Kamsahamida... =)

Friday, April 24, 2009

.::Jangan Kau...::.

Jangan kau tertawan
Senyuman yang manis itu
Kerana dalam manis itu
Mungkin ada pahitnya

Jangan kau terbuai
Suara yang merdu itu
Kerana dalam merdu
Mungkin ada sumbangnya

Jangan kau tergoda
Luaran wajah yang cantik molek itu
Kerana dalam cantik
Mungkin ada jeleknya

Jangan kau terpikat
Kata-kata manis itu
Kerana dalam kata itu
Mungkin ada bohongnya

Jangan kau...
Jangan kau memandang hanya luaran
Kerana yang zahir belum tentu kebenaran
Dan kerana yang tertutup itu
Adakala lebih indah

Jangan kau hina
Kejelekan di hadapanmu
Kerana di sebalik jelek
Ada indahnya

Kenali seseorang melalui budi pekertinya
Bersama dengannya di kala susahnya
Tika itu kamu pasti nampak
Keutuhan hati
Kecekalan semangatnya
Dan pada saat itu....
Kamu sudah pasti dapat menilai...
Antara kaca dan permata

~Peri Biru 09~

-Mencari sebutir permata di dalam timbunan pasir..adakah ketemu???-

2 Kata Mereka:

aiXat.MR said...

insyaAllah..
;)

.::F.A.I.Z.A.H::. said...

aiXat.MR: Insya Allah..thanx... ;)

.::Solat::.