Kamsahamida... =)

Friday, June 19, 2009

.::Ketika Cinta Bertasbih::.

Ketika CINTA bertasbih
Ku mohon hanya pada Yang Maha Esa
Agar CINTA itu berada tetap pada jalan-Nya

Ketika CINTA bertasbih
Ku mohon pada Yang Maha Kuasa
Agar CINTA itu sentiasa di dalam redha-Nya

Ketika CINTA bertasbih
Ku berdoa hanya pada Yang Maha Penyayang
Agar CINTA itu bukan palsu kasih dan sayangnya

Ketika CINTA bertasbih
Ku menadah tangan mohon pada Allah
Agar CINTA yang menyapa ini tidak pernah pudar

Ketika CINTA bertasbih
Ku bermohon hanya pada-Nya
Agar hati ini tidak pernah berpaling dari-Nya yang menganugerahkan
CINTA ini

Ketika CINTA bertasbih
Ku mohon hanya pada Yang Maha Mengetahui
Agar ADAM yang hadir itu tepat buat aku
Agar ADAM itu bisa membimbingku ke jalan-Nya

Ketika CINTA bertasbih
Aku bermohon hanya pada-Nya
Kerana CINTA ini dari-Nya
Kerana CINTA ini juga untuk insan yang sentiasa mengingati-Nya
Kerana CINTA ini perasaan yang diberikan-Nya pada semua
Siapa pun kita di dunia
CINTA itu pasti akan hadir

Ketika CINTA bertasbih
Aku bermohon hanya pada-Nya
Hanya pada-Nya

-Peri Biru 2009-

2 Kata Mereka:

a.t.u.l.a.s.c.a. said...

aisyy...bilo la buleh tgk citer ni...dah terasa aura tasbih nih..:P

.::Nur Faizah Azizan::. said...

a.t.u.l.a.s.c.a: lambat lagik buk..br lagi tayangnnya di Indonesia..hehes..abar ya buk

.::Solat::.