Kamsahamida... =)

Saturday, August 29, 2009

.::Menghapus Jejak::.

2 Kata Mereka

Ku jejaki jejak mu
Bukan untuk mengekori
Sekadar untuk memerhati
Dari jauh sudah pasti

Ku jejaki jejak mu
Biar bertahun baru ketemu
Yang pasti kini
Ku pasti tujuan ku menjejaki kamu

Ku jejaki jejakmu
Sudah ku ketemu
Dan kini
Ku hapuskan jejakmu
Pergilah kamu dengan derap langkahmu
Dan aku dengan derap langkahku
Yang belum pasti di mana destinasiku
Buat kamu yang sudah pasti
Jangan pernah berpaling pada jejakmu dahulu...

~ku meniti satu jejak, untuk ku hapuskan lenyap dari kamus hidupku~

~peri biru 09~

Thursday, August 27, 2009

.::kenangan itu::.

0 Kata Mereka
Alhamdulillah, hari ni masuk hari ke 6 umat Islam berpuasa...sepanjang 6 hari ini baru 2 kali aku ke bazaar ramadhan... Coz duduk rumah kan... kalo x kompom ari2 berbuke ngan air tangan mak cik2 bazaar..hehe

Namun, Ramadhan tahun ini aku dpt rasa kehilangan...Kehilangan sesuatu yang aku tak dapat mase aku berpuasa zaman kanak2 dulu...

1. Keihklasan

kata orang Ramadhan ni boleh tambah rezeki... meniaga.. tapi pada aku kalau nak meniaga bukan untung yang diutamakan, tapi kebersihan makanan.. aku mengomel coz smalam aku dah nampak kuih lompat tikan + seurat rambut dan juga bubur lambuk + seurat rambut jugak... plus persekitaran kawasan meniaga yang memang x bersih... aku cakap kat ayah aku "ni kali pertama and terakhir dtg cni"...

2. Bersedekah

Dulu masa kecik2, bile lepas asar je mula la wat2 muke penat, bukan nak berbuka tapi malas nk gi antar juadah berbuka umah jiran..hahaha... tapi taktik x menjadi, mak cakap "pergi cepat" terus bangun capai beskal... pas satu rumah ke satu rumah.. balik ke rumah semula dengan mangkuk2 berisi kuih-muih lain.. miz that moment.. wonder why amalan tu makin lame makin lupus... harap2 takkan terus terkubur..

ermm... dua benda tu je yang aku nampak setakat ni... ape pon aku rindu zaman kanak2 aku... rndu pd sahabat2 lme @FELDA Umas2 Tawau n FELDA Sahabat Lahad Datu

Thursday, August 20, 2009

~Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan~

0 Kata Mereka
Alhamdulillah...masih diberi nikmat hidup dan iman dari Maha Esa.. Masih diberi peluang memperbaiki kesilapan diri dan bertaubat pada Yang Maha Pengampun...

Ramadhan tahun ini adalah yang kedua aku sambut dan bergelar guru... Tahun ini mungkin cabaran itu akan menjadi lebih hebat... Dengan pelajar yang ku kira kurang akhlaknya (harap mereka masih boleh dibentuk)... Ramadhan tahun ini aku harap akan membawa sinar hidayah pada aku, keluarga dan pada anak muridku di sini yang saban hari akan membuat kau menggeleng kepala, tersenyum itu jarang sekali... Maafkan aku jika aku mengeluh.. Kini mengerti tugas seorang pendidik itu amat berat...

Alhamdulillah awal Ramadhan tahun ini Insya Allah akan disambut di rumah bersama keluarga tercinta... Kebetulan 1 Ramadhan jatuh pada permulaan cuti sekolah... Rinduuuuuuuuuuu sangat pada mee kuah utara, cucur udang and kuah kacang mak... huhu..kecur air liur dibuatnya..

Satu lagi yang dirindui bulan puasa ni, berjemaah tarawih dengan teman2 di asrama...hurm...bila lagi nk rasa saat2 macam tu kan.. yg kelakar, after iftar kat dewan makan, dengan nakalnya membaling biji kurma dalam tray, memecahkan kesunyian senja teman2 lain menikmati juadah berbuka air tangan mak cik dewan makan... miz that moment...

Apa pun, buat semua SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN, HIASI IA DENGAN DOA DAN IBADAH KERANA DI DALAMNYA TERDAPAT MALAM YANG LEBIH BAIK DARI SERIBU SATU MALAM... SEMOGA SEGALA AMALAN KITA DITERIMA ALLAH...AMIN

Wednesday, August 12, 2009

.::Ku Temu Damai Di Situ::.

0 Kata Mereka
Hanya seketika aku di situ
Bersama anak-anak istimewa
yang sentiasa tersenyum
Bagai tiada beban di pundak mereka
Bagai tiada rintangan di minda mereka

Kali pertama ku jejakkan kaki di sini
Untuk mencurah ilmu yang hanya sekelumit
Ku akui hati ini separuh rela
Kerana bukan ini yang kujangkakan
Antara mahu dengan tidak

Kini hatiku masih di situ
Kerana di situ
Ku temui kedamaian
Kerana di situ
Ku temui ketenangan

Redup mata setiap yang memandang
Seolah mengharapkan aku memahami mereka
Walau hanya sedikit
Kerana bukan mudah menyelami hati manusia

Hari ini aku ke situ lagi
Walau seharusnya kelas ku batal
Namun aku lebih gembira untuk terus di situ
Mendengar alunan ayat suci Al-Quran yang dihafaz

Padaku ibu bapa mereka bertuah
Punya anak yang sudah dijanjikan syurga buat mereka
Diberi nilai tambah pandai mengaji dan menghafaz
Walau idghamnya tidak sempurna
Namun itu bukan salah mereka
Kerana telah dijadikan Pencipta mereka begitu
Kagumnya kerana mereka masih mahu belajar

Maha Adil Mu ya Allah
Semoga akan sentiasa
Ku bertemu damai di situ

~Kelas Pendidikan Khas SMKSM : Minggu Bidang Kemanusiaan~

.::Solat::.