought slpeling was ipmorantt.

~bole bace? gud~

2. If something‘s rotating – go home, you need a break! Hehehe

3. Take a look at the picture? What do you see?


Research has shown that young children cannot identify the intimate couple because they do not have prior memory associated with such a scenario.


Children see nine dolphins.

This is a test to determine if you already have a corrupted mind. If it is hard for you to find the dolphins within six seconds, your mind is indeed corrupted.

~kalo x caye, ce panggil adek kew, anak2 sedara kowang y maseh fresh lg otak die~




5. Bergerak kew???



6. Doesn't move???


7. Parallel or not???


8. Coil or circle??

9. Cube, try, test...


Concentrate on the cross in the middle, after a while you will notice that this moving purple dot will turn green!
Look at the cross a bit longer and you‘ll notice that all dots except the green one will disappear.

10. Sape y korang nampak??



Follow the instruction below.

1) Stare at the 4 little dots on the middle of the picture for 30 seconds

2) then look at a wall near you

3) a bright spot will appear

4) twinkle a few times and you‘ll see a figure

5) What do you see? Or even WHO do you see?



~amazing kan? Allah Maha Besar..Guna kan la otak kite sebaik2 nyer~

Thursday, December 4, 2008

Aidiladha (1)

0 Kata Mereka
Menjelang 10 Zulhijjah

10 Zulhijjah...hari bagi jemaah haji melakukan Tawaf Ifadah, mengelilingi Ka'abah 7 kali sebelum melontar di jumrah Aqabah...Namun bagi hamba Allah yang beragama Islam, yang tidak menunaikan rukun Islam ke-5 itu, pada hari itu mereka akan meraikan Hari Raya Aidiladha...pada hari itu ibadah Qurban dijalankan bagi memperingati kisah Nabi Ibrahim yang rela mengorbankan puteranya, Nabi Ismail a.s, demi menunaikan perintah Allah S.W.T..... Di atas keredhaan dan kerelaan itu, Allah gantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas...

Itu kisah 10 Zulhijjah dan sejarah...

Ini kisah aku...

awal-awal pagi aku buka mata, usai mandi aku terus ke dapur... ternampak sesuatu yang berwarna hijau..daun palas..ye, daun palas...melihat akan daun palas itu, aku tahu tahun ini aku dan keluarga hanya akan menyambut Aidiladha di rumah sendiri, di Pahang...Bukan di Perak atau Johor...Hurm..

Kecewa? Ya, sedikit...kerana tahun ini semua saudara sebelah Perak pulang ke kampung..sudah lama tidak ketemu...rindu...Bukan kemeriahan yang aku inginkan, cuma mahu ketemu..bertukar cerita dan kisah..apa pun, aku harap akan ada lagi masa untuk kami berkumpul bersama...Insya Allah..

~Semoga Aidiladha ini membawa seribu kegembiraan dan kesyukuran~

Wednesday, December 3, 2008

ART..

2 Kata Mereka
Bagi anda yang masih tidak mengenali apa itu seni...mungkin ini sebahagian daripadanya:










Tuesday, December 2, 2008

UMT dilanda bah....

0 Kata Mereka
KUALA TERENGGANU 1 Dis. - Kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Gong Badak hari ini terpaksa ditutup menyebabkan semua urusan pentadbirannya lumpuh berikutan banjir melanda kawasan itu sejak awal pagi ini.

Pihak pengurusan universiti itu mengisytiharkan hari ini sebagai cuti bencana alam berikutan jalan masuk ke universiti ditenggelami air sejak awal pagi menyebabkan kakitangan tidak dapat memasuki bangunan untuk memulakan tugas mereka pagi ini.

Hujan lebat yang bermula sejak pukul 1.30 pagi menyebabkan air naik setinggi 0.4 meter dalam tempoh sejam dan paras air kekal hingga tengah hari ini.

