Kamsahamida... =)

Monday, April 4, 2011

.:Yang Pahit Itu Indah:.

0 Kata Mereka
"Baru ku sedar kenapa tercipta kesepian
kenapa hidup harus berpasangan
kerana Tuhan mahu menyatakan cinta-Nya
kepada kita insan"

Sepi...
Rasa yang selalu hadir sekarang
Biar riuh mereka di sekeliling berbicara
Biar gamat tawa mereka
Aku tetap sepi...sunyi
Walau bibir turut berbicara
Walau bibir turut mengukir senyum
Adakala diri ini mengundang tawa
dengan jenaka
Tapi semua itu untuk mereka
bukan untuk aku

Masih menanti yang hilang kembali
Mustahil
Kerana "hilang" nya bersama yang lain
Mungkin kata lain
Dia sedang "pergi"
Jauh...dan tak berpaling lagi
Jauh meniti fasa-fasa kebahagiaan
Tanpa dia sedar ada yang menanti..
Ada yang sentiasa mengharap keajaiban terjadi
Ada yang sentiasa mengenang

Realiti
Aku berjalan menyusuri jalan kenangan seorang diri
Tiada teman
Tiada dia...

Realiti
Aku harus melupakan
Aku harus mendoakan kebahagiaan
bukan mengharapkan perpisahan

Bagi kamu yang sedang memimpin tangannya meniti fasa kebahagiaan
Jaga hatinya
Kerana dia pencinta setia
yang sanggup menanti bertahun lama
Hingga lelah..lalu pergi

Realiti...
Aku rasa kosong..
Sungguh..

:'(


~Dia kini hanyalah kenangan...biarkan dia melakar kenangan di dalam hati yang lain~

.::Solat::.