Aku ingin bercerita tentang sifat kemanusiaan.. yang pada aku semakin dilupakan..semakin dipinggirkan.. 'Budi Bahasa Budaya Kita'.. O yeah??? Tak nampak pown... Semenjak bergelar blogger (cewah ayat), aku rase aku makin peka dengan keadaan sekeliling, melihat dan memerhati gelagat manusia (walaupun sebenarnya dari dulu aku memang suke usha2 orang neh). Tapi mungkin dulu aku tidak punya tempat untuk menulis pandangan dan pendapat...
Segalanya bermula Sabtu lepas, aku pulang ke rumah untuk menguruskan borang perjanjian yang padaku penuh birokrasi (tolong hentikan)...
Selepas sejam beratur semata-mata untuk sekeping tiket komuter, aku pulang ke Seremban. Sampai di Seremban, aku bergegas mendapatkan bas ke Bahau...Di sini bermula pemerhatianku tentang sifat kemanusiaan yang positif dan negatif yang berlaku sebelum dan selepas aku menaiki bas.
SEBELUM:
Aku terkejut melihat manusia yang berkerumun umpama semut menghurung gula di hadapan pintu bas (bila dikatakan rakyat Malaysia negara ke-3 yg biadap, kenapa kamu marah???)... Bukankah lebih senang jika semua semut2 itu beratur???
Dalam kerumunan itu, aku melihat seorang mak cik tua berbangsa Cina (nyonya).. Dia dihimpit oleh anak2 muda di sekelilingnya..Tanpa sedikit pun rasa ihsan untuk membuka jalan pada wanita tua itu... Di atas bas, sorang lelaki tua berbangsa Cina (aku fikir mungkin suaminya) menghulurkan tangan untuk menyambut barang di tangan wanita tua itu, namun die turut dihimpit, hampir terlepas bagasi2 yang dipegangnya.. Aku yang berada di belakang manusia yang sedang berkerumun itu hanya menjerit di dalam hati "Boleh tak tolong bagi jalan kat Nyonya tu? Suami die dah bayar tiket untuk dia"..Tapi hanya dalan hati, tersekat di kerongkong..
SELEPAS :
Selepas menempuh rempuhan manusia, aku berjaya menaiki bas, Alhamdulillah ak berjaya duduk untuk perjalanan yang masih berbaki 1 jam setengah. Di dalam bas ramai yang berdiri. Tiba-tiba satu keluarga India naik, dengan 4 orang nak kecil dan seorang bayi. Nasib mereka kurang baik apabila tiada tempat duduk. Namun kali ini aku melihat sikap prihatin warga Malaysia... Seorang demi seorang menawarkan diri untuk memangku anak2 kecil itu... Ada y ingin memberi tempat pada si ibu, namun si ibu menolak dengan senyuman... Kamu nampak pengorbanan si ibu? Biar kakinya lenguh berdiri, tapi tidak anak-anaknya... Aku? Bukan tidak mahu menawarkan diri untuk memangku, tetapi ribaku sudah penuh dengan beg (kira aku turut membantu membuka ruang untuk mereka yang berdiri kan?)...
Tiba di Bahau, aku menunggu ayah datang...Dan aku masih memikirkan peristiwa yang aku lihat tadi...Terfikirkan amarah orang Malaysia suatu ketika dahulu apabila sebuah majalah terkemuka meletakkan Malaysia negara ke-3 paling biadap di dunia.. Kenapa kamu marah? Kenapa?
Perjuangan Islam Akhir Zaman (Part II)
1 year ago
2 Kata Mereka:
yup.. mmg malu bile berebutnaek komuter..
especially bile ade foreigner kat situ..
Betol2...kat UKM ni pown dh cukup malu bile nk naek bas...foreigner student slalu geleng2 kepale tangok gelagat dak2 malaysia yang x pandai beratur...hurm...malu2... =(
Post a Comment