Kamsahamida... =)

Monday, January 18, 2010

~Putera Sulung~

Alhamdulillah
Untuk tahun ini
Dalam bulan januari sahaja sudah 2 berita gembira yang aku terima
Menutup segala kisah duka
Pertama
Posting ke Sarawak
Yang kedua
Menjadi mak sedare
Hehe

Tahniah buat Along dan Kak Hanim
Atas kelahiran putera sulung mereka
Kata Along nama yang telah dipilih ialah
Muhamad Hadif bermaksud yang mempunyai matlamat
Insya Allah
Semoga Muhamad Hadif membesar menjadi seorang yang sentiasa
mempunyai matlamat dalam hidup
Tidak terumbang ambing bagai kapal tidak bernakhoda (cewah ayat x bley blah)

Tiba-tiba teringat pulak cerita Dunia Baru..hehe
Muhammad Hadif lakonan Pierre Andre
Teringat telatah lucu umminya yang selalu berceramah
Kab Ba Ro Kab Ta Alif Nun
Dah ada gaya dah nak sebut nama anak sedara aku sorang neh
Hehehehe

Walaupun doktor bg due date 5th Feb
Tapi baby ni macam tau2 jer mak sedara die nie nk fly ke Sarawak next wik
Hehehe
Dapat ler tengok si kecik ni before fly
Terkilan la jugak
Tapi x pe...yang penting baby dan Kak Hanim selamat

Buat Along ngan Kak Hanim
Semoga menjadi ibu dan ayah yang terbaik buat Muhamad Hadif
Anak-anak adalah amanah dari Allah
Permata keluarga
Jangan dipersia-siakan
Kerana doa anak yang soleh merupakan salah satu perkara yang akan sentiasa mengiringi ibu dan ayahnya

Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan doa anak soleh yang mendoakannya (Hadith Riwayat Muslim)

0 Kata Mereka:

.::Solat::.