Kamsahamida... =)

Sunday, September 25, 2011

Perubahan

0 Kata Mereka
Salam 1 Malaysia.. ^_^

Pernah tak korang terfikir nak berubah..sudah tentu ke arah yang lebih baik. Kalau pernah, apa yang perlu kamu lakukan ialah membuka hati dan fikiran kamu seluas-luasnya untuk menerima apa saja jenis teguran dan sindiran.

Me myself suatu ketika dulu memang sorang yang pantang dengan sindiran dan teguran. Serius. sekali kena sindir atau kena tegur mesti terus melenting then tarik muka masam. Ego dan marah tak bertempat. Hehe...malu  pulak bila fikir2 balik.

Tapi fikiran dan pengalaman semakin mendewasakan kita. Tak salahkan kalau apabila seseorang menegur kita, kita terima denga fikiran yang terbuka. Ambil dan teruskan berfikir. Kadang2 cara orang mmg nampak macam mengutuk, tapi perkara tu betul kan? Kalau betul, tak salah kita ambil langkah dan berubah. Kita senang hati, orang2 yang menyindir dan mengutuk tu pon akan tutup mulut.

So, jom. Kita buka minda..buka hati.. Bak kata Fadilah Kamcang (Johan) selami jiwa, selami hati, selami lautan dalam... ^_^

Friday, July 8, 2011

~Buah Hati Baru~

0 Kata Mereka


Alhamdulillah
4 Julai 2011 pukul 3.02 petang
Bertambah seorang lagi anak saudara

Muhamad Hafiy bin Muhamad Faiz
So dah ada 2 hero dalam family Along
Dalam hati meronta-ronta nak balik
Tapi kena tunggu raya jugak
Huhuhu~

Semoga Hafiy dan Abang Hadif membesar menjadi anak2 yang soleh dan berbakti pada ibubapa, keluarga, masyarakat dan agama.


Muhamad Hafiy

Abg Hadif caaayanggg adik.. ^_^

Tuesday, May 10, 2011

~Jom Follow~

4 Kata Mereka
ALHAMDULILLAH
SEMAKIN HARI SEMAKIN CUBA MENCARI PERUBAHAN DALAM DIRI
PERUBAHAN YANG PORSITIF
NAK MENINGKATKAN KEMAHIRAN DIRI

BARU-BARU NI AKU DENGAN WA BANUN DAH START SATU BISNES KECIL-KECILAN
NAK BELAJAR-BELAJAR BERBISNES PULAK
UNTUNG BATU TENGGELAM, UNTUNG SABUT TIMBUL
TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI, TUAH MANUSIA SIAPA YANG TAHU..KAN?
REZEKI TU DI TANGAN ALLAH..,
KITA SEBAGAI HAMBA KENA LA USAHA

BERBEKALKAN KEAZAMAN (CHEWAAAAHHH)
MAKA TERCIPTA LA BLOG FSCHANTEQUE
BUAT PERMULAAN, KAMI MENJUAL PENDRIVE
BUKAN SEMBARANGAN PENDRIVE TAPI PENDRIVE YANG CUTE DAN CHUMEL
JEWELLERY PENDRIVE
KALAU NAK TENGOK BOLEH LA KE BLOG KAMI ATAU KE FACEBOOK FSCHANTEQUE

KALAU BERKENAN APA LAGI, JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA..HEHE
KALAU DAH HABIS STOK, JANGAN RISAU...
BAGI TAHU KAMI DAN KAMI AKAN ORDERKAN LAGI UNTUK KORANG..

SO, JOM FOLLOW... HEHE

Monday, April 4, 2011

.:Yang Pahit Itu Indah:.

0 Kata Mereka
"Baru ku sedar kenapa tercipta kesepian
kenapa hidup harus berpasangan
kerana Tuhan mahu menyatakan cinta-Nya
kepada kita insan"

Sepi...
Rasa yang selalu hadir sekarang
Biar riuh mereka di sekeliling berbicara
Biar gamat tawa mereka
Aku tetap sepi...sunyi
Walau bibir turut berbicara
Walau bibir turut mengukir senyum
Adakala diri ini mengundang tawa
dengan jenaka
Tapi semua itu untuk mereka
bukan untuk aku

Masih menanti yang hilang kembali
Mustahil
Kerana "hilang" nya bersama yang lain
Mungkin kata lain
Dia sedang "pergi"
Jauh...dan tak berpaling lagi
Jauh meniti fasa-fasa kebahagiaan
Tanpa dia sedar ada yang menanti..
Ada yang sentiasa mengharap keajaiban terjadi
Ada yang sentiasa mengenang

Realiti
Aku berjalan menyusuri jalan kenangan seorang diri
Tiada teman
Tiada dia...

