Kamsahamida... =)
Monday, December 29, 2008
Tagged by Aishah...
Family~ Angah, Kak Ngah
Kawan-kawan~ Pae, Faizah, Joh
Anda seorang yang....
Clumsy : Bese terjadi kalo berada di hadapan owang y ak admire..ahaha
Sempoi : X suke pening2 kpale otak..lg2 bab pakaian, simple gile (smpai kna marh ngan mak coz x feminin..ade ak kesah..ahaha)..as long as ak selesa, ak on jew....(pakaian aku ke kuliah dl;tshirt + jean + sliper asadi)..ok what?? hehe
Negative thinking : Ni bukan suke pk buruk2 psal org, just x de keyakinan diri bile nak wat or mule sesuatu..rimas gak...but i hope 1 hari nanti perasaan ni akan ilang n keberanian menjelma.bley??
Sensitif : Yup, sometimes...pompuan kan..ehehe
Pelawak : Ak x tahu y nie..orang cakap..kwan2 ckap...kdg2 aku x wat lawak pown dorang gelak...lawak ea aku neh?
Kuat cakap : Ye, aku ngaku..Nama aku pown sempena nama DJ zaman dl2...so mmg ak bnyak ckap..ehehe...tp mule2 knal diam gak..bile dh lame orang y kna suruh ak diam..hehe
Describe ape membuatkan dia terlalu istimewa di mata anda...
Sape die? Kalo sum1 special atau lbey tepat boyfriend ak x dek lagi..ehehe..Tp bg aku seorang lelaki tu istimewa bukan hanya dr segi penampilan (coz ak bkan jenis jtuh cinta pndg pertama), tp hati budi..lg2 kalo y pndai layan dak2 tuh..haa..y tu ok kot..hehe
Makanan dan minimun favourite anda...
Makanan~ donut Big Apple, Tauhu Sumbat, Rojak (Pasar Malam Kuale Kangsor), limau bali..
Minuman~ Orange Jus, Watermelon jus, green tea...
Favourite Colour...
Purple + Cream + Light Brown + Turqoise
Favourite song
Skang tgah suke Kate Perry, Hot n Cold
Laen2 Takdir Cinta (Rossa), banyak lagi...hehe
Siapa yang selalu membuatkan anda tergelak
Nabil Raja Lawak..ahaha
Siapa yang membuatkan anda stress...
Hurm...lu pk la sendiri
3 benda yang mesti ada dalam beg anda...
handphone (nokia) + handphone (celcom) + purse
Kali terakhir anda beriya2 menangis. Kenape..
Bile ek? X igt..Bese kalo dh tensen tahap cipan or geram ngan sum1..aku bkan jenis sound org...menangis adalah salah1 cr ak ak lpas tensen..
Perkara yang paling lucu atau memalukan dalam hidup anda...
Muahaha..ak share la ek..ms drjah 2 ke 3..camtu la..kat sekolah KAFA..aku jenjalan tyme rehat..mse tuh aku pkai serkup kepala n tdung labuh mak ak y smpai ltut (skola rendah ak free hair, pnjam tdung mak je, cincai)...tetibe ada akak jerit "serkup kepala sape ni?"sambil mengoyang2 serkup kepala warna biru...aku amat-amati..ya aku punya..dengan selambe di hadapan ramai orang (tyme tu rehat), ak mengangkat tgn n berkata "saya"..biol kan?muahahaha...malu jerk..sampai skang kalo igt, sure ak gelak sorang2 n guling2..ahaha
Tag 6 rakan anda...
Dila
Haziqah
Adeq
Anim
Husna
1 lg nnt ak pk..hehe
Hijrah
Apa maknanya nombor2 di atas pada kalian?
Tiada apa2..hanya nombor..
Itu tarikh lahir saya..mungkin
Apa sahaja yang berkaitan dengan diri kalian
Namun bagi aku nombor2 di atas membawa makna dan mengimbau erti penghijrahan dan pengorbanan...
Setiap kali menjelang tahun baru, tidak kira Tahun Baru Hijrah atau Masihi, setiap dari kita pasti akan memasang azam...Ada yang terlaksana dan ada yang hanya terperuk di dalam hati dan minda..sudahnya, apabila menjelang tahun baru yang satu lagi, apabila ditanya tentang azam, jawapannya mudah, "Azam saya adalah untuk melaksanakan azam tahun lepas"..dan jawapan itu mungkin kekal untuk tahun2 berikutnya..
Hijrah Rasulullah dan umat Islam pada 1 Muharam membawa perubahan yang amat besar kepada agama Allah, Islam...Jadi, aku benar setuju hijrah ke arah yang positif akan membawa impak yang positif...Namun, hijrah memerlukan keberanian..Ya, aku akui itu..
