Kamsahamida... =)

Monday, October 26, 2009

~ Hampir Berakhir-buat teman2 DPLI UKM Jan 2009~

0 Kata Mereka
Julai menanti Ogos
Ogos mencari September
September menunggu Oktober...
Untuk menamatkan sebuah perjalanan bernama 'praktikal'
Dan kini 23 Oktober telah berlalu
Muncul 26 Oktober
Hari menyiapkan mental dan fizikal untuk curahan idea dan kata-kata
Membentangkan kajian yang tidak seberapa
Hehe...
Selesai sudah 930 pagi tadi...
Malam esok pula...27 Oktober 2009
Malam graduan...
Hitam putih tema pilihan
Malam Seribu Bintang kata mereka yang bergelar 'orang kuat'
aku ikut sahaja
Terima kasih ya kamu2 semua yang bertungkus lumus untuk
kolokium dan malam graduan

Usai 27...selesai...
Perjalanan bakal guru
Menanti hasil usaha yang dituai pada musim tuaian kedua dan ketiga (semester dua n tiga lew...hehe)
Apa hasilnya baik dan bisa dibanggakan ibu dan ayah
Apa bisa memujuk hati jika hasilnya sekadar cukup
Tawakal hanya pada Yang Esa...

Buat semua teman seperjuangan DPLI UKM Jan 2009...tahniah buat kamu...usai berkuliah selama 7 bulan...usai menimba pengalaman di madrasah pilihan atau mungkin ada yang ditakdirkan (bukan pilihan maksudnya..hahahaha)...yang baik dijadikan teladan...yang jelek jangan dibuang, jadikan ia pengajaran... Kerana guru yang terbaik adalah pengalaman... Semoga berjaya kelak..bergelar guru berjiwa pendidik.... (^_^)v

Tuesday, October 20, 2009

.......................

2 Kata Mereka
aku marah...
aku down...
aku bengang...
aku rase nk ckp *@%^$#*^...
titik.

Monday, October 19, 2009

So what? I'm pregnant ok!!!

4 Kata Mereka
Smalam turun Melaka ngan Alin
Nak shopping le kunun
Cari baju for dinner n baju jalan

Jalan punye jalan jumpe tudung...
Menepati tema dinner
Ok..angkat 1..
Jalan lagi...
Beg pulak...ok..puas ati..
Angkat 1...

Jalan lagi..jalan lagi...jumpe blaus chumel
Test2..Pikir2...
Eh2..terbeli plak..muahahaha
Jalan2 lagi..baju dinner lom jumpe..
Merewang2 masuk kedai
Asal kedai baju je masok
Sampai 1 kedai
Jumpe 1 baju
Ok kowt...tapi may be mcm besor sket..
Alin dh pegang..
Komen2..
Then tetibe amoi or maybe aunty kot datang kat kitorang
Dia cakap
"Ini baju mengandung (slang cina ok)"..dengan muke yg agak ketat.
Aku dh x leh tahan
Terburai ketawa...
Tahan gelak jap
Thanx kat aunty tu...kuar gi kedai depan..gelak puas2 kat kedai depan..
Alin sampai nk terkucil gelak...
Muahahahahahahaha
Then aku terpikir
Apsal akau x jwb je.....

"So what? I'm pregnant ok...!!!"

Bley?

Moral: B4 masuk kedai tengok signboard dl k...

Saturday, October 17, 2009

.::Bukan Yang Terbaik::.

0 Kata Mereka
" Saya doakan kamu bertemu dengan orang yang sebaik kamu," Teman-16.10.09-4.01 pm

Setiap insan mahukan yang terbaik dalam hidup mereka
Aku mahu
Kamu juga pasti mahu
Semua orang juga mahu
Tipu jika mereka katakan mereka sudah ketemu yang terbaik
Hakikatnya di penghujung bicara tentang yang terbaik itu
Terlepas satu keluhan berat
Itu bukan terbaik, itu cuma berpuas hati setakat apa yang ada...

Pada aku
Aku masih mencari yang terbaik dalam hidup
Peribadi
Akhlak
Akademik
Kerjaya
Teman hidup
dan Cinta

Siapa mahu kecewa?
Siapa mahu tergelincir terus jatuh ke dalam gaung kemusnahan
Tanpa ada keajaiban yang bisa membawa kamu keluar dari situ
Kamu mahu???
Aku tidak...

