Kamsahamida... =)

Saturday, January 31, 2009

SORE...

0 Kata Mereka
Sore menjelma lagi
Terima kasih Tuhan
Kerana masih memberi nikmat
mata ini untuk melihat keindahan mentari sore-Mu

Sore menjelma lagi
Aku di jendela memerhati dinding putih
Tanpa canting warna selain putih
Suram
Sesuram sekeping hati manusia yang melihatnya
Mungkin dinding itu sepi seperti manusia itu

Sore menjelma lagi
Kali ini sore membawa teman bernama hujan
Hujan berjisim cecair
Bila sedikit bencana
Bila lebih juga bencana
Bila lagi manusia mahu bersyukur???

Sore menjelma lagi
Masih bertemankan hujan
Manusia bernama AKU itu masih di jendela itu
Memikirkan mungkinkah sore esok dia masih di situ???

Friday, January 30, 2009

BIOD MEMORIES....

0 Kata Mereka
Dah lame buat video neh..nk upload besar ngat, lambat..Br je blaja convert g flv..n Berhasil..hehe.. Thanx to aiXat.MR..

4 all BIOD students 2005-2008... Layan je lew...hehe


Align Center

Thursday, January 29, 2009

Makan dalam kuali???

1 Kata Mereka

Nampak tak gambar kat atas ni? Yee...mee di dalam kuali... Tetapi gamba ini bukanlah diambil di dapur restoran mahupun dapur rumah aku mahupun dapur rumah jiran aku...Kuali ini berada di atas meja makan..ye, meja makan aku..

Mase ni kat foodcourt Alamanda.. Sume makanan dr kedai ni dihidangkan dalam kuali comel beralaskan raga rotan..kreatif kan??? Memule rase cam alien gile n kurang supan makan dalam kuali..tp bile aku tengok membe aku, Anim, slumber the rock je..aku pown wat selamber...
Neway, sedap gak mee cendawan neh...sebab aku dh lapar... Bismillah...

Tempura Bento......

0 Kata Mereka
YUMMY!

Tu je yang aku mampu cakap...Ari tu g jalan2 Melaka ngan family pas g kenduri kawen kat KL..Pas shopping2 kat JUSCO..Lapo!!!!

G food court dr jauh aku nampak TENPAYAKI...Waa...Apelagi, aku ngan adek trus g.. Tapi aku kompius..apsal y jaga kedai tu Bangla??? Oh tidak.... Kalo nak amek org asing pown, amek y real jepun ok what..hak3

Ape2 pun, disebabkan tahap keinginan yang terlalu tinggi, aku pown terus ngoder Tempura Bento...Adek Tenpayaki Bento... Hurm... SEDAPPPPPPPPPPPPPPP..... slurp...


1 set of Tempura Bento

1. Salad (tomato, cucumber, 1000 island sauce) + lemon
2. Lobak masin
3. Tempura (All celup tepung - prawn, crab, carrot and eggplant)
4. Rice with sesame
5. 2 slices of watermelon
6. Soup n soy sauce


*Kantoi tembikai dh makan sepotong..hehe...

Monday, January 26, 2009

Sifat Kemanusiaan

2 Kata Mereka
Aku ingin bercerita tentang sifat kemanusiaan.. yang pada aku semakin dilupakan..semakin dipinggirkan.. 'Budi Bahasa Budaya Kita'.. O yeah??? Tak nampak pown... Semenjak bergelar blogger (cewah ayat), aku rase aku makin peka dengan keadaan sekeliling, melihat dan memerhati gelagat manusia (walaupun sebenarnya dari dulu aku memang suke usha2 orang neh). Tapi mungkin dulu aku tidak punya tempat untuk menulis pandangan dan pendapat...

Segalanya bermula Sabtu lepas, aku pulang ke rumah untuk menguruskan borang perjanjian yang padaku penuh birokrasi (tolong hentikan)...

Selepas sejam beratur semata-mata untuk sekeping tiket komuter, aku pulang ke Seremban. Sampai di Seremban, aku bergegas mendapatkan bas ke Bahau...Di sini bermula pemerhatianku tentang sifat kemanusiaan yang positif dan negatif yang berlaku sebelum dan selepas aku menaiki bas.

