Kamsahamida... =)

Friday, November 27, 2009

.::Aidiladha Yang Sempoi::.

3 Kata Mereka
Salam Aidiladha....

Amacam dengan sambutan Aidiladha korang??? Hee...macam2 kisah kan??

Tahun ni Aidiladha paling sempoi skali sepanjang 23 tahun aku hidup kat dunia ni..Alhamdulillah..hehe

Lebih sempoi daripada aku raya sorang2 mase parent kat Sabah dulu...
Lebih sempoi daripada aku raya ngan member2 mase kat Terengganu dulu...
And sempoi daripada kau beraya masa baru lepas sehari turun dari Gunung Kinabalu dulu..dengan kaki n pinggang yang rasa macam dah nk tercabut dh..hehehe

A day before raya, aku n mak wat ketupat palas..hehe..walaupun nak beraya kat Johor, but tok Johor suke makan ketupat palas neh..Memang sodap pon..

Sampai umah tok malam Jumaat, hurm.... Sunyi.. Yang lain sume balik umah mentua..dah terbalik pulak jadual beraya famili aku ngan famili2 yang lain..aidilfitri dulu dorang sume dh balik Johor.. So, juz family aku ngan Mak Dut yg mmg dduk dekat ngan umah tok..hehe.. And Pak Su aku yang tah bile nk kawen tu..kui.. Nasib bek ade 2 org kazen ada kat umah tok..memeriahkan suasana..walaupun 2 org, mcm 20 org...bising yg amat..lagi2 bab berebut remote ngan Pak Su..haishh..hehe

Pagi raya... Nasi impit n kuah lodeh.. Kuah kacang.. No kueh raya...sempoi je kan??

Part paling x besh... Kol 830 pagi aku dah tergolek balik atas katil sampai kol 1045 pg.. oit2..bukan sebab kenyang makan ketupat n nasi impit... 'Sakit kepala mengganggu mud raya saiye'...hehehe... Bese la... 2 hari menahan sakit, ku telan jugak ubat tahan sakit tuh.. feeling better after bangun tido..hee.. Petang ziarah family Mak Long kat Keratong 1... Alhamdulillah, Pak Long dh beransur sehat.. Insya Allah akan operate mata Januari depan..semoga sume berjalan lancar nanti..

Hurm.. Then, gerak balik cepat.. Mak takot terlepas Nur Kasih last episode..hehehe... B4 balik, singgah solat kat masjid Rompin.. and ade sumthing yg menakutkan n tak berkenan btol berlaku kat masjid tuh..hurm..aku cite next post ler..hehehe...

Pape pun... selamat Hari Raya Aidiladha buat semua... Semoga segala pengorbanan yang dilakukan mendapat keredhaan dari Allah...

Tuesday, November 24, 2009

Please, trust me!!!

4 Kata Mereka
Dah selalu..kata dia 3 kali..ye..3 kali.. dan biasanya there's no more after 3.... enough.. for the 1st time, yup, its my fault...but for the 2nd n 3rd time I dont think it was me... it was someone that never put his faith on me... I am 23rd.. soon I am gonna be a teacher.. and on that time I hope that Borneo will call me there.. because I want to be far from them that never believe me.. I just want to show them that I can live apart from them... and I think that I already proved it since I was 16... for me he just act like being responsible.. but the truth is zero... I never seen that.. Apa yang aku selalu nampak ialah he never believe that I can do something different in my life... I'm sick of all of this!!!!!

Sunday, November 15, 2009

.:: K.O.S.O.N.G::.

8 Kata Mereka
Kanvas itu masih kosong

Bila mungkin ia akan berwarna-warni?

Jari jemari enggan menggenggam berus

Mata pula takut memilih dan bermain warna

Bimbang cantingan tak seindah yang diharapkan

Mana mungkin dipadam selain dikoyak terus kanvas itu

Jika dipadam pasti mengundang cela

Cela yang takkan pernah hilang

Selagi hati belum memberi kata putus

Kanvas itu akan terus kosong....

~ Peri Biru 09~
15 Nov 2009
0055




Monday, November 9, 2009

~jauh~

6 Kata Mereka
"....tapi ayat mesej ang trasa "jauh" " teman, sms 9.15 pm, 091109

" a'ah, ko sms pendek2 je, mcam x nak mesej ngan aku " alin.

