Kamsahamida... =)

Monday, January 18, 2010

~Putera Sulung~

0 Kata Mereka
Alhamdulillah
Untuk tahun ini
Dalam bulan januari sahaja sudah 2 berita gembira yang aku terima
Menutup segala kisah duka
Pertama
Posting ke Sarawak
Yang kedua
Menjadi mak sedare
Hehe

Tahniah buat Along dan Kak Hanim
Atas kelahiran putera sulung mereka
Kata Along nama yang telah dipilih ialah
Muhamad Hadif bermaksud yang mempunyai matlamat
Insya Allah
Semoga Muhamad Hadif membesar menjadi seorang yang sentiasa
mempunyai matlamat dalam hidup
Tidak terumbang ambing bagai kapal tidak bernakhoda (cewah ayat x bley blah)

Tiba-tiba teringat pulak cerita Dunia Baru..hehe
Muhammad Hadif lakonan Pierre Andre
Teringat telatah lucu umminya yang selalu berceramah
Kab Ba Ro Kab Ta Alif Nun
Dah ada gaya dah nak sebut nama anak sedara aku sorang neh
Hehehehe

Walaupun doktor bg due date 5th Feb
Tapi baby ni macam tau2 jer mak sedara die nie nk fly ke Sarawak next wik
Hehehe
Dapat ler tengok si kecik ni before fly
Terkilan la jugak
Tapi x pe...yang penting baby dan Kak Hanim selamat

Buat Along ngan Kak Hanim
Semoga menjadi ibu dan ayah yang terbaik buat Muhamad Hadif
Anak-anak adalah amanah dari Allah
Permata keluarga
Jangan dipersia-siakan
Kerana doa anak yang soleh merupakan salah satu perkara yang akan sentiasa mengiringi ibu dan ayahnya

Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan doa anak soleh yang mendoakannya (Hadith Riwayat Muslim)

Sunday, January 17, 2010

~Kadang-kadang~

0 Kata Mereka
Kadang-kadang
Kita mahu seseorang sentiasa ada dengan kita
Kadang-kadang
Bila sudah dekat
Selalu menyakiti
Tidak pernah ambil peduli
Ada sahaja yang tidak berkenan di mata dan hati

Kadang-kadang
Seseorang itu pergi jauh
Bukan dia membenci
Jauh sekali membalas derita
Cuma memberi sedikit ruang
Ruang merindu
Ruang untuk berfikir
Ruang untuk menghargai

Hakikat
Yang pergi akan lebih bahagia daripada yang ditinggalkan
Buktinya ada di mana-mana
Kamu sendiri punya mata
Kamu sendiri punya hati
Kamu sendiri punya akal
Pasti kamu dapat melihat dan menilai

Dan
Aku pergi bukan membawa diri
Jauh sekali niat untuk meninggalkan
Sekadar mengejar impian dan cita-cita
Kerana di situ rezeki sudah ditentukan
Buat teman-teman
Iringiku dengan doa kalian
Doa buat kalian juga sering aku titipkan
Tentunya pada Yang Maha Esa
Kerana DIA penentu segala-gala
DIA juga Maha Pemurah dan Penyayang
Semoga Rahmat dan Kasih-Nya akan sentiasa menaungi kamu teman



Saturday, January 16, 2010

~Kisah yang panjang berakhir di Januari~

0 Kata Mereka
"Sampai di sini kisah kita
Jangan tangisi keadaannya"

Sebuah kisah yang amat panjang
Satu perkenalan yang amat dalam
Sebuah cerita yang tidak mungkin bisa dicoret
atas lembaran kertas
Kisah yang sentiasa dinanti pengakhirannya
Bahagia atau sebaliknya

Kini
Kisah itu sudah tiba di penghujung
Awalan sudah menemui akhiran
Tiada lagi koma
Hanya noktah di pengakhiran
Adam sudah bertemu pengganti Hawa
Hawa mendoakan hanya yang terbaik
Hawa melipat kemas satu kenangan
Disimpan rapi dalam kotak memori
Mencuba untuk tidak membuka kenangan itu lagi
Menutup satu bab dalam sketsa kehidupan
Membuka bab yang baru
Berdoa semoga coretan hanya yang terindah

Titik!

-Peri Biru - 0130 - 16 Jan 2010~

Thursday, January 14, 2010

.::Panggilan Borneo::.

5 Kata Mereka
Alhamdulillah
Catatan permulaan yang indah ku kira untuk tahun 2010
Apabila satu impian jadi nyata
Nak posting ke Borneo..tak kisah la Sabah ke Sarawak ke
Bumi Kenyalang tempat dituju

Macam-macam perasaan
Gembira, teruja, nebes, sedih, risau, bingung a.k.a bengong...hahaha
Macam-macam respon juga yang diterima
Ada yang wish tahniah, ada yang menangis, ada yang terkedu....erk?
Macam-macam pesanan dan nasihat aku dapat
"Pegi sana jangan kawen ngan orang sana lak" (pesanan yang paling tinggi rating die...kui3)

Reaksi ayah nampak bersahaja..depan aku jer..
Masa mula2 bagitahu tu, nampak la die terkejut
Coz before this Pak Ndak dah check nama aku kat JPN Sarawak, tapi takde
Dah lega dah die
Tetibe.... dapat lak kan

"Kalau tak pergi tak bole?" kata ayah pada mak. Mak senyum. Mak nampak cool tapi taw ler dalam ati die risau...

Aku jawab
"Ala, before this blajo kat Labuan okey jer...Pulau lagi.. Tak de sape2 lagi.. Sarawak neh Pak Ndak ade..lagi pon pegi ramai2..Labuan dulu sorang2 jerk"

Reaksi tok plak...

SMS dari Tok Ayah: "Mak Tok ang menanges, kata dia jaoh"

Alasan yang sama seperti di atas aku bagi...

Reaksi teman paling akrab..

Alin: x do kato2 dah...diam trus... amek tuala kecik warna kuning... sob3.. :p

Diyana: Baru jer dpt spent tyme together.. dh kna gi jauh lak

Salwa: "Pae....kita benci sarawak".. erk? huhuhuhu

Teman2 lain banyak yang bagi kata sokongan...Terima kasih..

Apa2 pun...doa kalian jadi penguat semangat.. Insya Allah..selagi niat berada di landasan yang diredhai Allah, diri akan sentiasa terpelihara...

Sarawak, aku datang.... =)

.::Solat::.