Kamsahamida... =)

Saturday, October 17, 2009

.::Bukan Yang Terbaik::.

" Saya doakan kamu bertemu dengan orang yang sebaik kamu," Teman-16.10.09-4.01 pm

Setiap insan mahukan yang terbaik dalam hidup mereka
Aku mahu
Kamu juga pasti mahu
Semua orang juga mahu
Tipu jika mereka katakan mereka sudah ketemu yang terbaik
Hakikatnya di penghujung bicara tentang yang terbaik itu
Terlepas satu keluhan berat
Itu bukan terbaik, itu cuma berpuas hati setakat apa yang ada...

Pada aku
Aku masih mencari yang terbaik dalam hidup
Peribadi
Akhlak
Akademik
Kerjaya
Teman hidup
dan Cinta

Siapa mahu kecewa?
Siapa mahu tergelincir terus jatuh ke dalam gaung kemusnahan
Tanpa ada keajaiban yang bisa membawa kamu keluar dari situ
Kamu mahu???
Aku tidak...

Terus...aku cuma berusaha
Melakukan yang terbaik
Moga segala tingkah dan watak tidak pernah menjengkelkan mata yang memandang
Moga tutur dan bicara tidak pernah memberi kudis pada telinga yang mendengar
Moga mata yang melihat tidak akan kabur dek pandangan duniawi semata
Moga tanaman ilmu yang ditanam dan dibajai mendapat hasil semaian yang lumayan
Moga teman yang bakal menemani hidup di dunia dan akhirat adalah yang terbaik
Menegur khilaf dengan senyuman
Memarahi dengan nasihat
Mengajar dengan tauladan

Usai usaha aku bertawakal
Moga diberkati segala penat lelah
Kerana aku pasti
Hanya yang terbaik dari-Mu
Ilahi

*Bertemu sesuatu...sunat hajat jadi penentu...agar jika baik diteruskan, jika tidak dihentikan...memohon petunjuk atas nama kebaikan dan keburukan...dan jawapan telah terungkai...dan pasti...BUKAN YANG TERBAIK...cuba lagi~

0 Kata Mereka:

.::Solat::.