Hanya seketika aku di situ
Bersama anak-anak istimewa
yang sentiasa tersenyum
Bagai tiada beban di pundak mereka
Bagai tiada rintangan di minda mereka
Kali pertama ku jejakkan kaki di sini
Untuk mencurah ilmu yang hanya sekelumit
Ku akui hati ini separuh rela
Kerana bukan ini yang kujangkakan
Antara mahu dengan tidak
Kini hatiku masih di situ
Kerana di situ
Ku temui kedamaian
Kerana di situ
Ku temui ketenangan
Redup mata setiap yang memandang
Seolah mengharapkan aku memahami mereka
Walau hanya sedikit
Kerana bukan mudah menyelami hati manusia
Hari ini aku ke situ lagi
Walau seharusnya kelas ku batal
Namun aku lebih gembira untuk terus di situ
Mendengar alunan ayat suci Al-Quran yang dihafaz
Padaku ibu bapa mereka bertuah
Punya anak yang sudah dijanjikan syurga buat mereka
Diberi nilai tambah pandai mengaji dan menghafaz
Walau idghamnya tidak sempurna
Namun itu bukan salah mereka
Kerana telah dijadikan Pencipta mereka begitu
Kagumnya kerana mereka masih mahu belajar
Maha Adil Mu ya Allah
Semoga akan sentiasa
Ku bertemu damai di situ
~Kelas Pendidikan Khas SMKSM : Minggu Bidang Kemanusiaan~
Perjuangan Islam Akhir Zaman (Part II)
1 year ago
0 Kata Mereka:
Post a Comment