Dan apabila
Kebenaran mulai tersingkap
Sedikit demi sedikit
Kenapa hati perlu bersedih?
Dan apabila
Yang samar beransur jelas
Kenapa perlu mata ditutup rapat
Hanya kerana yang di hadapan itu
Bukan yang diharapkan
Dan apabila
Yang kabur beransur terang
Kenapa perlu masih memegang kanta
Pecahkan saja
Kerana kenyataan itu
Bakal mengaburkan hati
Dan apabila
Yang terpendam tak mampu terluahkan
Jangan disalahkan hati kerana menyinta
Jangan disalahkan hati kerana mengagumi
Kerana hati dan perasaan adalah anugerah yang paling berharga
Dari Yang Maha Esa
Dan apabila
Rasa putus asa menyapa
Pastikan tangismu hanya untuk satu malam
Esoknya bangun dengan kekuatan
Bangun dengan senyuman
Bangun dengan satu keyakinan
Bahawa pasti ada yang tercipta buat kamu
Cuma masanya belum tiba
Untuk kamu mengenali, mencintai dan menyayangi
Dan yang pasti
DIA Maha Mengetahui
Berdoa yang tak pernah putus
Pasti akan dimakbulkan
Insya Allah
Amin
~Peri Biru~