Kamsahamida... =)

Friday, December 11, 2009

~Memaafkan dan melupakan~

Memaafkan dan melupakan....Cakap memang senang...Lagi2 kalau kita berada di tempat pemberi nasihat, pandangan dan pendapat...Tapi luka yang tak nampak itu sebenarnya susah nak sembuh...Nak disentuh tak boleh inikan pula nak diubati...Nak taruk iodin??? hehehe

Sejak beberapa bulan ni aku perasan sesuatu... Tentang diri aku yang susah nak lupakan sesuatu yang berlaku pada aku...Lagi2 kalau yang berlaku itu melibatkan banyak pihak...

5 tahun lepas ada seseorang yang buat aku rasa marah dan bengang sangat...Setahun aku amalkan dasar tutup mulut... Then, after a year, aku dah boleh maafkan orang tu... But, still not let the bad memory out of my mind... After 5 years, I mean, now... Baru ler perkara yang x besh tu completely hilang dari fikiran aku...And, buat kamu, semuanya sudah saya lupakan... (",)

Masa sekolah dulu, cikgu selalu cakap, ingatlah setiap kebaikan orang pada kita, lupakan kejahatan mereka pada kita... Masa tu aku dengar and wat biasa je... Rupanya bukan senang nak buat benda tu... Memerlukan kekuatan mental yang sangat tinggi... For me, it's all about EGO... Oyeah? Maybe....

Apa-apa pun, selepas 1 perkara itu dilupakan, rasa ringan sangat kepala ni..hehe...and harap-harap lepas ni takde lagi peristiwa-peristiwa yang menganggu fikiran aku (walaupun ade la gak seketul dua neh)...

Pada Yang Maha Kuasa, aku mohon ketabahan hati, kekuatan semangat dan keyakinan yang tinggi... Sekali lagi buat kamu, saya dah lupakan semuanya...

4 Kata Mereka:

Helang Hijau said...

"thumbs up"

.::Nur Faizah Azizan::. said...

zaki: sampai ke blog ko bawak sawan thumbs up ko ek...hahahaha

husna said...

hurm...susah ek...5 thn br bleh lupa....dalam sgt luka tue...iodin pun xleh sampai....hope kau dah ok skrg.....kau mmg kwn aku yg plg kuat...bkn dr aspek fizikal...tp...dalaman....nak bg "thumb up" jugak....=)

.::Nur Faizah Azizan::. said...

husna: huhuhu...tqvm fren..dulu ye..kuat...skarang mcm dh x sgt kot..huhu...rindu diri sendiri yg dulu..

.::Solat::.