Kamsahamida... =)

Wednesday, December 17, 2008

Kenapa Awak???




Andai suatu hari
Aku berkata
Aku suka kamu
Jangan pernah bertanya kenapa

Andai suatu hari
Aku berkata
Aku menyenangi kamu
Jangan pernah bertanya kenapa

Andai suatu hari
Aku berkata
Aku sayang kamu
Jangan pernah bertanya kenapa

Andai suatu hari
Aku berkata
Aku cinta kamu
Jangan pernah bertanya kenapa

Kerana
Aku tidak punya sebab
Kerana
Aku tidak punya alasan
Kerana
Aku tidak punya kata-kata untuk menyambung
“Aku suka kamu kerana….”
Ayatku pasti masti di situ

Kerana tiada sebab
Kerana tiada alasan
Untuk aku suka, senangi, sayang dan cinta
Pada kamu…

Kerana
Apabila sebab itu pergi
Apabila alasan itu hilang
Aku khuatir
Perasaan aku pada kamu juga hilang

Dan pada ketika itu
Aku tidak sanggup
Melihat kamu pergi
Berpaling dari aku
Yang pada masa itu sudah tiada lagi sebab dan alasan
Untuk aku mencintai diriku sendiri…


0 Kata Mereka:

.::Solat::.