Kamsahamida... =)

Monday, November 10, 2008

Ceritera Dan Teman

Aku hilang….hilang punca…ke mana semua idea…semua karakter…aku sendiri kurang pasti…mataku merenung siling…merenung pada kipas yang dari tadi menghiburkan kesunyian hati…fikiran melayang teringatkan rakan seperjuangan…

Selama ini mereka seperti cerita dalam hidupku…segala pengalaman bersama mereka aku kutip dan aku jadikan sebuah cerita menarik di atas kertas…ku coretkan segala yang indah…yang pahit aku jadikan konflik…sebuah cerita harus ada konflik…kerana cerita itu adalah sebuah kehidupan…

Lama tidak bertemu aku ketandusan idea untuk berkarya…tiba-tiba tersenyum sendiri..terkenangkan skrip Adlin Aman Ramli dalam drama “Orang Minyak Naik Minyak”…. ‘Nak berkarya melukis la weh’…Hehe…itu akan aku lakukan jika tanganku ini lemah gemalai..mencanting apa sahaja pasti berkesan…biarpun dikatakan abstrak…namun aku bukan insan seperti itu..

Bersama teman2… aku mengutip seribu satu cerita.. lalu aku olah menjadi sebuah jalan cerita yang aku tokok tambah.. lebih-lebih lagi kisah cinta mereka..aku??? Buku kisah cintaku masih belum bertulis…masih tersimpan tidak dibuka…kerana belum ada ceritera yang hendak dicoretkan tentang kisah cintaku… Terima kasih juga pada teman2.. jika buka kerana kisah cinta mereka, tentu hingga kini novel “Milik Siapa Hati Ini” masih tidak bersambung… Masakan tidak..Aku tidak punya idea untuk Haikal melamar Atisya.. Huh…berbulan-bulan aku tinggalkan novel itu.. Alhamdulillah siap juga…

Kisah keluarga….aku bisa menulis apa sahaja.. Alhamdulillah aku punya keluarga yang boleh ku kira bahagia..walau hanya keluarga kecil… dari teman2 juga aku kutip cerita keluarga… bukan semua bernasib baik… kisah kepincangan keluarga ku ambil sebagai iktibar dan aku kongsi melalui penceritaanku di dalam karya-karya ku…Walau hanya karya picisan..Namun aku puas kerana ia hasil tulisanku sendiri…
Buat teman2…Semoga kalian berjaya dalam apa jua bidang…Terima kasih buat semua ceritera yang kalian kongsikan..Aku bukan sahabat yang bisa menjadi kaunselor..Namun selagi mampu akan ku hulurkan tangan untuk membantu…Ceritera kalian dan pengalaman menjadikan aku lebih matang.. Terima Kasih Teman…

0 Kata Mereka:

.::Solat::.