Bagaimanapun, tiada penuntut terlibat dalam banjir itu kerana sekarang ini mereka bercuti semester.
Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Sulaiman Md. Yassin ketika dihubungi berkata, pihak pengurusan UMT terpaksa mengambil tindakan sedemikian apabila laluan masuk ke universiti tidak boleh dilalui.

''Keadaan banjir ini menyebabkan 1,200 kakitangan UMT tidak dapat memasuki universiti menyebabkan pihak pengurusan mengambil keputusan mengisytiharkan cuti bencana alam hari ini," ujarnya.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, selain UMT kira-kira 300 buah rumah di Perumahan Gong Badak 2 yang terletak berhampiran turut dilanda banjir kilat akibat hujan awal pagi ini.

Air yang naik setinggi paras paha itu menyebabkan beberapa penduduk perumahan berkenaan bertindak memecahkan tembok batu Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) Kampus KUSZA berhampiran bagi membolehkan air mengalir ke longkang.

-Ehsan, Utusan Malaysia 12 Dis 2008-

~Setiap yang berlaku ada hikmahnya...setiap bencana ada puncanya..jangan ketamakan manusia mengejar pembangunan akhirnya memusnahkan diri sendiri, manusia lain dan alam semesta~

LENDING A HAND FOR CONSERVATION

Monday, December 1, 2008

UKM 2009, I'm coming

5 Kata Mereka
Alhamdulillah...yes...akhirnya penantian aku berakhir..ak dpat ke diploma perguruan lepasan ijazah dalam bidang biologi...huhu...hepi giler..membe2 seangkatan pun ader yang dapat..Alhamdulillah...semoga jalan aku untuk mencapai cita-cita bergelar seorang guru akan sentiasa terbuka..Insya Allah..UKM 2009, i'm coming..

Sunday, November 30, 2008

Berperang dengan emosi

0 Kata Mereka
Esok...genap 6 bulan bergraduasi...
Selepas kerja 3 bulan hari tu, kembali berada di rumah...dengan seribu satu kekusutan..Arghh!!!!
Sape kate dok umah besh..busan siot!!!
Banyak benda y terlintas kat kepala...macam-macam..Pada saat-saat macam ni, rasa nak hilang ingatan kejap...
Nak lupa segala yang telah berlaku dalam sebuah perjalanan yang bernama kehidupan..
Apa yang pasti sekarang aku sedang berperang...berperang dengan emosi...damn!!!

~Ya Allah, tuntunlah hatiku~

Friday, November 28, 2008

Bukan kerana nama..

0 Kata Mereka
Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana ia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
AKU MENULIS BUKAN KERNA NAMA

Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

Am I...

0 Kata Mereka
Am I alone??

Am I alone??

Am I alone??

~lol~

Anybody...

0 Kata Mereka
Semalam sowang member call..cane nak comment kat blog ko neh??

Nak komen senang je...Kalo x de blogger account, gne je anonymous..memule klik kat 'tentang kata mereka' tu..okeh...selamat mengomen..komen anda amat dihargai..terima kasih..

Hampehnyer dak kecik...

0 Kata Mereka
Korang tengok video kat bawah ni..pastu korang wat la apa korang suke...hehe


~Lepas aku tengok aku gelak guling2...baru nak rasa glamer...hak3..kalo aku jumpe dak yang wat perkara yang sama kat aku, aku cubit2 pipi die sampai lebam...haha~

It's A Single Father's Story

0 Kata Mereka



NFL star Joe Kingman (Dwayne "the Rock" Johnson) is in his prime: He's rich, famous and one of the world's most eligible bachelors. There's nothing that can throw him off his game. Nothing, that is, except for the emergence of the 7-year-old daughter (Madison Pettis) he never knew he had. Now, with his team gunning for a title, Joe must find a way to balance crushing gridiron action with bedtime stories and ballet classes.





