Muzik…Lagu…Irama…Tiga perkara yang mungkin sama bagi pandangan sebelah pihak…Mungkin sebelah pihak lagi menyatakan tidak…Apa2 sajalah…
Namun biasa yang aku temui…Mereka lebih suka mendengar daripada menghayati…Acap kali aku disuakan lagu2 yang teman2 dengari… ‘Pae, best lagu ni’… Aku mendengar…Hurm…Biasa sahaja… Liriknya juga biasa… Klise… Mungkin…
Tidak mudah untuk aku menyukai sesebuah lagu… Aku bukan hanya mendengar… Namun sesebuah lagu itu harus bisa masuk ke dalam jiwa dan hati… Aku bukan arif tentang muzik.. Memegang gitar pun mungkin hanya sekali.. Itu pun gitar ‘kapok’..hehe… Drum??? Mungkin hanya baldi atau sekurang-kurangnya kompang ketika aku di sekolah dahulu… hik2.. Nota2 muzik juga hanya Klef Trebel yang aku ingat hingga kini… Kod muzik??? Jauh sekali… Namun aku suka menghayati lirik dan bait2 sesebuah lagu…
Jika sekeping gambar bisa menceritakan seribu satu kisah… Sebuah lagu juga mempunyai kisahnya tersendiri… Kisah yang mungkin aku pernah alami… Atau mungkin akan aku alami… Apa pun padaku, sebuah lagu bukan hanya untuk didengari..Tapi untuk dihayati…
1 Kata Mereka:
muzik dan lagu itu permainan aku..
haha
Post a Comment