"ang bz ka? kalo bz x pa la" anim suid.

Adoyai
Ari tue sms ngan sorang kawan neh..
Tetibe die cakap
"Aku rasa ang dh matured la"
Aku tanya balik
"Apsal?"
Dia jawab
" Ye la, cara ang mesej ak dh x mcm dlu.."
Aku dah mula rase tak sedap ati...
Bukan dia sorang, ramai dh yang cakap..
Aku tanya lagi
"ko terasa ati ke ngan aku?"
Dia cakap
"Tak la..tapi ayat msg ang trasa jauh"

Hurm....
Bukan die sorang..ramai lagi..
Buat kamu teman2
Bukan hati tak sudi membalas
Bukan mata tak sudi membaca
Tapi..
Aku...
Aku....
Aku malas nak taip panjang2...
YM pown same
Malas menaip
Kui3...
Sori yer...
Aku mmg mlas wat ayah penoh2...
So kalo korang tanya
"ko dah makan?"
Aku akan reply
"Dh"
Sori le aku tak reply camni
"Dah,, br je td..kat kedai mamak depan umah...char kuey teow ngan teh tarik..lambat gile mamat tu masak"
hee...
panjang kan??

So
lagi skali
jangan terasa ye...
Len kali ak try le taip panjang2
Tapi
kalo pendek gak
Sowi...hehehehe
(^_^)v

Friday, November 6, 2009

.::percaya::.

5 Kata Mereka
Naif
Satu sikap mudah mempercayai orang lain
Pada aku naif itu elok
Menjadi tidak elok apabila
Orang lain mengambil kesempatan di atas kenaifan seseorang

dan dari itu terbit kata-kata
"jangan naif sangat, dibodoh2kan orang nanti"
pada aku
orang yang membodoh-bodohkan itu la yang BODOH!!!

Kamu setuju???

~sukar percaya sesiapa walau keluarga n teman yang kamu anggap amat berharga dalam hidup~

.::tak sampai hati::.

2 Kata Mereka
Selalu kawan2 cakap
aku ni banyak cakap n suke bergurau
Hee..ayat yang slalu aku terima
"eee..pae ni ade2 je idea die"
dan aku akan tersenyum lebar menerima kata2 ini..hehe

dan sikap ini kadangkala buat aku dekat dengan orang
tak dinafikan kadangkala sikap ini membuat orang jauh dari aku
that's not the point here
apa yang aku nak ceritakan ialah tentang
kesanggupan hati menjatuhkan air muka orang lain

ada orang cakap
orang yang banyak mulut nie selalu sakitkan hati orang
hurm...
pada aku tidak semua
aku sendiri tidak sampai hati melihat kesedihan di wajah orang lain
andai kata terkadang aku tersilap
sama ada tutur atau perbuatan
pasti aku akan cuba membuat orang itu tersenyum kembali
walau senyum itu kelat
namun aku cuma mahu memastikan bahawa
aku tak bermaksud membuat mereka tersinggung

justeru setiap kali perbalahan
aku cenderung utk diam
pada aku itu yang terbaik

pada mereka yang sampai hati
aku cuma membalas dengan senyuman
setiap perbuatan dan tutur kata mereka
walau hati seperti bara menanti marak
untuk apa aku simbah dengan minyak tanah???
hanya akan meleburkan hubungan teman dan sahabat menjadi abu

oleh kerana senyum itu selalu dibibir
mereka terus dengan sikap mereka
bercakap tanpa berfikir
mengusik tanpa henti
apa perlu aku menjauhkan diri??
baru mereka tahu rasa sebenar ku
mungkin tak perlu

buat teman2
aku cuma berharap
agar tiada perbuatanku yang menyakiti kamu
tiada lakuku yang membuka aibmu
jika ada
maaf
walau pasti kamu sukar melupakan
namun cukup kamu memaafkan
terima kasih...

Wednesday, November 4, 2009

~ bukan ~

0 Kata Mereka
menolak bukan benci
menerima bukan suka

bimbang hati bila menolak
akan menyesal seumur hidup

bimbang hati bila menerima
tidak pernah akan ikhlas sepanjang usia

biar masa menentukan
kerana janji Allah itu pasti

(^_^)

.::Solat::.