Kamsahamida... =)

Sunday, August 29, 2010

~Kereta Idaman~

5 Kata Mereka

Hai...salam 19 Ramadhan
Sedang menghitung hari untuk pulang ke Semenanjung
6 days to go... hoyeahhhh

Baru2 ni aku ada story pasal aku dah dapat lesen kan?
So, macam biasa
Bila dah ada lesen, mula la pasang angan-angan nak berkereta
Hehehehe..

Kereta idaman aku dari dulu
HONDA CITY

Kete Idaman Saye... =D

Semalam dah google harga pasaran Malaysia
kat page HONDA

Kalo tengok harga Semenanjung dengan Miri/Sibu
Bezanya dalam RM 500
Harga sebenar RM 85 +++

Sekali aku usha untuk harga Labuan
Masa aku belajar kat Labuan
Aku memang teruja tengok pensyarah-pensyarah muda yang baru kerja
Pakai kereta import
Then aku tau harga kat Labuan dan Langkawi lebih murah berbanding di negeri-negeri lain

So,
Semalam aku google
Perghhhhh
Aku ingat beza sikit-sikit je
almost 30 +++ gak la beza harga
Harga HONDA CITY kalau kat Labuan
Rm58 +++
Haa
Murah kan?????

Dan pada masa itu jugak aku teruja
Nak mintak tukar posting ke Labuan...

Hahahahahaha~

So,
Kata orang kalau kita mahukan sesuatu
Kita kena berusaha dan berkorban
Mulai sekarang nak mula menyimpan
Untuk kereta idaman

Hehehehehe..

Thursday, August 26, 2010

~Kad Raya~

3 Kata Mereka


Phewww.... Penat
Baru sampai dari Mukah pukul 230 petang tadi
Van pulak tak dapat masuk sampai depan kuarters
Terpaksa la menapak dari pintu pagar sekolah sampai la ke kuarters
Huhu~

Sampai-sampai je bilik
Tengok ade dua sampul atas katil
1 sampul pos laju
I'm expecting it..hehe
Diploma Pendidikan dah sampai
Satu lagi, memang tak expect
KAD RAYA

ni la kad raye tu, maap scan senget, malas nk edit.. hahaha


Hoorayyy
Dapat kad raya
Dari teman BIOD, Syazni

Kenapa aku hepi sangat dapat kad raya ni?
Pada aku kad raya mmg sesuatu yang semakin dilupakan
Dulu zaman sms pantun2 n ucapan best2 wish hari raya
Sampai jammed la line2 telepon..hahaha

Bila dah ada fb ni,
Lagi mudah
Orang maen tulis kat wall jer
Kalo yang rajin sikit tu, tag member2 pd gambar ucapan
"Selamat Hari Raya"

Dulu masa kecik2 n sekolah menengah
Aku memang suke kumpul kad raya
Berlumba-lumba jugak la sapa dapat paling banyak
Pemenangnya mesti la aku
Sampai sekarang semua kad2 tu aku simpan..hehehe

Haaa....
Yang menarik dalam kad raya Cik Syazni ni
Siap ada kupon diskaun domino pizza lagi
WOW!!!!!

taraaaaa...siap ade kupon domino lagi weh... =D


Tapi....
Yang sedeynye..... Kat sini mana ada Domino.....T_T
Tarikh luput kupon tu 31 Ogos..
Hurm... tak sempat pun nak guna coz balik semenanjung 4 september

Tapi tak kesah la
Yang penting bestttttt sangat dapat kad raya dari Cik Syazni ni..

Tenkiu Syaz!!!!!

=D


~JPJ Test~

2 Kata Mereka
Alhamdulillah
Hepi sangat lepas berbulan-bulan
Akhirnya aku dah berjaya untuk test JPJ

Baru nak ambik lesen?

Ya
Baru nak ambik
Tak salahkan?
Walaupun kawan-kawan aku yang lain ramai yang dah memiliki
'lesen besar' kata orang
Hehe...
Tak kisah la
Janji dah ada lesen

Sebelum ambik lesen dulu
Orang asyik tanya
"Bila nak ambik lesen, susah kalau tak ada lesen"
Bila dah ada lesen
Orang masih bertanya
"Bila nak beli kereta, senang nak ke sana ke mari"
Biarkan mereka bertanya
Agak-agak dah malas jawab
Aku senyum je
Heee~

Apa pun, aku hepi sebab dah dapat lesen
Tak payah nak ke Mukah bila wiken
Penat
Siyes

*Raya ni boleh try2 drive kete kat rumah..hehehe.. best3x

Thursday, August 12, 2010

~SARDIN AYAM BRAND TIDAK HALAL???~

1 Kata Mereka
Baru-baru ni aku ada terbaca artikel tentang sardin yang memang feveret aku dari kecik lagi. Dalam artikel tu menyatakan sardin ayam brand mengandungi daging katak dan tidak halal.

APA????

Siyes aku memang kembang tekak pas baca artikel tu.
Antara binatang yang aku paling geli ialah katak.
Bayangkan badan die yang berlendir-lendir tu. Eeeeee!!!
Tapi aku tak puas hati
So aku semak kat Halal Jakim.
Alhamdulillah, sardin tu halal.
Lega hati aku.

Kalau nak tahu lebeih lanjut tentang nombor dan kod halal jakim untuk sardin ni
sila klik link INI

*Berbuka petang ni makan nasi lauk sardin. Hehe

Tuesday, August 10, 2010

~Kedatanganmu dinanti, pemergianmu ditangisi, sesungguhnya aku rindu~

1 Kata Mereka
Alhamdulillah
Dipanjangkan umur untuk bertemu sekali lagi dengan bulan yang penuh barakah ni
Bulan Ramadhan
Bulan yang di mana pintu-pintu neraka ditutup dan pintu-pintu syurga terbuka luas

Malam ni selesai malam pertama menunaikan solat tarawih
bersama pelajar-pelajar asrama SMK TPDPH Normah
di surau Darul Taqwa
Berjemaah bersama para pelajar dan guru-guru lain mengingatkan aku
zaman sekolah dulu
SMKA Pahang, Muadzam Shah
Detik paling menarik adalah pada waktu iftar bersama teman2 di dewan makan
Kemudian solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah


Selepas tamat Matrikulasi
Ramadhan ku rasa kosong
Jarang sekali ke surau untuk bertarawih
Faktor tidak punya kenderaan dan surau yang jauh dari tempat tinggal

Alhamdulillah
Ramadhan yang pertama di Bumi Kenyalang ini
ku rasakan kembali terisi
Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya
Buat kamu, kamu dan kamu juga

Salam Ramadhan


Friday, August 6, 2010

~Cadbury Dark Chocolate~

2 Kata Mereka

YUMMY....




Itu je yang mampu aku cakap. Aku ni bukan la seorang penggemar coklat. Masa belajar kat matrik Labuan dulu pun aku tak gila-gila membeli coklat walau pon coklat di Labuan sana murah-murah.

Tapi...
Aku seorang penggemar dark chocolate. Sumenyer bermula bila seorang pensyarah aku masa kat UMT dulu, Dr. Jamilah (Cik Jam.. =D) bawak balik dark coklat dari oversea. So, aku try and aku suke sangat sebab dark chocolate ni tak terlalu manis.

Sekarang aku tengah gila dengan cadbury dark chocolate.. hehehe
Nanti nak try yg vochelle pulak..
Yummy...

.::Solat::.