Apa pun, aku akan terus berdoa semoga keberanian akan muncul dalam diri, untuk melakukan suatu perubahan yang besar untuk diri aku dan keluarga...
~Tahniah buat sahabat yang bertunang pada hari ini, semoga dengan keberkatan Maal Hijrah, ikatan yang terjalin akan kekal ke jinjang pelamin dan sampai hujung nyawa~
Wednesday, December 17, 2008
Kenapa Awak???
Aku berkata
Aku suka kamu
Jangan pernah bertanya kenapa
Andai suatu hari
Aku berkata
Aku menyenangi kamu
Jangan pernah bertanya kenapa
Andai suatu hari
Aku berkata
Aku sayang kamu
Jangan pernah bertanya kenapa
Andai suatu hari
Aku berkata
Aku cinta kamu
Jangan pernah bertanya kenapa
Kerana
Aku tidak punya sebab
Kerana
Aku tidak punya alasan
Kerana
Aku tidak punya kata-kata untuk menyambung
“Aku suka kamu kerana….”
Ayatku pasti masti di situ
Kerana tiada sebab
Kerana tiada alasan
Untuk aku suka, senangi, sayang dan cinta
Pada kamu…
Kerana
Apabila sebab itu pergi
Apabila alasan itu hilang
Aku khuatir
Perasaan aku pada kamu juga hilang
Dan pada ketika itu
Aku tidak sanggup
Melihat kamu pergi
Berpaling dari aku
Yang pada masa itu sudah tiada lagi sebab dan alasan
Untuk aku mencintai diriku sendiri…
Asli atau palsu??
“Cantik tu subjektif, bagi saya, kecantikkan tu bukan hanya terletak pada wajah tapi bla….bla…bla….”
Huh, aku sudah masak dengan kata-kata klise ini. Media elektronik, media cetak atau apa sahaja bentuk media, apabila menemuramah tentang kecantikkan dan bertanya apa itu cantik, pasti jawapan di atas adalah yang paling popular. Mengapa tidak hanya berterus terang;
“Ya, kecantikaan haruslah bermula dari luar, mata yang besar, hidung yang mancung, kulit yang cerah, leher yang jinjang..bla..bla..bla”
Bukankah lebih mudah. Tidak perlu menyusun kata-kata kerana itu pasti lahir dari hati dan lumrah semua kejadian Allah yang bergelar MANUSIA.
Namun, sedar atau tidak, apa yang biasa kita lihat ketika melintasi papan gergasi atau di sesetangah tempat diletakkan layar/skrin gergasi persis bioskop di tempat terbuka yang dihiasi gadis-gadis cantik atau jejaka-jejaka tampan di tepi-tepi lebuhraya, mahu atau tidak pasti akan terdetik, “cantik jugak awek ni…”(mungkin tidak jika model itu adalah kawan kamu..heh)
Jika kamu lihat video di bawah ini, mungkin selepas ini, apabila kamu melintasi sebuah papan atau skrin gergasi di mana-mana, pasti hati kamu akan bertanya;
“Macam mana agaknya wajah sebenar gadis ini?”
Kenapa? Kerana kadang-kadang aku, kamu, dia atau sesiapa sahaja mudah tertarik pada sesuatu yang cantik walau sebenarnya ia adalah palsu. Tak percaya???? Hurm…sebagai seorang manusia..kita tak dapat lari untuk mencari dan memiliki sesuatu yang sempurna, indah, cantik, lawa dan segala-galanya yang terbaik. Terpulang..pada aku yang sememangnya kategori ‘biasa-biasa sahaja’, yang jelek itu tak bererti hodoh dan yang indah itu tak bererti cantik…
* Jika kamu tidak percaya, kamu tanyakan pada seekor badak..kenapa badak? Kerana badak adalah haiwan yang paling jujur..trust me, because hips don’t lie..heh
Sunday, December 14, 2008
Laskar Pelangi...
Lelah berpusing dan memejamkan mata dengan tidur yang palsu, aku bingkas, mengambil ‘teman baikku’..sebuah alat yang ciptaan manusia yang digelar komputer riba…yang punya seribu satu cerita tentang diriku, tentang kenanganku, tentang sahabat-sahabatku dan tentang semua..aku memilih satu cerita..sebuah karya Andrea Hirata..Laskar Pelangi..aku tidak pasti jika novel ini sudah berada di pasaran Malaysia, kerna sudah lama aku tidak menjejakkan kaki ke toko-toko buku. Novel ini aku peroleh ketika melayari internet, mencari bahan baca yang diklasifikasikan di bawah tajuk novel, menaip daftar kata ‘novel islami’.