Serba sedikit tentang movie nie..dah release lama giler dah...28th Sept. 2007..Hari tu tayang balik kat SMV Astro..Layan lagi..Suke citer neh...aku memang suke tengok citer-citer cam neh..Sape kata ayah tak sayang anak..aceli tak minat ngat The Rock neh, but he was good in this movie...Tetibe jadi suka lak..Part paling besh aku ske bile die argue ngan anak die and part dia menari balle..huahahaha..
~If u like dia movie, u'll like Like Mike~

Aku kembali menulis

0 Kata Mereka
Aku kembali menulis
Bukan di sini
Tapi menulis sebuah cerita...tentang pengalaman, tentang imaginasi, mungkin tentang aku...
Apa yang pasti tentang harapan...

~karya adalah isi hati penulis...tidak kira puisi, lagu, cerpen, novel, skrip atau apa sahaja~

Leave Me Alone

0 Kata Mereka
Leave me alone...

Angry?

Nope...

Juz need tyme on my own


~masuk bilik , kunci pintu, amik kawan baik (laptop), mula menulis~

Tuesday, November 25, 2008

Kematian...

0 Kata Mereka
Setiap yang hidup pasti akan mati..biar ditatang bagai minyak yang penuh..Biar hati menjerit menghalang pemergian, namun kuasa Ilahi tiada siapa dapat menghalang..Biar 1000 tahun merancang namun Penguasa Alam ada rencananya tersendiri...Redhalah dengan pemergian dan kematian..Kerana yang berlaku pasti ada hikmahnya...

Ehem..mungkin aku terlalu emosi..kematian ini bukan kematian insan..hanya kematian makhluk kecil dalam spesis Sphaerichthys..eheh..spesis yang menjadi tajuk thesisku sehingga beberapa bulan yang lepas...kini...hanya tinggal 1...satu

Thursday, November 20, 2008

Poppo (Kiss)

0 Kata Mereka
Comel + Comel + Comel = Kiutta(cute/comey korean version)..huhu...tomeinyer......

Langkah Yang Tidak Bersalah....

0 Kata Mereka



INNOCENT STEPS…

Hurm...sebuah filem korea yang aku tengok masa kat ‘U’ dulu..aku tak pasti film ni kuar tahun bile..but it was a very nice story..a film that can make me smile n cry (may be)…hehe…A film that make me feel wanna dance..Lagi2 bila sampai part samba tuh..Adoyai…

A story about a young lady (19 years old) with a man…Jang Chae Ryn n Na Young Sae…Hurm…Kat ne nak stat eh…


Jang Chae Ryn

Seorang gadis remaja yang pergi ke Korea atas nama kakaknya kerana terlalu berminat untuk belajar menari dan menyertai pertandingan…Identitinya terdedah namun Young Sae tetap mengajarnya…Walaupun susah pd mulanya namun Chae Ryn berpegang pada kata-kata Young Sae selaku guru tari, “I don’t care if it’s a lie, when you’re dancing, love me”…. Konflik berlaku apabila Chae Ryn dirampas pesaing terhebat Young Sae yang tidak mahu Young Sae kembali dalam dance comp…Hurm..


Na Young Sae

Seorang lelaki yang memang macho giler ar..walaupun penari..Tp macho ar…Dikhianati dalam 1 dance comp oleh pesaing yang memang jahat giler..ade ke patot pijak kaki die sampai patah??? Geram aku… But then die bangkit bila bertemu dengan Chae Ryn.. But at last die tak dapat gak masuk d next dance comp… Partner kena rampas..Pastu kena belasah sampai patah kaki lak..Adoih…


Lagi yang wat aku suke filem nie tentang larva kelip2 yang dibela Chae Ryn … Believe in fate and true love buat Chae Ryn umpamakan dirinya macam kelip2 yang setia dengan cahayanya n wait for their true love…


Young Sae : But if no one comes???


Chae Ryn : The green light starts to fade and when the light completely goes off, they die.


Young Sae : Why don’t they just go look for them???