SEBELUM:

Aku terkejut melihat manusia yang berkerumun umpama semut menghurung gula di hadapan pintu bas (bila dikatakan rakyat Malaysia negara ke-3 yg biadap, kenapa kamu marah???)... Bukankah lebih senang jika semua semut2 itu beratur???

Dalam kerumunan itu, aku melihat seorang mak cik tua berbangsa Cina (nyonya).. Dia dihimpit oleh anak2 muda di sekelilingnya..Tanpa sedikit pun rasa ihsan untuk membuka jalan pada wanita tua itu... Di atas bas, sorang lelaki tua berbangsa Cina (aku fikir mungkin suaminya) menghulurkan tangan untuk menyambut barang di tangan wanita tua itu, namun die turut dihimpit, hampir terlepas bagasi2 yang dipegangnya.. Aku yang berada di belakang manusia yang sedang berkerumun itu hanya menjerit di dalam hati "Boleh tak tolong bagi jalan kat Nyonya tu? Suami die dah bayar tiket untuk dia"..Tapi hanya dalan hati, tersekat di kerongkong..

SELEPAS :

Selepas menempuh rempuhan manusia, aku berjaya menaiki bas, Alhamdulillah ak berjaya duduk untuk perjalanan yang masih berbaki 1 jam setengah. Di dalam bas ramai yang berdiri. Tiba-tiba satu keluarga India naik, dengan 4 orang nak kecil dan seorang bayi. Nasib mereka kurang baik apabila tiada tempat duduk. Namun kali ini aku melihat sikap prihatin warga Malaysia... Seorang demi seorang menawarkan diri untuk memangku anak2 kecil itu... Ada y ingin memberi tempat pada si ibu, namun si ibu menolak dengan senyuman... Kamu nampak pengorbanan si ibu? Biar kakinya lenguh berdiri, tapi tidak anak-anaknya... Aku? Bukan tidak mahu menawarkan diri untuk memangku, tetapi ribaku sudah penuh dengan beg (kira aku turut membantu membuka ruang untuk mereka yang berdiri kan?)...

Tiba di Bahau, aku menunggu ayah datang...Dan aku masih memikirkan peristiwa yang aku lihat tadi...Terfikirkan amarah orang Malaysia suatu ketika dahulu apabila sebuah majalah terkemuka meletakkan Malaysia negara ke-3 paling biadap di dunia.. Kenapa kamu marah? Kenapa?

Friday, January 23, 2009

Siapa kamu???

2 Kata Mereka
Aku perlu kamu
Untuk menegur khilafku
Pada setiap kelakuan dan pertuturanku
Agar tiada lagi hati yang terguris

Aku perlu kamu
Untuk menyanyikan aku sebuah puisi
Pada setiap ketika aku rasa sedih
Agar benteng air mata ini terus kebal

Aku perlu kamu
Untuk menuntunku
Pada setiap detik ketika aku hampir jatuh
Agar aku kembali bangkit

Aku perlu kamu
Untuk sentiasa di sisi
Pada saat aku hanya bicara dengan hati
Agar aku tahu aku tidak sendiri

Aku perlu kamu
Untuk menjadi cermin diriku
Pada saat cermin kendiriku hancur berderai
Agar aku bisa melihat kembali diriku dalam dirimu

Aku perlu kamu
Untuk menjadi kaki dan tanganku
Pada saat aku lumpuh
Agar aku bisa meneruskan perjuangan bernama 'kehidupan'

Aku perlu kamu
Hadir di hadapanku
Pada saat aku menanti
Agar waktuku tidak terbuang dengan sebuah penantian

Aku perlu kamu
TAPI
Siapa kamu???

Thursday, January 22, 2009

Kenapa hanya 1????

6 Kata Mereka

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi kenapa Tuhan hanya memberi sekeping hati kepada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati kita pada seseorang untuk kita mencarinya, itulah namanya CINTA...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Pada mereka yang masih percaya walaupun telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan...

Tuesday, January 20, 2009

Semalam...