Aku membaca satu persatu bait-bait yang tertulis..walau kadang-kadang bacaanku terganggu, kerana istilah-istilah Indonesia yang tidak aku mengerti, namun masih bisa kutafsir maknanya setelah sepotong ayat lengkap kubaca.
Dari satu bab ke satu bab aku terus membaca, kisahnya semakin menarik, setiap karakter dibayangkan dengan jelas, mudah untuk aku membayangkan karakter-karakter di dalam novel islami ini.
Berlatar belakangkan kehidupan di sebuah pulau yang dinamakan Pulau Belitong, sebuah pulau di mana buta huruf bukanlah suatu perkara yang janggal, pulau di mana kanak-kanak adalah kuli, pulau di mana beza kaya dan miskin ibarat bumi dan petala langit ketujuh, pulau di mana korupsi berleluasa, pulau di mana pelajaran adalah yang kedua atas beberapa sebab; pertama, nyokap atau ibu bapa yang tiada biaya untuk menitip anak-anak ke sekolah; kedua, menjadikan anak-anak mereka sebagai kuli di pasar atau di mana tenaga muda mereka diperlukan adalah lebih baik untuk menampung sebuah keluarga.
Kisah tentang dua orang guru, yang gigih mahu mempertahankan sebuah sekolah dasar atau di sini gelaran yang lebih koman adalah sekolah rendah atau sekolah kebangsaan yang hampir dibubar jika gagal meraih 10 orang murid untuk sesi kali ini. Kisah dua orang guru yang mahu menabur bakti Lillahi Ta’ala membantu anak-anak yang tidak mampu membiayai pendidikan mengenal ilmu walau hanya menerima gaji 15 kilo beras setiap bulan.
Kisah 10 orang pelajar yang amat cekal walau beemastautin di sebuah pulau yang miskin dan menuntut ilmu di dalam sebuah bangunan yang akan roboh walau hanya ditabrak seekor kambing. Menuntut ilmu dalam sebuah 'kotak' beratap lompong dengan cahaya matahari menerobos membakar kulit, air hujan membasahi tubuh (sehingga terkadang berpayung atau memakai baju hujan di dalam kelas). Namun, tersihir dengan kata-kata salah seorang guru mereka 'Pantang menyerah kalah' yang ditiupkan oleh guru mereka ke dalam hati masing-masing, mereka terus berada di situ. Demi I.L.M.U yang bisa merubah hidup mereka, keluarga dan pulau itu.
Fuh, hanya setakat itu yang bisa aku coretkan kali ini. Masih bersisa helaian yang belum aku baca. Namun aku yakin ini sebuah ceritera yang menarik.
*Novel ini telahpun diangkat menjadi sebuah filem, Laskar Pelangi. Baru ditayangkan di bioskop-bioskop di Indonesia pada 2 September 2008. Tidak sabar menantikan tayangannya di Malaysia. Lagunya temanya, Laskar Pelangi (Nidji) mempunyai maksud yang amat mendalam, tentang cita-cita, tentang mimpi, tentang hidup, tentang cinta dan tentang keyakinan dan kesyukuran walau hidup tak seindah surga.
~jika kalian mahu, aku akan titipkan novel ini ke mel elektronik kalian~
Tuesday, December 9, 2008
Stesen KTMB Sungkai?
Aku: Malas la..Br sampai petang tadi, penat...Lagipun bukan ader ape pown stesen ketapi tu
Mak Ngah: Ish, sekarang dah canggih dah, Ngah. Udah rel elektrik sampai ke Ipoh. Bukan stesen kayu macam dulu.
Aku: (Berjeda seketika) Ye ke? Macam stesen komuter ke? (dengan wajah yang x percaya)
Mak Ngah: Iye. Moh le.
Malam tu aku, ayah, mak dan mak tok menemani Mak Ngah ke KTMB Sungkai.
~Gambo diamek gune henpon jew~
Kol 11.28 malam ketapi sampai, lambat 45 minit..Besa la tuh..heh
Tapi aku still tak percaya... Lengkap dengan taxi stand n sume2 la..Hurm..Kemajuan y memberansangkan..
Monday, December 8, 2008
Bila tangan yang keras ni mencuba...
~Bole la kan?..hehehe~
Aidiladha (2)
Tik!Tik!Tik!
Rintik hujan di luar rumah masuk belum reda..sedikit pun tidak menunjukkan tanda2 akan berhenti..Pagi yang gelap..Ya..amat gelap...Namun Aidiladha tetap disambut sederhana..Ketupat palas (bungkus sendiri maa), rendang pedas, mee goreng dan kek coklat..Yummy..