Chae Ryn : Then they wouldn’t be fireflies. A firefly believes in fate and wait.


Hurm..x yah cite banyak ar.. cari ar cite neh.. besh woo…ok… Adios… Satu lagi cite Vengeance.. Dalam Crunchyroll.com ada.. Cite seram… Tp ada gak pasal firefly nie…


“IF I FIND MY TRUE LOVE, I WILL WAIT LIKE THE FIREFLY” – Jang Chae Ryn -


ps: Thanx Lora 4 da best muvie...dh setahun ko bg ak still tgok smpai skang coz besh..hehe


Kah Kah Kah....

0 Kata Mereka
Tension??? Stress??? Sian.....meh layan vclip neh...pasti kamu akan tersenyum...walau sedikit...

Aku Memilih Untuk....

2 Kata Mereka



Sepanjang hidup aku yang baru menginjak ke usia 22 tahun 8 bulan dan 20 hari ni…sudah banyak peristiwa yang aku lalui…


KELUARGA

Semua ini pasti…setiap insan yang lahir ke dunia pasti memiliki keluarga..hanya jumlah dan angka sahaja yang membezakan…jika bernasib baik, seseorang itu lahir disambut dengan linangan air mata gembira si ibu dan laungan azan/iqamah dari si ayah…atau mungkin sekadar lahirnya hanya disambut oleh seorang ibu kerana ayah telah ‘pergi’ terlebih dahulu…tapi itu semua untung nasib dan takdir masing-masing…Alhamdulillah…Lahirku disambut dengan iqamah dari ayahandaku…dengan tangis syukur dari ibuku..dan kedua nendaku…


SAHABAT

Mula mengenali insan bergelar sahabat,teman,kawan,rakan atau apa-apa sahaja yang berkaitan ketika kaki mula melangkah setapak demi setapak…namun yang mampu ku ingat ketika usia bermula 4 tahun…rakan yang silih berganti kerana keluargaku yang sering bermusafir…Perak – Pahang – Sabah – Pahang – Sabah – Pahang….Negeri yang sama namun tempat yang berbeda dan Sepanjang perjalanan itu aku temui ramai rakan… SK Umas2 Tawau – SK Sahabat 16, Lahad Datu – SK LKTP Lepar Hilir 1 – SMKA Pahang Muadzam Shah – PKN Kg Baharu Ayer Tawar – Matrikulasi Labuan –Universiti Malaysia Terengganu…..Terima kasih rakan yang mengajarku erti setia, khianat, benci, dendam dan memaafi…


CINTA

Kalau dikira pada usia..Aku mengenali C.I.N.T.A ini terlalu awal….ketika aku berada di darjah 4 (10 tahun)…Cinta monyet mungkin…Tapi bagiku tidak..Cinta ini mengekoriku sehingga beberapa bulan yang lalu..sehingga aku nekad untuk meninggalkan cinta itu kerana …… hurm..mungkin hanya aku yang mengerti…dikhianati…mungkin… Dan kini aku tidak lagi disapa oleh C.I.N.T.A…Mungkin kerana aku yang melarikan diri apabila ternampak walau hanya kelibatnya…Dan aku lebih selesa begini…



Apapun yang terjadi dalam hidupku…Semuanya membangkitkan seribu satu persoalan…dan dalam banyak-banyak jawapan..aku memilih untuk…..DIAM!!!

Kerana kadangkala DIAM mampu menjawab seribu satu persoalan walau tanpa sepatah kata…Oleh itu..jangan marah jika kamu bertanya dan aku tetap DIAM…



Wednesday, November 19, 2008

Bye Bye Bye...

0 Kata Mereka
Hallo....hurm..."Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya"..so, i'm back nak tunaikan janji...vclip Dong Wook..Monday Kiz - Bye Bye Bye...Cakap banyak x gune..Layanzzzzzzzz.....






You're my honey...

