Kamsahamida... =)

Wednesday, September 16, 2009

.::I.K.H.L.A.S::.

IKHLAS…

1 perkataan yang cukup mudah dilafaz

1 perkataan yang cukup ringkas

1 perkataan yang bias dituturkan oleh semua..sesiapa

Namun

Sejauh mana ungkapan ikhlas itu???

“Ikhlas itu adalah milik Allah, dan diberikan dalam hati-hati insan yang dikehendakinya”

Sukar sebenarnya untuk mengikhlaskan diri atau lebih tepat lagi hati. Selagi kita masih teringat segala kebaikan yang kita pernah lakukan, selagi terbit rasa bangga atau riak hatta sebesar zarah tatkala kita melakukan kebaikan, tatkala terdetik sesal selepas menghulurkan bantuan atau pemberian, pada saat itu aku sedar dalam diri ini masih belum punya IKHLAS. Walau diusir segala macam perasaan riak, bongkak, sombong, takbur, sesal dan cuba diganti dengan perasaan IKHLAS, namun ternyata amat SUKAR. Sesungguhnya aku amat berharap agar satu hari nanti rasa IKHLAS ini akan ditiupkan ALLAH ke dalam hati aku dan semua… Agar tiada lagi ungkit-mengungkit, tiada lagi rasa terhutang budi yang teramat sangat sehingga tergadai peribadi.. Ya ALLAH, titipkanlah KEIKHLASAN ke dalam hati setiap hamba-Mu di muka bumi ini Ya Allah…

2 Kata Mereka:

aiXat.MR said...

ahh..
terase..
huhu~
=P

.::Nur Faizah Azizan::. said...

aizat: erk..terase ke?? x niat pown =p ...hahaha..pape pown sme2 la kite beringat yek..

.::Solat::.