Bercerita tentang sahabat…
Kata orang sahabat ialah seorang yang sentiasa bersama kamu
ke mana-mana pun dia pasti bersama kamu
dan kalau dia tiba-tiba menghilang
kamu akan rasa dia sudah jauh dari kamu
Dulu
Ya
Pada aku itu adalah sahabat
Kini
Pengalaman mematangkan fikiran
Sahabat pada aku adalah seseorang yang berani menegur khilafku
Sahabat pada aku adalah seorang yang walau dia jauh
Dia masih memahami luar dan dalamku
Memahami keresahan, kesunyian, kegembiraan dan kebahagiaan serta jatuh bangunku
Walau tangan dihulur tidak kan sampai
Kata-kata hikmah dan semangat terus dititipkan
Agar tembok ketabahan terus kukuh
Agar keyakinan diri terus berada di puncak
Dan aku sedar kini aku sudah punya sahabat itu sejak dari zaman pengajianku lagi
Sahabat-sahabat yang sentiasa memberi semangat
Walau sudah bertahun tidak berkongsi cerita bersama
Terpisah bukan kerana benci tapi cita-cita
Berazam membaiki kehidupan masing-masing
Berazam mengejar impian
Pada kamu sahabat-sahabat
Aku rindu pada saat kita bersama dahulu
Jauh hati, marah, sedih dan geram pada masa itu kini kenangan manis pada aku
Ku dedikasikan kata-kata ini buat kamu sahabat
semoga ikatan yang terjalin dengan nama persahabatan ini
akan terus erat dan akrab
hingga ke akhir hayat
Dan kerana kamu sahabt
Aku sedar bahawa dir ini masih disayangi…
Terima kasih
~Buat Hanim dan Alin, kamu benar2 membantu semalam..terima kasih~
0 Kata Mereka:
Post a Comment