Sepanjang hidup aku yang baru menginjak ke usia 22 tahun 8 bulan dan 20 hari ni…sudah banyak peristiwa yang aku lalui…
KELUARGA
Semua ini pasti…setiap insan yang lahir ke dunia pasti memiliki keluarga..hanya jumlah dan angka sahaja yang membezakan…jika bernasib baik, seseorang itu lahir disambut dengan linangan air mata gembira si ibu dan laungan azan/iqamah dari si ayah…atau mungkin sekadar lahirnya hanya disambut oleh seorang ibu kerana ayah telah ‘pergi’ terlebih dahulu…tapi itu semua untung nasib dan takdir masing-masing…Alhamdulillah…Lahirku disambut dengan iqamah dari ayahandaku…dengan tangis syukur dari ibuku..dan kedua nendaku…
SAHABAT
Mula mengenali insan bergelar sahabat,teman,kawan,rakan atau apa-apa sahaja yang berkaitan ketika kaki mula melangkah setapak demi setapak…namun yang mampu ku ingat ketika usia bermula 4 tahun…rakan yang silih berganti kerana keluargaku yang sering bermusafir…Perak – Pahang – Sabah – Pahang – Sabah – Pahang….Negeri yang sama namun tempat yang berbeda dan Sepanjang perjalanan itu aku temui ramai rakan… SK Umas2 Tawau – SK Sahabat 16, Lahad Datu – SK LKTP Lepar Hilir 1 – SMKA Pahang Muadzam Shah – PKN Kg Baharu Ayer Tawar – Matrikulasi Labuan –Universiti Malaysia Terengganu…..Terima kasih rakan yang mengajarku erti setia, khianat, benci, dendam dan memaafi…
CINTA
Kalau dikira pada usia..Aku mengenali C.I.N.T.A ini terlalu awal….ketika aku berada di darjah 4 (10 tahun)…Cinta monyet mungkin…Tapi bagiku tidak..Cinta ini mengekoriku sehingga beberapa bulan yang lalu..sehingga aku nekad untuk meninggalkan cinta itu kerana …… hurm..mungkin hanya aku yang mengerti…dikhianati…mungkin… Dan kini aku tidak lagi disapa oleh C.I.N.T.A…Mungkin kerana aku yang melarikan diri apabila ternampak walau hanya kelibatnya…Dan aku lebih selesa begini…
Apapun yang terjadi dalam hidupku…Semuanya membangkitkan seribu satu persoalan…dan dalam banyak-banyak jawapan..aku memilih untuk…..DIAM!!!
Kerana kadangkala DIAM mampu menjawab seribu satu persoalan walau tanpa sepatah kata…Oleh itu..jangan marah jika kamu bertanya dan aku tetap DIAM…
2 Kata Mereka:
cinta mase umo 10 tahun..cm tau je cite 2 kn..ouh dimana kn mamat 2?
Huahaha..dah taw diam2 jerk..haha..
Ntah...aku pn dh lame x contact..ahakz...
Ko nyer JJQ 2..mystery giler...
Post a Comment