Kamsahamida... =)

Saturday, May 15, 2010

~16 Mei~



SK Sahabat 16, Hari Guru 1997

16 Mei, itu hari guru
Hari yang dinanti setiap tahun
Guru selalu memberi ilmu
Kami ucapkan selamat hari guru

Bila cikgu mengajar
Jangan bermain
Bila cikgu terangkan
Jangan ingat lain

Nanti peperiksaan
Tak jadi pening
Bila cikgu tanda
Dapat hundred percent

SMKAP, Hari Guru 2002

Di sinilah
Tempat ku bermula
menimba ilmu buat bekalan jiwa
Tidakkan ku lupa segala jasanya
pengorbananmu
Oh guru tercinta
Mendidikku
Sehingga berjaya....

Ni la antara lagu2 yang pernah dinyanyikan masa sambutan hari guru sekola aku dulu.. Tiap2 tahun sambutan hari guru memang sangat ditunggu2.. Nak tengok persembahan and jualan.. Masa sekola menengah boleh wat dedikasi dengan bagi buah, coklat atau macam2 lagi la.. tapi kat cikgu bagi skit je.. kat kengkawan lak yang lebey.. hahaha

Tahun ni, aku sambut hari guru sebagai seorang guru.. Buat kali pertamanya... Isnin akan ada sambutan kat sekolah... Tengok ada jugak pelajar-pelajar yang gigih berlatih untuk persembahan koir, coral speaking ngan pancaragam.. Dah berlatih bagai nak rak tu, masa persembahan nanti mesti wat elok2 k.. =D

Acara lain yang wat aku kecut perut gak ialah sukan n sukaneka.. adesss... Hari guru jugak adalah hari pelajar mendera guru.. hahahaha.. Masa ni la nak tengok cekgu berlari, tiup tepung, maen belon, bawak bola ping pong dalam sudu ngan macam2 lagi la.. Lagi satu, kekayuan aku dalam bola jaring ngan bola tampar akan terserlah.. kompom.. adess.. redah je la labuuu... yang penting release tension n hepi2... (^_^)v

Akhir sekali, selamat hari guru buat guru-guru yang pernah mengajar aku dulu. Guru-guru Tadika Umas-Umas (Tawau, Sabah), SK Umas-Umas (Tawau, Sabah), SK Sahabat 16 (Lahad Datu, Sabah), SK LKTP Lepar Hilir 1 (Kuantan, Pahang), SMKA Pahang (Muadzam Shah,Pahang), Pensyarah2 Kolej Matrikulasi Labuan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT a.k.a KUSTEM) dan UKM (DPLI JAN 09)... Jasa-jasa kalian takkan mungkin terbalas.. ilmu yang kalian curahkan insya Allah akan terus menjadi pedoman menyusuri liku2 kehidupan...

Selamat hari guru juga buat teman-teman seperjuangan DPLI UKM Jan 2009 dan guru-guru SMK TPDPH Normah Daro.. Semoga segala usaha dan ilmu yang dicurahkan untuk mendidik anak bangsa diredhai dan diberkati Allah.. =D

Daripada Abu Hurairah r.a berkata:

Nabi S.a.w Bersabda:”Apabila mati seorang anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali yang datang dari tiga sumber.Pertama sedekah jariah.Kedua ilmu yang memberi manafaat.Ketiga anak yang soleh yang mendoakan baginya”.
Hadis Riwayat Muslim

SELAMAT HARI GURU!

5 Kata Mereka:

Mama AF said...

slmt ari cikgu,cikgu!ngeee

senyumm said...

selamat hari guru faizah.GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

.::Nur Faizah Azizan::. said...

teha n senyummmmm: time kasey... =D

F. Hanim M. said...

slmt cikgu day!

.::Nur Faizah Azizan::. said...

anim: u 2... (^_^)

.::Solat::.