4 Kata Mereka
Semalam...
Aku di sana
Melihat, merenung dan memerhati

Semalam...
Aku di sana
Berjalan dalam lautan manusia
Pelbagai rupa dan bentuk
Pelbagai sikap dan ragam
Yang halal jadi haram
Yang haram jadi halal

Semalam...
Aku di sana
Dalam sebuah kotak yang bergerak ke atas dan ke bawah
Membawa isinya ke destinasi
Jasanya dibalas dengan luka di setiap penjuru
Kata-kata nista dan kesat
Aku malu berada lama di dalam kotak itu
Harap cepat tiba ke destinasi

Semalam...
Aku beredar dari sana
Berharap bertemu sebuah tempat
Yang mungkin sedikit lebih aman
Yang mungkin sedikit lebih suci
Kerana aku manusia
Dan aku tidak mahu terjerumus
Lalu sesat seperti mereka
Yang aku lihat SEMALAM...

Maaf, aku hanya...

0 Kata Mereka
Maaf
Aku hanya bergurau
Jika kamu terasa
Maafkan aku
Kerana itu adalah aku
Kerana itu adalah diriku

Maaf
Aku hanya bercerita
Jika kamu katakan aku omong kosong
Maafkan aku
Kerana itu adalah aku
Kerana itu adalah diriku

Maaf
Aku hanya ngomong
Jika kamu kata-kataku terlalu jujur
Sehingga kamu terguris
Maafkan aku
Kerana itu adalah aku
Kerana itu adalah diriku

Maaf
Aku hanya ingin kamu tersenyum dan ketawa
Jika kamu rasa jenakaku melampau
Maafkan aku
Kerana itu adalah aku
Kerana itu adalah diriku

Maafkan aku
Untuk semua yang aku lakukan
Untuk semua kata-kataku
Untuk semua jelinganku
Untuk semua...
Ya, untuk semua...
Maafkan aku...

Saturday, January 17, 2009

Along n Kak Anem wedding pics...

0 Kata Mereka






* Selamat pengantin baru, semoga berkekalan hingga akhir hayat
* Photo credit - Bro Am (drugarms.photopages.com)
* Nak tengok beso, klik gambo...

Mendung berarak pergi...

0 Kata Mereka
Apabila awan mendung menaungi dan mengekori langkahmu..jangan mengeluh..
Kerana awan mendung itu pasti akan pergi..
Dan apabila awan mendung itu berarak pergi, mentari akan datang menyinari
Ditemani pelangi indah menghiasi hari-harimu
Sebagai hadiah di atas kesabaranmu
Sebagai hadiah di atas ketabahanmu
Sebagai ganjaran di atas keyakinanmu pada hikmah tentang sesuatu kejadian dan dugaan....

TERIMA KASIH BUAT:

Dr Siti Fatimah (Penyelaras DPLI UKM 09)
Mak n Ayah
Cekgu2 DPLI UKM n seluruh Malaysia y fight for our right
Kementerian Pelajaran Malaysia
Kementerian Pengajian Tinggi
And semua....

Terima kasih!

Thursday, January 15, 2009

Hati yang terusik...

0 Kata Mereka
Pagi ni ketika bangun dari tidur..aku rase sedih, lesu, penat..terlalu banyak yang berlaku seminggu dua ini yang menerjah minda dan kalbu..Ya, Allah, tuntunlah hati hamba MU ini Ya Allah..

Selesai semua tugas (solat Subuh, mandi, basuh baju y bertimbun, sidai baju, kemas katil)...aku start online, menuju ke destinasi (kisah peri biru)...tempat aku menulis tentang semua..tentang perasaan, tentang manusia lain, tentang kejayaan dan segala-galanya...

Aku tertarik dengan blog seorang rakan, Nik (x BIO-M UMT), sejuk hati membaca segala isi blog yang dihidangkan...dengan halwa telinga Surah Al-Mulk, benar2 menenangkan hati yang sememangnyer tengah berkecamuk..Subhanallah..rase hampir dengan MU..Betapa aku sering jauh dari MU..ampunkan aku Ya Allah...