Untuk hari lahir mak yang ke-50..Selamat Hari Lahir mak..Semoga panjang umur dan dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan..Terima kasih kerana sabar melayan karenah Along, Angah dan Adik...Budimu tidak terbalas..Jasamu ku kenang hingga hembusan nafas terakhir...Luv U Mom!!!
~Gambo2 diamek menggunakan henpon Nokia 5610..x cantek ngat..huhu~
Friday, December 5, 2008
Keajaiban Otak Manusia...Subhanallah
I cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg The phaonmneal pweor of the hmuan mnid! Aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it deosn't mttaer inwaht oredr the ltteers in a wrod are, the olny iprmoatnt tihng is taht the frist and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it wouthit a porbelm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Amzanig huh? Yaeh, and I awlyas thought slpeling was ipmorantt.
~bole bace? gud~
3. Take a look at the picture? What do you see?
Research has shown that young children cannot identify the intimate couple because they do not have prior memory associated with such a scenario.
Children see nine dolphins.
This is a test to determine if you already have a corrupted mind. If it is hard for you to find the dolphins within six seconds, your mind is indeed corrupted.
~kalo x caye, ce panggil adek kew, anak2 sedara kowang y maseh fresh lg otak die~
9. Cube, try, test...
Thursday, December 4, 2008
Aidiladha (1)
10 Zulhijjah...hari bagi jemaah haji melakukan Tawaf Ifadah, mengelilingi Ka'abah 7 kali sebelum melontar di jumrah Aqabah...Namun bagi hamba Allah yang beragama Islam, yang tidak menunaikan rukun Islam ke-5 itu, pada hari itu mereka akan meraikan Hari Raya Aidiladha...pada hari itu ibadah Qurban dijalankan bagi memperingati kisah Nabi Ibrahim yang rela mengorbankan puteranya, Nabi Ismail a.s, demi menunaikan perintah Allah S.W.T..... Di atas keredhaan dan kerelaan itu, Allah gantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas...
Itu kisah 10 Zulhijjah dan sejarah...
Ini kisah aku...
awal-awal pagi aku buka mata, usai mandi aku terus ke dapur... ternampak sesuatu yang berwarna hijau..daun palas..ye, daun palas...melihat akan daun palas itu, aku tahu tahun ini aku dan keluarga hanya akan menyambut Aidiladha di rumah sendiri, di Pahang...Bukan di Perak atau Johor...Hurm..
Kecewa? Ya, sedikit...kerana tahun ini semua saudara sebelah Perak pulang ke kampung..sudah lama tidak ketemu...rindu...Bukan kemeriahan yang aku inginkan, cuma mahu ketemu..bertukar cerita dan kisah..apa pun, aku harap akan ada lagi masa untuk kami berkumpul bersama...Insya Allah..
~Semoga Aidiladha ini membawa seribu kegembiraan dan kesyukuran~
Wednesday, December 3, 2008
Tuesday, December 2, 2008
UMT dilanda bah....
Pihak pengurusan universiti itu mengisytiharkan hari ini sebagai cuti bencana alam berikutan jalan masuk ke universiti ditenggelami air sejak awal pagi menyebabkan kakitangan tidak dapat memasuki bangunan untuk memulakan tugas mereka pagi ini.
Hujan lebat yang bermula sejak pukul 1.30 pagi menyebabkan air naik setinggi 0.4 meter dalam tempoh sejam dan paras air kekal hingga tengah hari ini.
Bagaimanapun, tiada penuntut terlibat dalam banjir itu kerana sekarang ini mereka bercuti semester.
Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Sulaiman Md. Yassin ketika dihubungi berkata, pihak pengurusan UMT terpaksa mengambil tindakan sedemikian apabila laluan masuk ke universiti tidak boleh dilalui.
''Keadaan banjir ini menyebabkan 1,200 kakitangan UMT tidak dapat memasuki universiti menyebabkan pihak pengurusan mengambil keputusan mengisytiharkan cuti bencana alam hari ini," ujarnya.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, selain UMT kira-kira 300 buah rumah di Perumahan Gong Badak 2 yang terletak berhampiran turut dilanda banjir kilat akibat hujan awal pagi ini.
Air yang naik setinggi paras paha itu menyebabkan beberapa penduduk perumahan berkenaan bertindak memecahkan tembok batu Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) Kampus KUSZA berhampiran bagi membolehkan air mengalir ke longkang.
-Ehsan, Utusan Malaysia 12 Dis 2008-
~Setiap yang berlaku ada hikmahnya...setiap bencana ada puncanya..jangan ketamakan manusia mengejar pembangunan akhirnya memusnahkan diri sendiri, manusia lain dan alam semesta~
LENDING A HAND FOR CONSERVATION