2 Kata Mereka
Hurm...dah lama nak tulis pasal nie..Pasal kekasih??? Bukan la...hik3..
Hari tuh masa aku masih bergelar seorang 'ustazah'... Mengajar kanak-kanak prasekolah yang berusia 4-6 tahun..hurm..agak sukar kerana mengajar Iqra' bukan seperti mengajar ABC...
Hurm apa pun kesabaran yang utuh memang dituntut apabila bergelar seorang guru, pensyarah atau lebih general pendidik...

Satu hari aku melangkah ke kelas prasekolah yang sangat ceria, guru prasekolah (Kak Yanti) menanyakan aku lirik sebuah lagu...hurm...comelnyer lagu tu..kebetulan aku br sahaja beberapa harimendengarnya...kata Kak Yanti untuk kanak-kanak prasekolah nyanyikan pada waktu pembelajaran bahasa inggeris..ak terus bergegas ke makmal komputer, mencari lirik untuk lagu yang amat comel ini...sementara mencari terjumpa sebuah video..wah..comel..tegok 10 kali pun x boring...nak tengok??layanzzzzzzzzzzzzz........















Tuesday, November 18, 2008

Inside Story...

0 Kata Mereka
Aloha sume...

Ni nak share vclip neh..x penah taw pn group neh..Monday Kiz...juz a few week ago br taw grup neh coz cari vclip Dong Wook (Bye Bye Bye)..N apa y ak taw salah sorang ahli kumpulan neh (Kim Min Soo, 23) terbunuh dalam kemalangan jln raya September lepas... Dalam 6 bulan pas release album dowang... Pape pun lagu2 dorang not bad..okay la..aku bley ckap coz dalam vclip neh ader lyric english..so taw la kan sket2 maknenyer..hehe...ak ni bkan taw ngat...sarangahaeyo, annyohaesayo, miyane, chuasammida, kiutta, kamsamida n sket2 ak taw la..tp grup neh banyak lagu jiwa kaco n patah hati la..ahakz..hak3...tp ak suke music die..lg2 lagu Bye Bye Bye (Intro)..aceli this d second vclip ak tgok pas Dong Wook nyer (Bye Bye Bye)..nanti ada ms ak upload y Dong Wook nyer lak ek..hehe..y tu lg besh sebab ada Dong Wook oppa...ahakz

Pape pun layan y ni dulu...









Friday, November 14, 2008

OST That Man's Book, Page 198

0 Kata Mereka
Special utk korang..gambar2 dr filem baru Dong wook ngan Eugene...Ngan vclip OST..Watching You










LAYANZZZZZ!!!!

Ader gak yg tulis tjuk cite neh heartbreak library..sape2 yg taw tlg roger ek..hehe

That Man's Book, 198 Pieces

0 Kata Mereka
Hallo...

Muvie baru dr aktor korea kegemaran ak..Lee Dong Wook (My Girl)... heroin citer neh Eugene (Wonderful Life)...Huhu..x tgok lagi..br release 23 Okt ari tu kat Korea..Ni last muvie Dong Wook b4 his temporarily saying bye-bye for army...adoi..papepun..gud luck bro..

Kat bawah neh trailer citer neh...sape2 yg dpat full muvie neh roger taw..thanx...


Monday, November 10, 2008

Mendengar dan Menghayati

1 Kata Mereka

Muzik…Lagu…Irama…Tiga perkara yang mungkin sama bagi pandangan sebelah pihak…Mungkin sebelah pihak lagi menyatakan tidak…Apa2 sajalah…

Namun biasa yang aku temui…Mereka lebih suka mendengar daripada menghayati…Acap kali aku disuakan lagu2 yang teman2 dengari… ‘Pae, best lagu ni’… Aku mendengar…Hurm…Biasa sahaja… Liriknya juga biasa… Klise… Mungkin…