Kemudian beralih ke blog adek aku, Virtuoso , ade post br (warkah hati)...hurm..tersentuh betul baca warkah dari hati adek...hurm, sebagai seorang kakak aku mengerti... Dengan bilangan adik beradik yang hanya 3, kami memang rapat...kegagalannya baru2 ini benar2 membuatnya rasa
bersalah pada keluarga..namun pada aku setiap orang pasti akan gagal..tak kira Along, Aku atau adik..cuma yang penting, kita harus bangkit selepas kegagalan..kerana kegagalan akan terus mentertawakan kita andai kite terus duduk dan menangis...buat adek, be strong and dont give up..we always be behind u...Jangan lupa Allah sentiasa di sisi... Tegakkan tiang agama (solat 5 waktu), Allah akan sentiasa di sisi kala susah atau senang...la tahzan...


~klik pada gambar utk besarkan~

Kisah Rama-Rama dan Bunga

0 Kata Mereka
Seorang pemuda berdoa kepada Allah agar dia diberikan bunga dan rama-rama...

Namun, Allah memberikannya kaktus dan ulat...pemuda itu sedih dan tidak mengerti mengapa pemberiannya berbeza dari apa yang dimintanya...Terlintas di fikirannya bahawa Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan...lalu pemuda itu memutuskan untuk tidak mempersoalkan pemberian itu...

Selepas agak lama, pemuda itu terfikir semula tentang doanya...apa yang berlaku???

Pemuda itu terperanjat apabila kaktus yang hodoh dan berduri itu mengeluarkan sekuntum bunga yang cantik...ulat yang menguit2 dahulu bertukar menjadi seekor rama-rama yang sangat indah...

Lalu pemuda itu berfikir..segala yang Allah lakukan ada rencana yang terbaik walaupun pada mata seorang insan ia nampak seperti tidak menepati kehendak dan tidak betul...

Jika kita memohon sesuatu namun menerima selain dari yang diminta..la tahzan..percayalah Allah pasti mengurniakan apa yang kita pinta pada suatu masa yang sesuai...Apa yang kita mohon belum tentu apa yang kita perlukan...

Allah tidak pernah gagal memenuhi permintaan hamba-hambanya..."Berdoalah padaKu dan AKU akan makbulkan doa mu"...

Oleh itu, teruskan berdoa tanpa ragu...jangan mengeluh kerana DURI pada hari ini akan menjadi BUNGA pada hari esok...

Wednesday, January 14, 2009

Dan Apabila Sesuatu Itu Datang...

0 Kata Mereka



Mase sekolah dulu ustaz n ustazah selalu pesan...

"Hafal ayat seribu dinar..amalkan selepas solat Subuh dengan bacaan yang ganjil...Insya Allah kita akan terhindar dari kepapaan sepanjang keturunan"

Ya, semua pelajar menghafal...Tekun dan khusyuk..dan setiap kali usai solat Subuh berjemaah, meniti di bibir setiap makmum mengikut imam membaca Ayat Seribu Dinar ini...

Ayat ini secara generalnya bercerita tentang tawakal kepada Allah...

Namun kini, apabila pelajar2 itu telah dewasa...Membawa haluan masing2.. Dan dalam meredah onak duri mengejar cita-cita...Sesuatu yang dahsyat datang menimpa...Sesuatu dugaan hadir menyapa.. dengan jiwa muda hati memberontak...mulut mencemuh..kenapa???

Kerana...

Apabila sesuatu itu datang, pelajar itu lupa pada ayat yang telah dihafal semasa di sekolah dahulu...Ayat itu hanya meniti di bibir tetapi tidak pernah masuk ke dalam kalbu dan jiwa... Apabila dugaan menimpa, Allah seakan2 jauh dari diri..Astaghfirullahala'zim...

Dan bila sesuatu itu datang...Hanya pada Allah kita memohon...Hanya pada Allah kita mengadu...Kerana Allah maha Pengasih..Kerana Allah maha Penyayang..Kerana janji Allah itu pasti...Kerana setiap kejadian ada hikmahnya...Renung2kan

Selamat Pengantin Baru Along and Kak Hanim...

1 Kata Mereka
9 Januari 2009

Termeterai janji sehidup semati ikatan sah dua hati insan menjadi satu ; Muhamad Faiz bin Azizan dan Khairiah Hanim binti Ibrahim. Dengan sekali lafaz, Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Hurm, sebak gak...Kamcing ngan Along dr kecik then tetibe dah kawen dh..hehe..

