Kamsahamida... =)

Tuesday, May 5, 2009

.::Ini Kisah ADAM dan HAWA::.

INI KISAH ADAM DAN HAWA
SEORANG MENANTI
SEORANG MENCARI

INI KISAH ADAM DAN HAWA
MENANTI TAK PASTI
MENCARI TAK KETEMU

INI KISAH ADAM
ADAM MASIH MEMEGANG JANJI
WALAU PERNAH SELINGKUH SEKALI
BERHARAP HAWA MENERIMA KEMBALI
DIRI YANG SETIA MENANTI
SERTA HAPUS KEKHILAFAN SILAM
MEMUNGKIRI JANJI DIPATERI

INI KISAH HAWA
HAWA MANUSIA
MEMAAFKAN YA
MELUPAKAN PAYAH
KERANA KHILAF DILAKUKAN ADAM
PINTU HATI YANG SEDIA TERBUKA
TERKUNCI RAPI MUNGKIN UNTUK SELAMANYA

KISAHNYA ADAM MASIH MENANTI
DOANYA SIANG MALAM
MEMOHON HANYA PADA ILAHI
MOGA KALBU HAWA LEMBUT KEMBALI
MENERIMA ADAM BERTAKHTA SEMULA DI HATI

KISAHNYA HAWA TERUS MENCARI
ADAM LAIN YANG MASIH SENDIRI
BERHARAP KETEMU TEMAN SEJATI
NAMUN MASIH BELUM DITEMUI
PASRAH HAWA DALAM PENANTIAN
KERANA JODOH ITU PASTI

KISAH ADAM DAN HAWA
DALAM KALBU MASING-MASING
HANYA SATU JADI PEGANGAN
ANDAI SUDAH RENCANA ILAHI
JIWA MEREKA SEMEMANGNYA SATU
REDHA DAN PASRAH DENGAN KETENTUAN
MENANTI HARI YANG DITENTUKAN ITU TIBA
KERANA SETIAP KETENTUAN PASTI ADA HIKMAHNYA

~Mencari hikmah dalam sebuah peristiwa~


~Peri Biru 09~

5 Kata Mereka:

Syazni Rahim said...

:)

Kita adelah tulang rusuk suami kita..

tetibe aku tpikir, adekah yg kawen lebih dr 1, tulang rusuk lelaki tu pecah 2, 3 dan 4?

dan wok kundur yg umur 106tahun, yang dah kawen sebanyak 22 kali, adekah tulang rusuk dia trdiri dr cantuman 22 tulang rusuk?

hehe..chill..

-aku bengong-

.:: BisikanHati ::. said...

Siapa kah "ADAM" cik pae??

~lalalala~ jawab jangan tak jawab...

.::Nur Faizah Azizan::. said...

cik syazni: rumit tol pemikiran ko..huhu..

.::BisikanHati::. : Biar hati je y jawab..hee

husna said...

hai..how are you???dah lame x dgr cite....

.::Nur Faizah Azizan::. said...

husna: hai..im fine...mcm dlu2 jugak...hee..

.::Solat::.