Terus...aku cuma berusaha
Melakukan yang terbaik
Moga segala tingkah dan watak tidak pernah menjengkelkan mata yang memandang
Moga tutur dan bicara tidak pernah memberi kudis pada telinga yang mendengar
Moga mata yang melihat tidak akan kabur dek pandangan duniawi semata
Moga tanaman ilmu yang ditanam dan dibajai mendapat hasil semaian yang lumayan
Moga teman yang bakal menemani hidup di dunia dan akhirat adalah yang terbaik
Menegur khilaf dengan senyuman
Memarahi dengan nasihat
Mengajar dengan tauladan

Usai usaha aku bertawakal
Moga diberkati segala penat lelah
Kerana aku pasti
Hanya yang terbaik dari-Mu
Ilahi

*Bertemu sesuatu...sunat hajat jadi penentu...agar jika baik diteruskan, jika tidak dihentikan...memohon petunjuk atas nama kebaikan dan keburukan...dan jawapan telah terungkai...dan pasti...BUKAN YANG TERBAIK...cuba lagi~

Monday, October 12, 2009

.::Cerita tentang sahabat::.

0 Kata Mereka

Bercerita tentang sahabat…

Kata orang sahabat ialah seorang yang sentiasa bersama kamu

ke mana-mana pun dia pasti bersama kamu

dan kalau dia tiba-tiba menghilang

kamu akan rasa dia sudah jauh dari kamu

Dulu

Ya

Pada aku itu adalah sahabat

Kini

Pengalaman mematangkan fikiran

Sahabat pada aku adalah seseorang yang berani menegur khilafku

Sahabat pada aku adalah seorang yang walau dia jauh

Dia masih memahami luar dan dalamku

Memahami keresahan, kesunyian, kegembiraan dan kebahagiaan serta jatuh bangunku

Walau tangan dihulur tidak kan sampai

Kata-kata hikmah dan semangat terus dititipkan

Agar tembok ketabahan terus kukuh

Agar keyakinan diri terus berada di puncak

Dan aku sedar kini aku sudah punya sahabat itu sejak dari zaman pengajianku lagi

Sahabat-sahabat yang sentiasa memberi semangat

Walau sudah bertahun tidak berkongsi cerita bersama

Terpisah bukan kerana benci tapi cita-cita

Berazam membaiki kehidupan masing-masing

Berazam mengejar impian

Pada kamu sahabat-sahabat

Aku rindu pada saat kita bersama dahulu

Jauh hati, marah, sedih dan geram pada masa itu kini kenangan manis pada aku

Ku dedikasikan kata-kata ini buat kamu sahabat

semoga ikatan yang terjalin dengan nama persahabatan ini

akan terus erat dan akrab

hingga ke akhir hayat

Dan kerana kamu sahabt

Aku sedar bahawa dir ini masih disayangi…

Terima kasih

~Buat Hanim dan Alin, kamu benar2 membantu semalam..terima kasih~

Wednesday, October 7, 2009

.::Jangan Kau::.

0 Kata Mereka

Jangan kau tertawan
Senyuman yang manis itu
Kerana dalam manis itu
Mungkin ada pahitnya

Jangan kau terbuai
Suara yang merdu itu
Kerana dalam merdu
Mungkin ada sumbangnya

Jangan kau tergoda
Luaran wajah yang cantik molek itu
Kerana dalam cantik
Mungkin ada jeleknya

Jangan kau terpikat
Kata-kata manis itu
Kerana dalam kata itu
Mungkin ada bohongnya

Jangan kau...
Jangan kau memandang hanya luaran
Kerana yang zahir belum tentu kebenaran
Dan kerana yang tertutup itu
Adakala lebih indah

Jangan kau hina
Kejelekan di hadapanmu
Kerana di sebalik jelek
Ada indahnya

Kenali seseorang melalui budi pekertinya
Bersama dengannya di kala susahnya
Tika itu kamu pasti nampak
Keutuhan hati
Kecekalan semangatnya
Dan pada saat itu....
Kamu sudah pasti dapat menilai...
Antara kaca dan permata

.::Solat::.