Kamsahamida... =)

Friday, February 6, 2009

Volley Ball???

2 Kata Mereka

Yeah!!!

Kisah aku di suatu petang…turun bermain suatu permainan yang selama ini hatiku akan menjerit “TIDAKKKKK!”… Atau ayat posternya ‘Katakan Tak Nak Pada Bola Tampar’

Aceli aku memang ‘tangan bangku’…??? Ade kew istilah tu? Pape je la..yang penting the main point is aku tak pandai maen bola tampar.. Kenapa???

Kerana sebelum ini aku sering ‘ditampar’ oleh objek bulat berwarna kuning biru atau putih itu… Sakit siot….Kadang2 aku pelik mase kat UMT dl, tengok team bola tampo cam besh je maen.. rupenyer memang besh.. hehe

Tapi betol cakap owang, tak kenal maka tak cinta??? Ade kena mengena ke?? Silap2…belum cuba belum tahu.. Atau lebey tepat, practice make perfect..Untuk beberapa hari aku berjinak-jinak dengan permainan ini…Hasilnya… Good Girl… hehe.. Aku dah tak takut lagi…

Kalau dulu, orang serve bola, aku sebes.. Nampak bola macam peluru meriam tuh tuju ke aku, mesti aku lari..sekarang tidak lagi (cewah, ayat iklan)… haha

Neway, sekarang Im in love..muahahaha.. in love ngan bola tampo lew… =)

Esok maen lagi boley…?

Sunday, February 1, 2009

Ink Heart..

2 Kata Mereka

Hari ni memang tak merancang ape2 aktiviti pun... Duduk bilik wat asemen... Bile petang otak dh jem, membe lak ajak kuar, pe lagi...hehe...chalo!!

G Alamanda, tengok Ink Heart...

Best n menarik... Imagine everything that u read aloud will really happen and anything, people, animals and whatever will appear in front u.. Huh...

Cite ni lebey kurang camtu la, adaptasi dr novel... Mamat Brendan Fraser tak taw die ade kuase bile baca kuat2 die boleh bawak benda tu kuar dr alam buku ke alam realiti, tp benda y keluar itu akan diganti dengan benda lain di alam realiti... Anak pompuan die pown mewarisi kuase ajaib die neh... Apa terjadi bile isteri die ditukar dengan seorang mamat dr Novel Inkheart (Dustfinger)???? (Ape pown aku suke mamat bwak watak Dustfinger neh)

Cakap banyak tak gune...Gi la tengok sendiri... Sambung wat asemen... wink2.....

ADIK

0 Kata Mereka
Ehem..yang ini pun bukan karya aku.. jika tidak pasti aku akan post kan di sini.. Ini karya seorang kakak yang amat menghargai adiknya.. Macam bese.. Aku post atas request seorang teman yang ingin membaca.. Kredit kepada penulis cerita ini.. Siapa pun kamu, karyamu bisa membuat hati sesiapa pun tersentuh...

"Saya cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada saya.

Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu. saya ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta saya dan adik berdiri di tepi dinding. saya menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.


Saya langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang saya.


Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata,


"Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. saya gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"


Malam itu, emak dan saya tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu. saya meraung sekuat hati, kesal dengan sikap saya yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,


"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Saya mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan saya bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan saya pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. saya terdengar ayah berkata,


"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" saya terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"


Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.


"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu saya lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"


"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan."


Saya memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."


Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya
beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."


Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:


"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"


"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"


Tergesa-gesa saya keluar bilik. Dari jauh saya nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.


"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"


Sambil tersenyum dia menjawab,


"Akak lihatlah pakaian adik ni.Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"


Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. saya cukup tersentuh.
Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. saya kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak. saya bersuara,


"Akak tak peduli apa orang lain kata."


Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata,


"Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."


saya kaku. Sepatah kata pun tak terucap. saya rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester. saya pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. saya lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.


"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."


saya menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.


"Sakit ke?"


saya bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.


"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh
seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."


Apalagi...saya menangis seperti selalu. saya berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.


"Adik tak ada pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."


"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.


"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,


"Siapakah orang yang paling anda sayangi?"


Spontan adik menjawab,

"Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.


"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."


Sebaik adik tamat bercerita. saya meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Warkah Buat Mak

2 Kata Mereka
Ehem..warkah ni bukan aku yang tulis..tapi aku nak share dengan semua..Banyak yang kite bley dapat dr warkah ni tentang erti menghargai.. Kredit dan terima kasih kepada penulis warkah ni... Walaupun aku tak tahu siapa, tapi bagi aku dia memang seorang anak yang amat menyayangi maknya.. Sebelum layan jangan lupa tisu sekotak k...

