Kamsahamida... =)
Wednesday, January 14, 2009
Dan Apabila Sesuatu Itu Datang...
pukul
11:37:00 PM
Mase sekolah dulu ustaz n ustazah selalu pesan...
"Hafal ayat seribu dinar..amalkan selepas solat Subuh dengan bacaan yang ganjil...Insya Allah kita akan terhindar dari kepapaan sepanjang keturunan"
Ya, semua pelajar menghafal...Tekun dan khusyuk..dan setiap kali usai solat Subuh berjemaah, meniti di bibir setiap makmum mengikut imam membaca Ayat Seribu Dinar ini...
Ayat ini secara generalnya bercerita tentang tawakal kepada Allah...
Namun kini, apabila pelajar2 itu telah dewasa...Membawa haluan masing2.. Dan dalam meredah onak duri mengejar cita-cita...Sesuatu yang dahsyat datang menimpa...Sesuatu dugaan hadir menyapa.. dengan jiwa muda hati memberontak...mulut mencemuh..kenapa???
Kerana...
Apabila sesuatu itu datang, pelajar itu lupa pada ayat yang telah dihafal semasa di sekolah dahulu...Ayat itu hanya meniti di bibir tetapi tidak pernah masuk ke dalam kalbu dan jiwa... Apabila dugaan menimpa, Allah seakan2 jauh dari diri..Astaghfirullahala'zim...
Dan bila sesuatu itu datang...Hanya pada Allah kita memohon...Hanya pada Allah kita mengadu...Kerana Allah maha Pengasih..Kerana Allah maha Penyayang..Kerana janji Allah itu pasti...Kerana setiap kejadian ada hikmahnya...Renung2kan
Yang tulis
.::Nur Faizah Azizan::.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Kata Mereka:
Post a Comment