Kamsahamida... =)

Thursday, January 15, 2009

Kisah Rama-Rama dan Bunga

Seorang pemuda berdoa kepada Allah agar dia diberikan bunga dan rama-rama...

Namun, Allah memberikannya kaktus dan ulat...pemuda itu sedih dan tidak mengerti mengapa pemberiannya berbeza dari apa yang dimintanya...Terlintas di fikirannya bahawa Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan...lalu pemuda itu memutuskan untuk tidak mempersoalkan pemberian itu...

Selepas agak lama, pemuda itu terfikir semula tentang doanya...apa yang berlaku???

Pemuda itu terperanjat apabila kaktus yang hodoh dan berduri itu mengeluarkan sekuntum bunga yang cantik...ulat yang menguit2 dahulu bertukar menjadi seekor rama-rama yang sangat indah...

Lalu pemuda itu berfikir..segala yang Allah lakukan ada rencana yang terbaik walaupun pada mata seorang insan ia nampak seperti tidak menepati kehendak dan tidak betul...

Jika kita memohon sesuatu namun menerima selain dari yang diminta..la tahzan..percayalah Allah pasti mengurniakan apa yang kita pinta pada suatu masa yang sesuai...Apa yang kita mohon belum tentu apa yang kita perlukan...

Allah tidak pernah gagal memenuhi permintaan hamba-hambanya..."Berdoalah padaKu dan AKU akan makbulkan doa mu"...

Oleh itu, teruskan berdoa tanpa ragu...jangan mengeluh kerana DURI pada hari ini akan menjadi BUNGA pada hari esok...

0 Kata Mereka:

.::Solat::.