Kamsahamida... =)

Wednesday, December 17, 2008

Asli atau palsu??

“Cantik tu subjektif, bagi saya, kecantikkan tu bukan hanya terletak pada wajah tapi bla….bla…bla….”

Huh, aku sudah masak dengan kata-kata klise ini. Media elektronik, media cetak atau apa sahaja bentuk media, apabila menemuramah tentang kecantikkan dan bertanya apa itu cantik, pasti jawapan di atas adalah yang paling popular. Mengapa tidak hanya berterus terang;

“Ya, kecantikaan haruslah bermula dari luar, mata yang besar, hidung yang mancung, kulit yang cerah, leher yang jinjang..bla..bla..bla”

Bukankah lebih mudah. Tidak perlu menyusun kata-kata kerana itu pasti lahir dari hati dan lumrah semua kejadian Allah yang bergelar MANUSIA.

Namun, sedar atau tidak, apa yang biasa kita lihat ketika melintasi papan gergasi atau di sesetangah tempat diletakkan layar/skrin gergasi persis bioskop di tempat terbuka yang dihiasi gadis-gadis cantik atau jejaka-jejaka tampan di tepi-tepi lebuhraya, mahu atau tidak pasti akan terdetik, “cantik jugak awek ni…”(mungkin tidak jika model itu adalah kawan kamu..heh)

Jika kamu lihat video di bawah ini, mungkin selepas ini, apabila kamu melintasi sebuah papan atau skrin gergasi di mana-mana, pasti hati kamu akan bertanya;

“Macam mana agaknya wajah sebenar gadis ini?”

Kenapa? Kerana kadang-kadang aku, kamu, dia atau sesiapa sahaja mudah tertarik pada sesuatu yang cantik walau sebenarnya ia adalah palsu. Tak percaya???? Hurm…sebagai seorang manusia..kita tak dapat lari untuk mencari dan memiliki sesuatu yang sempurna, indah, cantik, lawa dan segala-galanya yang terbaik. Terpulang..pada aku yang sememangnya kategori ‘biasa-biasa sahaja’, yang jelek itu tak bererti hodoh dan yang indah itu tak bererti cantik…

* Jika kamu tidak percaya, kamu tanyakan pada seekor badak..kenapa badak? Kerana badak adalah haiwan yang paling jujur..trust me, because hips don’t lie..heh

0 Kata Mereka:

.::Solat::.