WARKAH BUAT IBU.………


Mak……..
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.
Dah hampir sepuluh tahun mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kita kan
sejuk syahdu masih terasa lagi ini....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kita dewasa.…
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh....
nak tinggal kan anak2 mak.....

nak tinggal kan dunia fana ni.....
mak macam dan sedia.....


Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak pernah buat begitu.....
lepas itu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam.....
kengkadang siaran indonesia...mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan..

Lepas itu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
lepas itu mak jemur karpet-karpet...
lepas itu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
paling menarik sekali mak bagitahu kat mana semua duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..??
kita gelak sakan bila mak bagitahu duit dalam gulung tikar...kita
kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak saja...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kita sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pergi hospital.....
dan cuma tinggal giliran kita sahaja yang belum pujuk.
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.....
tapi kita berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut saja..
Mak tetap tak bersetuju.....mak memang degil...
tak salah, anak mak yang ni pun mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pun sakit kami adik beradik
sepakat hantar juga mak ke hospital.....

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sihat...
kami sayang mak...
kami tak mahu mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami ye mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali
mak naik kereta kita...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kita kata nak
beli kereta....
Mak asyik tanya saja..cukup ke duitt..
kita jawab pula...kalau tak cukup,
mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kita sampai.....mak buat kenduri kesyukuran.....
Dan kita masih ingat lagi...bila kita eksiden terlanggar keling naik motor.....

Punya lah kita takut...kita warning kakak kita jangan sesekali bagitahu kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....kita cepat-cepat simpan kereta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...mak tanya Kenapa...?
Selamba saja kita jawab terlangar pokok bunga.....
Mak....tujuan kita menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kita kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kita menipu mak kan...ampon kan kita....

Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08/1999
Bila tiba saja kat hospital....nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kita jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann..kannn
Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kita memandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kita rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kita sampai juga. di sebab kan pagi masih awal,
jadi jalan tu lengang..kosong....sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.....
terasa syahdu dan sayu begitu...dinginnnn....

Mak.....
kita masih ingat lagi...
kita baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
kita gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kita.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat
begitu...jangan
nangis ya.."
Bila makcik tu kata begitu...
lagi laaaa laju airmata ni..tapi kita kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kita tulis.....
kita nangis ni.....
Ni kat dalam bilik...baru pukul 4.00 pagi....
tak ada orang yang bangun lagi.....
kita dengar nasyid tajuk "anak soleh"
kita sedih...kita rindu kat mak..!
Takpa lah.....nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kita baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya...!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya...
Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah-olah senyum saja...
Mak rasa tak....masa tu kita sentuh dahi mak...
kita rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
kita tak mampu nak cium mak...kita tak daya....
kita tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kita tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kita suruh tok imam bacakan doa sebab kita sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dalam pelukan makcik..
badan akak terasa panas...
makk...anak mak yang seorang tu demam....
Mak tauu...cuma akak seorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan...

Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak
ini berendam airmata...

Dan sampai satu tahap....masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kita baca yassin dengan kawan-kawan.
entah Kenapa bila kat bilik kita keluarkan gambar2 mak lepas itu apa lagi...
semakin kita tenung terasa semakin sayu...tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...kita cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
kita rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan..????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kita telefon kampong...
kita cakap dengan kakak..kita nangis lagi.
Puas lah kakak memujuk kita...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..nanti kalau gini
saja mak yang susah kat sana.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....
Agaknya mak nampak adegan tu...
sebab malam jumaat kata orang roh balik rumahh...
mengharap sedekah dari anak2 nya...

Mak tau tak...di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat....
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...hanya sedekah al-fatihah
kita berikan.....

Mak....
cukup lah sampai sini dulu....
kawan kita dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kita yang bawak mak naik motor kan...
kali ni kita jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kita ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kita tak tau nak hantar mana surat ini...
lepas itu kawan kita bagitahu...simpan saja buat kenangan..

kita cuma tau alamat ni aje...
tak mengapa ye mak...kita kasi orang lain baca...
kita stop dulu...sebab kawan kita dah lama tunggu tu.
akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana
membesarkan kita...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kita boleh rasa naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kita balas..

Sekian terimakasih.

Yang Benar
~Anak mak yang dah tak degil


Pesanan:

· Hargailah kewujudan mak kita

· Hargailah segala pengorbananan mak

· Berbaktilah selagi mereka masih hidup dan jangan sesekali membantah segala suruhannya yang baik

· Merendahkan suara ketika berbicara

· Ingatlah kita hanya ada satu ibu dan satu bapa saja dalam dunia ini..dan sekiranya Allah menjemput salah seorang atau kedua-duanya, kita tidak akan bertemu lagi dengan mereka sehinggalah hari kebangkitan nanti.

· Doa anak yang soleh sahaja yang dapat meringankan beban seksa ibu dan bapa kita.

.::Solat::.