Kadang-kadang
Kita mahu seseorang sentiasa ada dengan kita
Kadang-kadang
Bila sudah dekat
Selalu menyakiti
Tidak pernah ambil peduli
Ada sahaja yang tidak berkenan di mata dan hati
Kadang-kadang
Seseorang itu pergi jauh
Bukan dia membenci
Jauh sekali membalas derita
Cuma memberi sedikit ruang
Ruang merindu
Ruang untuk berfikir
Ruang untuk menghargai
Hakikat
Yang pergi akan lebih bahagia daripada yang ditinggalkan
Buktinya ada di mana-mana
Kamu sendiri punya mata
Kamu sendiri punya hati
Kamu sendiri punya akal
Pasti kamu dapat melihat dan menilai
Dan
Aku pergi bukan membawa diri
Jauh sekali niat untuk meninggalkan
Sekadar mengejar impian dan cita-cita
Kerana di situ rezeki sudah ditentukan
Buat teman-teman
Iringiku dengan doa kalian
Doa buat kalian juga sering aku titipkan
Tentunya pada Yang Maha Esa
Kerana DIA penentu segala-gala
DIA juga Maha Pemurah dan Penyayang
Semoga Rahmat dan Kasih-Nya akan sentiasa menaungi kamu teman
0 Kata Mereka:
Post a Comment