Tahniah buat Along and Kak Hanim (or may I called Kak Long) . Semoga mahligai yang dibina akan kekal sehingga ke akhir hayat. Tak sabar nak dapat anak buah ni..hehe..asyik layan sepupu je..

10 Jan 2009 (Persandingan kat umah pengantin perempuan)

Tema kuning + silver

Walaupown aku bawak dulang jerk, aku tetap nebes tyme dengar bunyi kompang masa sambut ketibaan kitowang dr pihak laki kat umah pengantin pompuan (cam aku lak y kawen, ahakz). Meriah..siap dj n lagu2 60-an lg..layan geleng ala2 Jefry Din..hik3

11 Jan 2009 (Persandingan kat umah pengantin lelaki)

Tema hijau

Ari paling bz walaupown aku bukan pengantin mahu pun mak bapak pengantin..tapi aku ttap kna sambut tetamu gak..huhu..Time kasih pd y datang (Cikgu Azmi (GB SK Lui Muda), Dila (jaoh tu dr Perak), Tirah, Bie, Alin and family)..Sedey gak coz member2 UKM x de y dtg..huhu..

Aku suke part Along kena main ngan Pak Su (selaku juru silat separa bertauliah ari tuh)..tak cdg pown nak wat silat2 neh..tetibe jew..ahahaha..Pak Su pown, saje je pekena Along..dh la orang tgah kontrol macho lagi hancor tuh..Konon2 hulur tangan nak salam, tyme pengantin nak sambut terus bukak langkah lagi..ahaha..tak ke malu pengantin tuh..hak3.. Along said "Tunggu Pak Su kawen lak nanti"...ahahaha...

Malam tu kol 915 trus bertolak balik UKM..giler penat..huhu..neway Selamat Pengantin Baru Along n Kak Hanim...

*nnt aku upload gambo...

Thursday, January 8, 2009

Tagged by Ecah (again)..hehe

0 Kata Mereka
* Copy Badge '2008 Cute's Blogger Award' untuk diletakkan di blog anda.
* Link atau ceritakan kembali siape yang memberikan award ini kepade anda.




1. Mera sapse pyara purana dhost (kawan lame sy y dikasihi) -------@ Aishah

* Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya.

1. baru habis orientasi (dah tue2 pown kena orientasi gak..huhu) kat UKM for DPLI programme.
2. bz wat preparation for Along's wedding (this sunday - 11 Jan 2009)
3. mudah cam muke orang walaupown br sekali tengok (walaupown orang ru x knal aku)
4. x bley study kat tmpat terbuke (library), coz mate neh suke ngusha..eheh
5. br jadi penggemar donut (pas makan Big Apple)..dulu tgok Big Apple x de selera jew..coz bukan favourite..tapi, pas skali rase..nak lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!
6. tengah pening isi borang perjanjian kewangan (penjamin + saksi + pengesahan)...birokrasi!!!
7. rindu kat kengkawan y jauh di mate...especially Banun... = )
8. br bermimpi sebuah mimpi ngeri y sadis + sedih y buat aku rs bersalah pd sum 1..(sorry, no turning back)
9. dh lame gian tgok wayang..x dapek2..adus!! Bz manjang....
10. tgh blaja terime reality umo dh nk masok 23...huk3

* Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyertakan nama mereka di blog anda.

1. Aishah (coz die y bg tag neh)
2. Dila (walaupown die dh lme x on9, bior mate die berpinor wat tag2 y aku dh kirim..ahahaha)
3. Haziqah Diyana (old fwen)
4. Faizah Hanim (name depan same ngan aku)
5. Muna (dak comey y br pass with flying color in PMR)
6. Husna (SMKAP's fwen)
7. Putih (kucing aku)
8. Fasha (kucing aku gak...bini Putih)
9. Coklat gorami (ikan aku)
10. Sape masuk n bc post ni, wat la..ahahaha

* Jangan lupa untuk meninggalkan pesanan di blog pemenang award ini [eh anda kene tag la =p]

Tuesday, January 6, 2009

Kembalikan...