Realiti
Aku harus melupakan
Aku harus mendoakan kebahagiaan
bukan mengharapkan perpisahan

Bagi kamu yang sedang memimpin tangannya meniti fasa kebahagiaan
Jaga hatinya
Kerana dia pencinta setia
yang sanggup menanti bertahun lama
Hingga lelah..lalu pergi

Realiti...
Aku rasa kosong..
Sungguh..

:'(


~Dia kini hanyalah kenangan...biarkan dia melakar kenangan di dalam hati yang lain~

Tuesday, March 1, 2011

Jubli Perak... =D

2 Kata Mereka


Layan gambar dulu....


Hadiah dr anak murid... =D

Hadiah n kad dr cik waa ngan kak kasma... =D

Putun kek..ngee

Kek dr students

Kek dr cikgu2 n ppm pend khas


1 Mac 2011
Genap usia 25 tahun
jubli perak
hehehe...

Sepanjang 25 tahun
Ulangtahun kali ni bagi aku ialah yang paling istimewa
Sangat gembira
Walaupun jauh di rantau orang
cewahhh
hehehehe

Pagi2 lagi dah ade seprais party dari cikgu2 dan ppm pendidikan khas
Walaupun terpaksa redah hujan lebat
Dorang sanggup jugak tu keluar beli barang dan kek
Huhu
Terima kasih banyak-banyak
Petang pulak
Budak2 buat besday party lg
Dua kali potong kek tahun ni
hehehe
Alhamdulillah

Terima kasih pada sume yang wish kat henset, kat fb, pakai mulut
Semoga kalian juga diberkati Allah selalu


Friday, February 4, 2011

^_^

2 Kata Mereka

Haluuuuu...lpas 1 Jan ari tu, ni la latest update utk blog neh..hehehe...bukan takde masa, tapi malas..hehehe
Januari dah pun berlalu, menempuh Februari pulak...alhamdulillah..Tahun 2011 ni pada aku bermula dengan baik..

1. Guru pendidikan khas

Ni la cabaran terbaru untuk tugasan sebagai seorang guru tahun ni..menguruskan akaun (biasiswa pelajar khas).. kelas baru..pelajar baru..macam2 karenah..apa pun, kesabaran tu memang penting...Setakat ni masih belajar di kelas biasa..Tak lama lagi siap bangunan pendidikan khas sendiri..sip tadas n dapur sume..hehe..bestttt

"Apa cabaran mengajar kelas ni ye? tengok handout macam ajar sekolah rendah je..bestnyerrr"

"Cabaran die perlukan kesabaran yang tinggi..sebab IQ dorang sangat rendah..belajar 3 huruf pon boleh cecah abes 2 waktu.."

p/s: salah satu sebab beli kete pon sbab mudah nak bawak budak2 ke Mukah amek duit...

2. Dah ada "buah hati"

Hehehehehe...Buah hati pengarang jantung... Mr. Q nama die... dulu penah tulis nak beli viva elite kan? alih2 terbeli myvi pulop..ngeh3x...jangan mare...untuk keselesaan masa depan jugak..hehe

Mr.Q warna oren... (^_^)

3. Teman baik baru

Mule2 nak angkat Mr. M...tp dh x de stok..so terpaksa angkat Mr. Y...hehe..ape yg Mr2 ni???

Laptop ler...walaupun sayang lg dgn yg lame tp terpaksa jugak beli..saiz punye pasal..berat lak tu... so, skarang neh berteman dengan VAIO Y series... =D

Saturday, January 1, 2011

1.1.11

2 Kata Mereka
tahun baru datang lagi
ada yang gembira
ada yang berduka
ada yag risau umur bertambah
ada yang sedih kerana 2010 ibarat sia2
apa2 pun
melangkah ke tahun baru
semangat pun mesti baru
tingkatkan amal dan bekalan
perbaiki mutu sebagai guru
tempuhi semua dengan senyuman....
selamat tahun baru..
(^_________________________^)

.::Solat::.