Tidak mudah untuk aku menyukai sesebuah lagu… Aku bukan hanya mendengar… Namun sesebuah lagu itu harus bisa masuk ke dalam jiwa dan hati… Aku bukan arif tentang muzik.. Memegang gitar pun mungkin hanya sekali.. Itu pun gitar ‘kapok’..hehe… Drum??? Mungkin hanya baldi atau sekurang-kurangnya kompang ketika aku di sekolah dahulu… hik2.. Nota2 muzik juga hanya Klef Trebel yang aku ingat hingga kini… Kod muzik??? Jauh sekali… Namun aku suka menghayati lirik dan bait2 sesebuah lagu…

Jika sekeping gambar bisa menceritakan seribu satu kisah… Sebuah lagu juga mempunyai kisahnya tersendiri… Kisah yang mungkin aku pernah alami… Atau mungkin akan aku alami… Apa pun padaku, sebuah lagu bukan hanya untuk didengari..Tapi untuk dihayati…

Ceritera Dan Teman

0 Kata Mereka
Aku hilang….hilang punca…ke mana semua idea…semua karakter…aku sendiri kurang pasti…mataku merenung siling…merenung pada kipas yang dari tadi menghiburkan kesunyian hati…fikiran melayang teringatkan rakan seperjuangan…

Selama ini mereka seperti cerita dalam hidupku…segala pengalaman bersama mereka aku kutip dan aku jadikan sebuah cerita menarik di atas kertas…ku coretkan segala yang indah…yang pahit aku jadikan konflik…sebuah cerita harus ada konflik…kerana cerita itu adalah sebuah kehidupan…

Lama tidak bertemu aku ketandusan idea untuk berkarya…tiba-tiba tersenyum sendiri..terkenangkan skrip Adlin Aman Ramli dalam drama “Orang Minyak Naik Minyak”…. ‘Nak berkarya melukis la weh’…Hehe…itu akan aku lakukan jika tanganku ini lemah gemalai..mencanting apa sahaja pasti berkesan…biarpun dikatakan abstrak…namun aku bukan insan seperti itu..

Bersama teman2… aku mengutip seribu satu cerita.. lalu aku olah menjadi sebuah jalan cerita yang aku tokok tambah.. lebih-lebih lagi kisah cinta mereka..aku??? Buku kisah cintaku masih belum bertulis…masih tersimpan tidak dibuka…kerana belum ada ceritera yang hendak dicoretkan tentang kisah cintaku… Terima kasih juga pada teman2.. jika buka kerana kisah cinta mereka, tentu hingga kini novel “Milik Siapa Hati Ini” masih tidak bersambung… Masakan tidak..Aku tidak punya idea untuk Haikal melamar Atisya.. Huh…berbulan-bulan aku tinggalkan novel itu.. Alhamdulillah siap juga…

Kisah keluarga….aku bisa menulis apa sahaja.. Alhamdulillah aku punya keluarga yang boleh ku kira bahagia..walau hanya keluarga kecil… dari teman2 juga aku kutip cerita keluarga… bukan semua bernasib baik… kisah kepincangan keluarga ku ambil sebagai iktibar dan aku kongsi melalui penceritaanku di dalam karya-karya ku…Walau hanya karya picisan..Namun aku puas kerana ia hasil tulisanku sendiri…
Buat teman2…Semoga kalian berjaya dalam apa jua bidang…Terima kasih buat semua ceritera yang kalian kongsikan..Aku bukan sahabat yang bisa menjadi kaunselor..Namun selagi mampu akan ku hulurkan tangan untuk membantu…Ceritera kalian dan pengalaman menjadikan aku lebih matang.. Terima Kasih Teman…

Sesuatu Yang Tak Pasti...

0 Kata Mereka

Tiba-tiba langkahku terhenti
Sejuta tangan telah menahanku
Inginku maki mereka berkata
Tak perlu kau berlalri
Mengejar mimpi yang tak pasti
Hari ini juga mimpi
Maka biarkan ia datang
Di hatimu..