0 Kata Mereka
Sekelip mata aku merasakan seperti aku kehilangan sesuatu...Namun aku tidak pasti..
Kehilangan itu membuatkan aku lemah
Kehilangan itu membuatkan aku sedih
Kehilangan itu membuatkan aku menjadi penakut
Kehilangan itu membuatkan aku menjadi sisi gelap diriku
Hurm...
Ya, kini aku pasti..aku harus mencari kembali kehilangan itu
Kehilangan sebuah keyakinan
Keyakinan menghadapi onak duri
Keyakinan menghadapi manusia lain
Keyakinan untuk menerima kekurangan diri
Keyakinan untuk berdiri dan menjadi seperti insan lain...
Ya Allah!
Kembalikan keyakinanku
Agar aku bisa lebih kuat...
Sesungguhnya aku ingin menjadi diriku sendiri...

Dan Bila Dugaan Itu Datang..

0 Kata Mereka
Kiri Kanan
Depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang melanda
Bak singa lapar yang garang

Indah kan bait-bait lagu ni? Aku suka..bagi aku maksud yang tersirat di sebalik lagu ni sangat bermakna..Angin yang menderu dan hujan badai tu tidak pernah sirna dari perjalanan hidup aku..Sering menyapa dan adakalanya singgah untuk beberapa ketika ke dalam benak dan hati...

Pada masa itu, kekuatan mental dan ketabahan hati seharusnya menjadi peneman sejati..Namun sebagai seorang insan, aku sering lupa...Lupa ada kuasa yang Maha Agung yang bisa menghapuskan semua angin dan badai itu...Lupa dengan senjata yang paling berharga pada seorang mukmin, yang bisa membunuh 'musuh' dan 'bencana' yang datang menjengah..

Akibatnya, stress dan tekanan menjadi peneman setia, hingga terkadang aku hampir bertindak bodoh seperti manusia tanpa pegangan...Walhal telah diwasiatkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan untuk aku memacu pedati kehidupan sendiri...Wallahu'alam

Ya Allah!
Jika telah Kau takdirkan itu bahagianku
Titipkan aku
Kekuatan jiwa setabah Maryam
Kekentalan semangat sejitu Siti Hajar
Kerana aku butuh keduanya
Untuk menangkis seribu satu peluru dugaan cabaran
Yang Kau titipkan
Untuk menebalkan dinding iman dan takwa dalam jiwaku
Agar bisa ku tuju jalan redha-Mu
Aku mohon Ya Allah!

Saturday, January 3, 2009

Kembali Bergelar Pelajar

0 Kata Mereka
2 Januari 2009

Aku mendaftar di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dalam bidang Biologi. Setelah 6 bulan menganggur, kini bergelar pelajar kembali. Kali ini perasaan gementar tu macam tak de je, dah banyak kali masuk asrama kot, kebetulan ada juga rakan-rakan yang sama2 dapat menyambung pengajian di sini.

Di sini, pelajar DPLI di tempatkan di bawah kelolaan Pusat Siswazah, sama dengan pelajar2 Master. Tapi, kena gak orientasi. Sehari dah berlalu, tinggal lagi 4 hari...Huhu...

Tapi belajar kali ini matlamat memang dah jelas, untuk menjadi seorang guru. Apa2 pun, aku harap tahun ini akan lebih baik dari tahun yang sebelumnya.

Selamat Tahun Baru 2009

0 Kata Mereka
Hepi new year!!!

Walaupun sudah 3 hari berlalu, namun hari ini baru aku berkesempatan menulis di ruangan ini. Sedikit sibuk kebelakangan ini:

1) Menguruskan goodie bag untuk majlis perkahwinan Along nanti (2000 beg)

2) Membungkus 2000 bahulu, gula2 dan sumi

3) Menguruskan medical check-up untuk pendaftaran di UKM

4) Berdaftar di UKM

Namun, alhamdulillah...Semua sudah selesai... Sekarang tengah menjalani minggu orientasi..(dah tue2 pun nak orientasi lagi)....huhu...

Apa2 pun, azam aku tahun ni aku nak capai matlamat aku untuk menjadi seorang guru yang berjiwa guru...Semoga segala usaha aku akan dipermudahkan oleh Allah...Insya Allah

.::Solat::.