Dalam hidup ini kita sering mengharap dan mengejar sesuatu yang tak pasti…Sesutau yang belum tentu milik kita..sesuatu yang belum tentu wujud..sesuatu yang belum tentu akan terjadi…

Dalam mengejar sesuatu yang tidak pasti itu kita terlupa…di sekeliling kita sebenarnya sudah ada segala-galanya…Cuma….Cuma kita yang tidak menyedari….jauh sekali menghargai…

Sesuatu yang telah berlaku pasti akan dikesali…memaki hamun diri sendiri dan adakalanya kesilapan diletakkan di bahu orang lain…kerana keegoan enggan mengakui kekhilafan….Hati dan minda tertutup kerana penyesalan yang tak berkesudahan…penyesalan yang tidak diiringi cobaan membaiki diri…

Tetapi itulah manusia…ya…aku manusia…insan….aku tetap mencari sesuatu yang tak pasti…apa??..huh..aku sendiri kabur….apa aku akan bertemu dengan ‘sesuatu’ itu???

- Adakalanya kita akan menghargai sesuatu itu apabila ia sudah pergi dan hilang dari pandangan…..walau yang hilang pasti berganti namun yang mengganti belum tentu sebaik yang hilang-

Sunday, November 9, 2008

Kenangan Terindah

0 Kata Mereka

KAU ADA DIA


Sudah lama ku memendam rasa

Cinta di dalam dada

Namun tidak pula bersuara

Karena takut kecewa


Ku tunggu waktu yang lebih baik

Untuk langkah pertama

Jauh dari apa yang ku kira

Hatimu ada yang punya


Di dalam mimpi kita berdua

Mesra bersama dilamun cinta

O tetapi kenyataannya aku sedar

Kau ada dia


Mungkin juga semuanya salahku

Terlalu mengharapkan cinta

Tapi sepi yang merasuk kalbu

Membawa angan melayang



Kalau baca betol2 lirik lagu nie memang kena la ngan aku suatu ketika dulu..cewah..suatu ketika dulu tuh..Kire masa mude2 dulu la..masa tengah2 cari erti hidop…erti chenta..erti apa2 je la yang tak de dalam kamus dewan edisi ke sembilan puluh lapan ratus pun…Masa memule nak suke suki ngan org neh..Suke la..belom chenta la..admire la snang cite..tak penah cakap pun ngan mamat neh..Sebaya la..tapi masa ak knal die..ak taw die..die memang single lar..aku pun xtend je la kan..xtend je rs dlam jiwa muda ms tuh..chewah..masa tuh baru nak masuk 2nd sem..giler..x nak ar chentan2 neh..baek aku chentan ngan katak, kelawar, herbs..ngan pape je la yang ada kaitan ngan aku ms tuh..ak xtend lame gak ar..masuk 2nd year…bulan 3…ak ingat beb ak dpat taw die baru je kapel..masa tuh sume member menyumpah..padan muke..extend la lagik..sape suruh..pape pun ‘gua rilek’ (pinjam ayat nabil jap)…tak ke mana la kalo frust pun kan..bukan chenta pun..admir e jerk..ahakz..tp lame gak rupenyer aku ‘terduduk’..(tp x de ar sampai kantoi paper macam sorang lecturer aku 2 kan..ahakz..jangan marah aaa….)…adoyai..padan muke aku…sampai dah abes…cukup 3 tahun aku belajar…aku kije jap..masa tuh Alhamdulillah..sume rasa tuh dh x de..walaupon kekadang teringat gak kan..tipu ar tak teringat kan?? Aku teruskan life aku cr kije..die ngan life die..Aku dengar die further master..kat ne ak x taw.. Neway..Gud luck utk die… “Gue udah capek dan gue harap kalo dia bisa bahagia hingga akhir hayat…”

“Bagiku terlalu indah setiap detik ‘mengenangmu’

Rela akhirnya ku terluka dariku hidup tanpa kenal cintamu”

-Seribu kenangan-

.::Solat::.